Thursday, 14 January 2016

Dongak Lihat lah Bintang

Hampir setiap malam selepas Solat Isyak akan duduk di luar rumah sebentar. Cuaca sekarang menyebabkan penghawa dingin pun gagal memberi kedinginan dari panas terik mentari siang. Oleh itu masuk ke rumah batu seperti masuk ke dalam gua. Panas. Panas ini adalah sedikit dari kepanasan di Mahsyar. Melihat langit adalah hobi aku. Suasana langit cerah menyebabkan langit menjadi terlalu indah. Indah dengan malam yang dihiasi bintang-bintang yang berkedipan. Ohhhh Indah sekali. Bintang-bintang umpama lampu yang tergantung di awan nano. Maha Hebat Sang Pencipta.
Pagi tadi aku mendongak ke langit lagi. Betapa hebatnya ciptaan langit Maha Pencipta. Bintang-Bintangnya terlalu indah sekali. Detik hati mungkin begitulah keindahan. Ia terlalu jauh. Memang yang jauh itulah sebenarnya keindahan. Kenangan adalah antara yang terindah tetapi ia terlalu jauh dan semakin jauh kita tinggalkan. Itulah maksud aku antaranya. Bintang yang jauh itulah menjadi terlalu indah hingga rasa mahu menggapainya. Ini bukan Bintang Mencari Bintang. Ini bintang yang ku lihat jauh di galaksi di Bima Sakti. Bintang memberi iktibar pada semua bahawa dia makhluk yang taat tanpa soal perintah Allah berlegar digalaksinya. Bayangkan jika dia berlaga dan berlanggar sesama sendiri seperti sikap manusia ini. Bintang hanya berlanggar sesama sendiri bila diperintah Ilahi. Ketika ibu mengandung keguguran dan semua orang hanya memikir nasib masing-masing Itu tanda kiamat sudah mari..So lu fikirlah sendiri.






Surah Al-Buruuj - سورة البروج



Bismillah Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001 Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
                                        
A002 Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
                                        
A003 Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
                                        
A004 Celakalah kaum yang menggali parit,
                                        
A005 (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
                                         
A006 (Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
                                        
A007 Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
                                         
A008 Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
                                        
A009 Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
                                         
A010 Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
                                        
A011 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
                                        
A012 Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
                                        
A013 Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
                                         
A014 Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
                                        
A015 Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,
                                        
A016 Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
                                         
A017 Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?
                                        
A018 (Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
                                        
A019 (Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
(                                  
A020 Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
                                        
A021 (Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
                                        
A022 (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.

Tuesday, 5 January 2016

Gombak Darul Garuda?

Kini aku telah bertugas di Kuang, Gombak. Suasana berbeza dari Kuala Kubu Bharu dan Kuala Langat. Kuala Kubu banyak bukit. Kuala Langat banyak orang jawa. Kuang? Huhh banyak bangsa serumpun. Indonesia. Hahaha. Teringat idea Dr Buhanuddin Al-Helmy. Melayu Raya. Tapi sayang Penjajah sudah menggagalkannya..cabaran Kuang sedang menanti aku...Takbirrr. Allahuakbar..