Monday, 30 March 2015

Menongkah Harapan..

2015 ini agak banyak cabarannya. Dari isu nasional dan antarabangsa ia banyak menuntut kita untuk berfikir dalam menongkah harapan yang terbuku. Harapan paling besar umat Islam ialah mahu melihat Islam seagah sejarahnya. Bukan sekadar menjadi halwa telinga dengan mendengar sejarahnya tetapi ia adalah agama Rahmat Seluruh Alam. Bila kita mengkaji Islam kita akan dapati betapa agama adalah rahmat untuk semua. Ramai kalangan kita yang mengkritik Islam sebenarnya sedar atau tidak sebenarnya mengkritik umat Islam. Islam dan umat Islam ia adalah suatu yang berbeza. Aku pernah bertanya seorang yang mahu murtad masuk Kristian tetapi dia sendiri gagal memahami apa tu Jesus dan Trinity. Kelakar juga bila aku memikirkannya. Kebanyakan ayatnya hanya kekecewaan kepada manusia sebab itu dia ingin jadi seorang Kristian. Berbalik pada isu tahun ini antara yang paling menarik ialah bagaimana RUU Hudud Kelantan cuba dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan. Aku hanya melihat perkara ini hanya suatu panorama yang akan berubah mengikut cuaca atau iklim politik semata. Memang benar Hudud adalah kewajipan kita semua untuk menyokongnya. Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran yang ditinggalkan penjajah. Demokrasi adalah cabaran utama kerana dengan adanya Parlimen yang menjadi kuasa tertinggi ia tetap berhadapan dengan proses yang merumitkan. Doakan ia Berjaya kerana Hudud adalah Rahmat untuk semua juga. Itulah nama menongkah untuk mendapat harapan dari keadilan Hudud.

Hidup kita ini tidak telepas dari cabaran dan tercabar. Adakalanya ia mengundang panic dan serik untuk meneruskan kehidupan. Al-Quran mengajar kita bahawa tiada satu amal pun yang tidak dikira oleh Allah. Al-Quran juga mengajar bahawa di sebalik kesusahan adannya kesenangan. Al-Quran tidak pernah menipu kerana ia adalah Kalamullah. Sejauhmana keyakinan kita tepuk dada tanya iman. Aku begitu teruja dengan kata-kata sahabat dikala perbuatan baik kita dibalas buruk. Katanya: "Buat baik dibalas baik itu biasa, Buat Jahat dibalas Jahat itu biasa, Buat baik di balas jahat itu juga biasa.  Buat jahat dibalas baik itu yang luar biasa". Itulah ajaran Al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika ini prinsip kita dalam menongkah harapan kita sentiasa tenang.