Semalam dalam perjalanan ke Bagan Lalang untuk menghadiri satu program perjalanan aku menyusuri laut yang berjerebu. Walau berjerebu pemandangan indah air laut yang sedang pasang menyebabkan hati begitu tenang sekali. Ada pepatah "sekali air bah, sekali pantai berubah". Orang melayu dahulu bila bercakap ada falsafahnya. Sebab itu pemikiran orang terdahulu agak tajam dan bersifat masa depan. Aku sampai ke lokasi agak awal malah terlalu awal kerana program bermula jam 9 aku sampai setengah jam sebelum itu. Ini stail hahaha. Aku dimaklumkan program ditunda mulanya ke 9.30pagi. Kesempatan itu aku ambil untuk singgah di tepi laut Selat Melaka yang berlumpur itu. Kelihatan dalam jerebu yang masih tebal ada sekawan nelayan tetap gigih mencari rezeki. Ketika itu aku berfikir bahawa betapa sukarnya menjadi seorang nelayan. Aku patut bersyukur walau ada sedikit ujian dalam hidup janganlah semua itu menyebab kita lupa mengucapkan Alhamdulillah sepanjang saat hidup ini. Perjalanan pagi itu amat indah sekali. Jerebu, laut dan nelayan telah mengajar aku serba sedikit erti kehidupan. Dikala kita merasakan diri ini sering dilanda masalah perlulah kita ingat bahawa kesusahan dan kesenangan adalah ujian untuk kita hidup lebih tabah dan beriman.