" Abah kenapa ini berlaku? Apa salah saya? Kenapa begitu akhirnya? Abah aku sangat sedih hari ini"..Abah hanya diam tiada sepatah pun perkataan yang keluar. Abah hanya mendengar keluhan hati anaknya yang sangat dia sayang itu.
Malam itu terlalu panjang rasanya. Razif masih lagi belum dapat melelapkan matanya. Jam menunjukkan lima minit lagi jam 3 pagi. Pesanan ringkas yang diterima selepas isyak tadi betul-betul telah menyentak semangat kejantannya. Remuk hatinya. Mahu saja dia menjerit dengan penuh derita. Tetapi kerana masih dapat menahan luapan kekecewaannya Razif lupakan saja niat itu. Entah mana salahnya harapan yang sedang dalam pembikinan ranap ditengah jalan seperti patahnya jambatan di Cyberjaya pada petang itu juga.
Semuanya bermula dengan perkenalannya dengan seorang gadis yang berasal dari kampung RiverU. Atiqah namanya. Berkulit putih dan bertahi lalat di bawah bibirnya. Anak sulung dari 4 adik beradik telah muncul dalam aturcara hidup Razif. Ketika itu Atiqah menjalani latihan industri di tempat kerjanya. Perkenalan yang sangat pantas sepantas gossip di facebook telah menyemai bibit yang bakal menjadi benih suka yang seolah-olah akan berakhir dengan nikah kahwin. Atiqah seolah-olah tidak mahu menoleh kebelakang lagi malah telah memberi harapan yang menggunung tinggi kepada Razif. Maka makin hari babak kesukaan mereka itu telah dibajai dengan pelbagai acara dan adegan yang kadangkala mengundang dengki di kalangan handai taulan. Perkara yang paling penting ketika itu Razif merasakan terlalu bahagia kerana menyangka jodohnya telah sampai juga akhirnya. Alhamdulillah cetus hatinya.
Sepanjang tempoh berkenalan dengan Razif memang Atiqah merasakan ada banyak ciri yang dia harapkan untuk mencari pasangan hidupnya. Apa yang dia tahu dan menjadi pedoman dalam hidupnya memilih jodoh faktor agamalah yang paling utama diletakan dalam pertimbangan keputusan akhirnya. Razif ada ciri itu. Tugas Razif sebagai pendakwah sangat besar ertinya di sisi Allah. Baginya kerja suci Razif adalah keuntungan baginya. Kerana pendakwah seperti Razif akan dibalas Allah ganjaran syurga yang tiada tandingan nikmatnya di dunia. Mungkin orang selalu tertipu dengan ganjaran dunia yang palsu tetapi ganjaran syurga adalah hikmah bagi seorang hamba. Semua itu telah Atiqah fikirkan. Tetapi makin difikir semakin hatinya rasa gelisah. Tidak tahu dari mana datang rasa gelisah itu. Tetapi agakannya apakah kerana hubungannya dengan Razif. Hatinya sentiasa gelisah dan keluhnya adalah keluh yang resah. Pernah juga dia terfikir apakah memilih Razif adalah suatu kesilapan. Dipujuk hatinya berkali-kali.
Masa terus berlalu bersama keintiman Razif dan Atiqah. Bukti paling ketara ialah apabila setiap pagi ada saja coklat kegemaran Atiqah akan Razif bekalkan. Maklumlah itulah tanda kemabukan pasangan yang bercinta katanya. Apa saja kehendak Atiqah diturutkan yang kadangkala menimbulkan rasa meluat rakan sepejabat. Pandangan mereka kelakuan Atiqah ini hanyalah mengambil kesempatan kerana kelemahan Razif. Razif hanya batu loncatan Atiqah. Razif hanya tempat untuk Atiqah mendapatkan pertolongan. Razif hanya sebagai Atiqah mencari tempat bergandung sementara sahaja. Itulah antara pendapat mereka. Hanya Atiqah sahaja yang tahu niat isi hatinya kenapa dia merapati Razif.
