Monday, 11 March 2013

Harapan Hidup Kamu Apa Sebenarnya?

Tiada yang lebih bahagia apabila hati ini tenang. Ketenangan yang dicari adakalanya huru hara pula yang ditemui. Kadangkala bicara hati sering berdetik tentang perkara yang berlaku ini apakah agaknya hikmah disebaliknya. Kehidupan ini sering menjadi tidak adil apabila pertimbangan habuan dunia menjadi ukuran neraca dalam berfikir tentang nasib ini. Hati ini betul-betul terusik apabila terbaca ayat ini. Ayat ini sungguh menenangkan kerana Allah adalah Tuhan Maha Esa dan Maha Bijaksana dalam  menentukan untung nasib dalam kehidupan ini Firman Allah :

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."(Al-Hadiid ayat 22-23)
 
Terasa beruntungnya diri apabila memikirkan ayat ini. Betapa bernasib baik diri ini. Adakalanya manusia itu sering tergelincir dalam ujian hidupnya. Namun kegelinciran itu tidak semestinya dia terus tersungkur. Memberi peluang kepada yang mencari jalan pulang lebih dari dari mencari salah seseorang. Jika ini dapat kita amalkan. Maka insyallah kedamaian itu akan menyusul tiba. Sebab itu bertanyalah pada diri sendiri apakah harapan dalam hidup ini. Apakah harapan ini adalah berteraskan nafsu semata atau harapan kita adalah untuk menjadi hamba yang Maha Esa. Jawapan ada dihadapan sana cuma kita perlu bijak untuk memilihnya.

No comments:

Post a Comment