Wednesday, 29 July 2015
Kejam..Kejam..
Dunia politik penuh dramatik.. Adakalanya ia agak kejam. Apa tidaknya bayangkan ada orang yang semalam di puncak tetapi hari ini hanya Pak Pacak. Pada masa itu kita akan melihat siapa kawan dan siapa lawan malah kita akan melihat siapa setia. Siapa derita. Siapa para munafik..hahahahahahaha..
Sungai Manggis 30082015
Pagi ini sampai seperti biasa jam 7.20pagi.
suasana pagi di sini menyamankan.
Walau jauh perjalanan hati ku gumbira..
Moga Allah murahkan rezeki aku..
Kepada semua ceria selalu la ye..
Moga Allah membantu urusan kita semua.
suasana pagi di sini menyamankan.
Walau jauh perjalanan hati ku gumbira..
Moga Allah murahkan rezeki aku..
Kepada semua ceria selalu la ye..
Moga Allah membantu urusan kita semua.
Tuesday, 28 July 2015
Salam Syawal...
Salam Syawal.
Muhiydin Yassin bukan TPM dah..
Skrang Zahid Hamidi..
Puan Rosmah Mansur kekal isteri PM..
Ringgit terus jatuh..
Pasaran saham Malaysia terus lembab..
Peperangan telah meletus..
MalaysiaKu..
Hahahahaha..
Kuih Raya Bila Nak bagi ni...
Muhiydin Yassin bukan TPM dah..
Skrang Zahid Hamidi..
Puan Rosmah Mansur kekal isteri PM..
Ringgit terus jatuh..
Pasaran saham Malaysia terus lembab..
Peperangan telah meletus..
MalaysiaKu..
Hahahahaha..
Kuih Raya Bila Nak bagi ni...
Sunday, 5 July 2015
Selamat Jalan Sahabat ku..
Pagi tadi mendapat berita dari Emak..
Kawan aku Sam telah kembali ke rahmatullah.
Semalam jam 12.03 malam Malaikat datang menjemputnya.
Seorang kawan.
seorang aktivis PAS di kampung..
Seorang petani moden..
Kini seorang arwah di alam barzakh.
Aku doakan ruhmu dicucuri.
Aku Doakan keluarga kau tabah menghadapi semua ini.
Selamat jalan kawanku..
Al-Fatihah..
Kawan aku Sam telah kembali ke rahmatullah.
Semalam jam 12.03 malam Malaikat datang menjemputnya.
Seorang kawan.
seorang aktivis PAS di kampung..
Seorang petani moden..
Kini seorang arwah di alam barzakh.
Aku doakan ruhmu dicucuri.
Aku Doakan keluarga kau tabah menghadapi semua ini.
Selamat jalan kawanku..
Al-Fatihah..
Thursday, 2 July 2015
Khutbah Jumaat
KHUTBAH
JUMAAT : “MUSIBAH : AIR MATA DAN
HIKMAHNYA”
Oleh:
Zulkhairi bin Jaid
Sidang Jumaat
yang di rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan
kepada sidang hadirin sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa. Iaitu dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan apa
yang dilarang. Mudah-mudahan kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang
Berjaya di dunia lebih-lebih lagi di akhirat. Ingatlah!! Bahawa keingkaran kita
kepada Allah SWT hanya akan membawa kesusahan kepada diri kita sendiri. Firman
Allah dalam surah At-Taghabun ayat 11 yang berbunyi:
Maksudnya: “Tidak ada kesusahan (atau
bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa
yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang
telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Mutaakhirin kini kita telah melihat dan melalui pelbagai
musibah telah melanda dunia. