Firman ALLAH dalam Surah Al-Maidah ayat 91, yang bermaksud; "Sesungguhnya, Syaitan itu hanyalah hendak mengadakan di antara kamu permusuhan dan kebencian dengan sebab arak dan judi, dan menghalangmu dari mengingati ALLAH dan daripada sembahyang. Oleh sebab itu, belum jugakah kamu mahu berhenti (dari melakukan perkara-perkara yang keji)?"
Antara sejarah dendam kesumat ialah dendamnya syaitan dengan umat manusia. Kesombongan dan berbangga dengan status juga antara kenapa syaitan tidak mahu menghormati Nabi Adam. Ia telah meleret hingga sekarang dengan tipu daya dan konspirasi syaitan mahu menyesatkan manusia. Neraka adalah tempat syaitan dan para pengikutnya. Dendam adalah penyakit hati. Dendam menjadi manusia itu bermusuh kerana fitnah dan adu domba serta lebih malang berbunuhan. Dendam hanya menuju kehancuran. Tiada siapa yang untung. Yang menang makan hati yang kalah jika tidak redha jua akan mati sebelum mati. Apa yang berlaku kerosakan di dunia ini adalah kerana dendam. Sikap dendam sebenarnya sebenarnya akan memakan diri si pedendam. Si pendendam akhir sekali akan berdendam dengan perbuatan dia sendiri. Ia juga adalah perkara yang merugikan juga akhirnya. Pendendam akan sentiasa mencari jalan untuk membalas dendam. Maka proses itu bukan sahaja akan melibatkan pendendam dan yang didendam tetapi ia akan menyebabkan ramai pihak. Dosa dan mendosai.
Dosa adalah bala. Dosa akan merosakkan hidup pendosa. Jika berdosa semestinya kita wajib bertaubat. Dosa juga merosakkan. Merosakan hati. Merosakkan jiwa. Merosakan fikiran. Merosakan pekerti. Merosakkan amal. Yang paling parah dosa merosakkan kemanusiaan sebagai manusia. Bila manusia ada dosa hatinya akan gelap gelita. Hati yang gelap akan menyebabkan manusia seringkali gagal mencari dan menerima kebenaran itu seadanya. Jika kita ini berdosa bertaubatlah. Jika orang berbuat dosa kepada kita maafkanlah kerana pemaaf akan rasa sentiasa sejahtera. Sikap pemaaf memusnahkan dendam dalam diri. Berdoalah agar kita ini jadi pemaaf. Rasa maaf bukan sekadar di mulut tetapi dalam hati sanubari lebih-lebih lagi.
Doa adalah senjata khususnya kepada umat Islam. Islam mengajar agar umatnya sentiasa berdoa kepada Maha Pemakbul Maha Penyayang. Allah Tuhan yang Maha Memahami hati hambanya. Mungkin adakala hati kita yang rapuh ini terusik dengan ujian kehidupan tetapi hanya Allah saja yang memahami hamba tersebut. Maka tidak hairanlah doa orang yang selalu diuji seperti Rasul, para ibu, ulama, para guru, para pejuang Islam, yang dizalimi dan yang sewaktu dengannya amat mudah doanya diterima Allah. Maka jangan lupa berdoa agar tidak jadi pendendam dan pendosa. Jadilah hamba yang mengerti erti dendam dan dosa. Bila berdosa minta maaflah pada Allah. Minta maaflah jika berdosa sesama manusia. Memang sukar tetapi berdoalah untuk dimudahkan untuk semua itu.