Sunday, 5 June 2016

Salam Perjuangan Ramadan Datang lagi

Asssalamualaikum. Sahabatku. Ramadan datang mendakap kita lagi. Atas kasih sayang Allah Kepada hambanya Penghulu segala bulan ini datang. Maka berkuaklah pintu syurga terkatup pintu neraka. Datang bara yang membakar dosa dan datang pula salju idaman syurga. Apakah lagi kita mahu dengan kehadiran bulan kekasih Kita yang Kita nanti. Rindu dendam dengan tawaran cinta taqwa membawa seribu Satu harapan Kepada Kita Semua untuk mengharap Diberi kurnia Allah Kepada Kita yang digoda telah dinoda dunia dan nafsu Yg menjadi kuda syaitan untuk menyesatkan. Seringkali Kita lupa bahawa harapan menjadi hamba yang muttaqin akan terbuka peluang seluasnya pada bulan ini. Ramadan bulan yang mengajar ummah betapa besarnya cabaran dan pengorbanan dalam perjuangan. Ramadan juga bukan saja habanya membakar dosa tetapi lebih jauh lagi ia adalah tarbiyah agar manusia tidak menjadikan dunia itu matlamat tetapi akhirat adalah sumpah keramat yang bakal membuah bahagia yang hakiki. Salam Ramadan sahabat, mudah-mudahan Kita bertaqwa. Salam Ramadan berdoalah dengan penuh pengharapan.

Wednesday, 1 June 2016

Masanya Hampir Tiba..

Saat kau makin hampir.
hati begitu berdebar.
hadir mu adalah rahmat.
hadirmu adalah pengampunan.
hadir adalah harapan mengelak derita celaka api neraka.


Saat itu akan tiba.
Kalau panjang usia.
harapan untuk berjumpa.
berjumpa malam yang bahagia.
Malam itu pengubah duka.
malam itu pengubah dosa pada pahala.
malam pengubah takdir diri.
untuk menjadi hamba yang diredai


Ramadan semoga aku sempat bertemu dengan mu..