Masa telah berlalu begitu pantas. Tarikh akhir Atiqah untuk menamatkan latihanya semakin hampir. Gelisahnya juga semakin gagal dikawal. Dia semakin berfikir untuk melarikan diri dalam dunia Razif. Kalau dulu pesanan ringkas dibalas pantas. Kini tidak lagi. Semua telah menjadi hambar. Episod lama telah berulang. Sebenarnya Atiqah pernah melalui episod ini. Cuma kali ini dia berhadapan dengan Razif insan yang telah meletakkan harapan setinggi Menara KLCC atau mungkin juga setinggi bulan di langit. Maka pelbagai alasan telah direkayasa. Atiqah telah terlupa bahawa kerana mulut badan binasa. Dia lupa bahawa dia kini bukan lagi berada di Tingkatan 5. Dia lupa bahawa memberi harapan dan kemudian membakar harapan itu akan menyebabkan cinta boleh bertukar menjadi dendam. Dia juga lupa bukan semua perkara kita boleh lari begitu saja. Dia mungkin juga terlupa bahawa tidak semua kucing akan berperangai kucing tetapi kucing boleh berperangai anjing kalau ada provokasinya. Sama ada dia lupa atau tidak ingat maka apa pun alasannya yang penting garis penamat untuk hubungannya dengan Razif mesti ditamatkan. Carilah berapa ramai orang untuk mencari simpati Allah tahu apa yang bermain dihatinya.
Sukar untuk Razif menerima hakikat ini. Baginya dia tiada salah. Keputusan Atiqah itu bukan saja mengejutkannya malah Razif merasakan hubungan mereka selama ini hanyalah satu perjudian semata. Jauh disudut hati Razif sebenarnya dia masih mengharap. Tetapi harapan itu nampaknya hanya tinggal harapan. Atiqah rupanya tiada hati dengannya. Mungkin apa yang berlaku sebelum ini umpama mimpi dalam mimpi. Hanya Allah saja yang tahu betapa remuknya hati Razif. Tidurnya terganggu. Patah selera makannya. Hilang semangat hidupnya. Bebal rasa fikirannya. Naik darah tingginya. Oh Tuhan apakah ujianMu kali ini.
Pagi itu Razif yang tidak boleh tidur malam bingkas bangun di awal pagi. Selepas solat subuh dia merancang hendak membawa dirinya yang lara panah tujuan yang gagal. Namun dia juga sebenarnya tidak tahu mana arah tujuannya. Sedar-sedar dia telah sampai diperkarangan rumah di kampungnya. Berkerut raut wajah ibunya melihat kesunggulannya. Tiada soalan yang dilontarkan pada anaknya. Cuma lirikan matanya dia memahami anaknya berada dalam suasana kecewa. Razif terus ke satu kawasan sunyi. Dan disitulah dia mendapat ketenangan. Di situ jugalah air mata tidak dapat dibendung lagi. Air matanya deras menerjah pipinya yang kurus itu. Di situlah dia mengadu pada pusara ayahnya. Mengadu pada yang telah pergi buat selamanya. Memohon ampun pada ayahnya kerana agak lama sudah tidak mengirim doa untuk ayah. Kelekaannya mencari kehidupan adakalanya terlupa pada orang yang telah berjasa membentuk kehidupan itu walaupun mungkin orang itu tiada dalam kehidupan dunia ini lagi. Walaupun ayah telah pergi tak kembali, namun apabila berhadapan dengan ujian tempat ini jugalah yang berjaya memujuk hati. Pagi itu juga Razif sedar tentang kealapaan. Maka redalah dia dengan apa yang berlaku. Baginya takdir Allah adalah segala-galanya dalam menentukan daya usaha kita. Kita hanya berusaha Allah juga yang menentukannya. Kegagalan mencari cinta manusia mengajarnya bahawa hanya cinta Allah yang kekal abadi. Takdir ini pasti ada hikmahnya. Dan Razif percaya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik itu adalah janji Allah. Takdir ini juga telah menjadikannya lebih dewasa. Dewasa mengenal gelagat manusia. Apabila memahami hakikat ini maka seribu kemaafan dihulurkan kepada sesiapa yang menyakitinya. Kerana janji kemaafan itu ganjarannya syurga. Maka apakah ada kebahagian lain selain menuju jalan ke syurga. Petang itu Razif bertukar fikirannya. Fikiran yang serabut telah terurai keserabutannya di tanah kubur ayahnya. Lalu dihidupkan enjin keretanya untuk terus melangkah hidupnya. Pulang ke tempat kerjanya. Walaupun dalam perjalanan pulang itu menitik juga air matanya maka itulah hakikat betapa lemahnya hidup sebagai manusia. Maka bergantunglah pada Yang Maha Esa. Bagi Razif hidup mesti diteruskan dan dia teringat jorannya. Jorannya juga akan menghilangkan gundahnya. Moga Atiqah bahagia dengan hidup....................
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Surah An-Nur ayat ke 32 maksudnya:
No comments:
Post a Comment