Suram dan Sedih pagi ini. Langit pun mendung. Seolah sekali meratap pemergiannya. Dia Mujahid dan Mujtahid. Hidupnya Demi Islam. Pergilah kau mengadap Tuhanmu. Mengadap dengan penuh bergaya ahli Syurga. Moga kau dicucuri rahmat. Malam Jumaat ini juga mengingatkan juga aku perginya abah ke rahmatullah. Tuan Guru Nik Aziz tiada galang ganti. Moga kau di kenali oleh penduduk syurga. Al-Fatihah.
Monday, 23 February 2015
Tuesday, 10 February 2015
Aku dan Kamu..Di mana kita?
Menulis adalah hobi aku. Minat untuk menulis ini sebenarnya telah lama terpendam memandangkan aku bimbang dengan penerimaan orang lain aku hanya berani menulis ketika memasuki alam pekerjaan. Kenangan manis pertama ialah apabila tulisan khutbah Jumaat aku berjaya mendapat tempat ke 5 dalam pertandingan menulis khutbah peringkat Negeri Selangor. Lebih berbaloi akhirnya khutbah itu telah dibaca di mimbar Jumaat pada ketika itu. Puas hati walaupun rasanya banyak perlu diperbaiki dalam khutbah itu. Sejak itu dan hingga kini aku ada menulis khutbah sebagai penulis jemputan. Sejak akhir-akhir ini aku terasa sesuatu yang kurang enak dalam diri kerana kekadang aku rasa mindaku seolah merajuk dengan diri. Mungkin kerana dosa-dosa aku kot. Kekadang niat itu selalu tergelincir.
Kita sering memikirkan kelemahan orang lain hingga kadang-kadang setiap yang terjadi kita menyalahkan orang lain. Jarang sekali kita merasa setiap kegagalan adalah kerana kelemahan sendiri. Jika bukan kelemahan diri mungkin kelemahan strategi. Atau mungkin juga kita tidak gagal dan hanya tidak Berjaya memuaskan hati sendiri. Iman mengajar kita bahawa kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Walaupun begitu kita akan gagal jika kita tidak ada perancangan yang betul. Episod duka sebenarnya adalah perancangan manusia itu sendiri. Kedukaan yang dating bukanlah tiba-tiba tetapi ia adalah hasil "lukisan hidup" diri kita sendiri. Allah itu Maha Adil tetapi manusia itulah yang menzalimi diri mereka sendiri. Aku dan Kamu di mana agaknya kedudukan kita. Wallahuwalam.

Subscribe to:
Comments (Atom)