Adakalanya kita sering bercerita tentang keburukan orang lain hingga terlupa kita ini juga banyak buruknya. Melihat orang lain ditimpa bahana bukan Innalillahi Wainnailaihirojiunn tetapi yang terpacul selalunya ialah "padan muka" lebih-lebih lagi yang ditimba bahana itu adalah musuh yang nyata atau tidak dinyatakan. Itu sebenarnya adalah sakit jiwa yang melingkari jiwa raga kita. Kita manusia yang lemah iman ini harus segera sedar bahawa hidup ini umpama roda. Janganlah menyangka-nyangka senyum itu akan selalu tetapi ada ketika nanti air mata yang pula yang mengalir. Meletakkan keinsafan dan berhati-hati dalam hidup adalah suatu perkara yang mesti segera kita jelmakan. Janganlah asyik melihat orang lain tetapi marilah melihat diri sendiri.
Rasulullah saw sering melihat cermin. Satu Sunnah apabila melihat cermin adalah dengan niat beserta doa yg diajar oleh Rasulullah saw iaitu; “Allahumma kama hassanta khalqi, fa hassin khuluqi.” (Ya Allah sebagaimana Engkau telah mencantikkan kejadianku (rupaku), maka cantikkanlah juga akhlakku). [Hadith Ahmad dan Ibnu Hibban]