Tuesday, 18 June 2013

Sejarah itu ialah adakalanya kebenaran yang pahit..

Sejarah perlu ditulis semula - Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Buku-buku sejarah Malaysia perlu ditulis semula agar mengandungi masalah yang dihadapi negara pada masa lampau dan langkah diambil kerajaan bagi menyelesaikan isu seumpama itu, supaya sejarah negara lebih difahami generasi muda.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata langkah ini akan juga membantu Malaysia membentuk masyarakat yang lebih terdidik, dan 'dengan itu melahirkan lebih ramai pemimpin yang lantang'.

Nota : Aku setuju dengan cadangan ini. Semoga kita semua akan dapat jawapan pada sejarah negara kita. Sejarah adalah rantaian masa yang akan bercakap benar. Kita juga akan mengetahui Tun Mahathir ini keturunan apa.. Kita juga akan tahu siapa pengkhianat Melayu. Kita juga akan tahu siapa yang membuat laporan polis pada raja-raja Melayu. Kita juga akan tahu apakah benar Melayu itu dilabel malas dan bodoh. Kita juga akan tahu siapa yang kata Qiamulail tu boleh merosotkan prestasi pelajar Melayu..Juga aku mahu tahu bahawa disko bukan penyebab pelajar Melayu jadi malas..Aku juga mahu tahu apakah kebenaran itu dapat diterima walaupun ianya pahit.........

No comments:

Post a Comment