Derita yang datang adalah ubat sebenarnya. Takdir kita yang menggilis hati sebenarnya adalah pengajaran yang sangat bererti. Ramai antara kita sedar atau tidak bahawa ujian itu menjadikan kita hamba yang diberkati.
Sunday, 24 May 2015
Sunday, 3 May 2015
Kuala Kubu Menangis π
Hari ini adalah hari terakhir Aku bersama kamu semua. Tempoh "iddah" kita tamat kerana aku tidak di"rujuk" dalam tempoh ini. Maka episod hidup kita juga akan berubah mengikut takdir. Hidup ini perlu di teruskan, maka langkah kaki akan Aku hayun jua walaupun berat rasanya. Sungguh tidak disangka akhirnya kisah persahabatan kita telah direntap oleh mereka berhati hitam. Tetapi percaya lah bahawa rencana Allah itu adalah nikmat yg tidak terjangkau. Ujian yg datang pasti mengingat kita dengan ibrah para Rasul bahawa jalan dakwah Mmg punyai liku2 yg menyakitkan. Kesakitan itu akan dibalas oleh Allah dengan cintanya. Hanya CintaNya menjadi dambaan kita semua. Jangan juga kita lupa bahawa dosa akan menghapus dikala ujian itu membadai dan menghempas hati2 ini. Ujian hidup menjadikan kita Akan lebih dewasa. Dewasa dan cubaan itu perlu untuk membina Iman yang sasa. Ya, mungkin tika ini kesedihan itu akan menitiskan air mata aku, engkau dan kita semua. Namun bersangka baik serta percayalah air mata itu adalah saksi akhirat derita ini. Luka parah dalam hati mesti segera diubati kerana jika tidak, takut nanti luka tersebut akan diselaputi oleh kuman dendam yg mencengkam. Pandanglah kehadapan bahawa hidup ini terlalu luas untuk kita susuri. Jangan kerana ujian ini kita patah hati untuk mencari redha Ilahi. Belajar dan pujuklah hati ini agar memaafkan apa yg terjadi. Kerana kemaafan adalah jalan takwa yg memberi ketenangan seperti yang disaran Maha Abadi. Akhir kalam Aku ingin menyusun jari selama kita bersama dalam medan dakwah ini. Moga jangan diambil hati dengan kata2 dan perangai Aku yg gila2 ini. Kenangan bersama adalah memori yang bakal menjadi saksi di akhirat nanti. Aku percaya kisah sedih ini akan kalian lupa jua dan itulah resam yg telah ditentukan oleh masa, tetapi Percayalah jasa kalian tidak akan aku lupa. Selama aku berkerja dapat Aku rasa bahawa pakatan kita adalah yg paling kuat pernah aku ada tapi sayang jodoh tak panjang rupanya. Inilah ragam hidup yg banyak simpang siurnya. Aku ini hanya manusia biasa yg ada hati. Moga kita berjumpa lagi. Aku hargai kalian semua mcm keluarga sendiri. Moga Allah mengurniakan Aku sabar dan ketabahan. Aku percaya dan yakin Allah Maha mengetahui. Selamat jalan semua. Matilah dalam Dakwah Hanya itu Jalan ke Jannah. Moga kita berjumpa lagi hendaknyaπππ’πͺπππππ
Subscribe to:
Comments (Atom)
