Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...
uLirikLagu.blogspot.com
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Wednesday, 14 September 2016
Monday, 5 September 2016
Sanggupkah Kita Berkorban....
Pengorbanan adalah syarat untuk Berjaya. Dalam sejarah perjuangan agama, bangsa dan kuasa adalah tidak boleh tidak kita perlu untuk berkorban. Keberanian adalah asas pengorbanan. Jika ada keberanian barulah muncul pengorbanan. Seorang pemimpin perlu berkorban masa, harta dan tenaga barulah ia menjadi pemimpin yang berani dalam pimpinannya. Jika tidak mahu berkorban maka akan ada kecut dalam hatinya yang menyebabkan takhtanya menjadi punca untuk dia mengumpul harta serta untuk penuhi nafsu serakahnya. Ramai kalangan kita yang hanya boleh berbicara soal keberanian dan pengorbanan tetapi jauh hakikatnya kita ini hanya menipu diri sendiri. Antara masalah ummah kini ialah mereka telah hilang 2 perkara ini. Pengorbanan dan Keberanian. Mungkin kita berani tetapi jika tiada jiwa untuk berkorban ia hanya tinggal angan-angan kosong dalam tindakan. Begitu juga berkorban tetapi jika tiada keberanian itu ia hanya angan-angan Lebai Malang Dijemput Kenduri. Dalam menghela nafas panjang untuk berjuang bahawa ilmu lah yang akan mengangkat maruah ummah. tetapi ilmu tanpa pengorbanan dan keberanian ia hanya cermin kaca yang bersalut habuk hingga praktikal ilmu itu tersorok dalam habuk pengecut dalam hati-hati kita. Oleh itu dalam suasana Aidil Adha yang bakal tiba maka marilah kita semua memahami bahawa Nabi UlulAzmi telah menunjuk jalan iman dengan penuh pengorbanan dan keberanian hanya kerana Allah. Takbirrrrr!!!!!
Subscribe to:
Comments (Atom)