Monday, 18 April 2016
Sahabat yang Hebat..
Mendapat berita dari sahabat yang mahu mencari lorong lain dalam perjuangannya. Amat lah pedih. Kerana sahabat sejati agak sukar untuk didapati saat ini. Aku doakan kamu Berjaya sahabat. jangan lupa di mana pun kita berada Khusnul Khatimah adalah matlamat jelajah dakwah kita.. Sahabat yang hebat bukan saja bersetia tetapi bertemu dan berpisahnya kerana Allah jua. Allah tahu takdir ini walau sulaman sedih dan pedih ia tetap kerana ia suratan bukan kebetulan.
Fikir-Fikir lah wahai Ummah
Kisah dan cerita di TV amat membosankan. Orang melayu ini tiada cerita lain. Kisah cinta yang Nampak bodoh. Lawak bodoh. Nyanyi Nampak bodoh. Dan semuanya Nampak diperbodohkan. Hakikat kita umat Islam seolah hilang identity walaupun tidak dinafikan ada juga rancngan Tv yang memberi erti dalam hidup. Tidaklah dapat dipastikan apakah dengan berlakon sebagai orang kaya yang hanya pandai bercinta akhirnya ia boleh Berjaya dalam hidupnya. Itu kan fantasi semata. Sedih mengenangkan nasib ummah kini. Betapa geletekan materialistik Berjaya membuat semua seperti sarkas. Para ustaz kini dilihat semakin ramai tetapi ramai lagi yang makin sesat. Kekalutan sosial pula berlegar umpama mahu menangkap belut begitu licin sekali hingga kuman maksiat yang mahu dihapuskan terus merebak membaham tauhid ummah. Di hadapan sana perlu banyak untuk kita fikirkan. Fikirkan untuk aku dan kamu. Untuk Islam dan Demi Islam..
Subscribe to:
Comments (Atom)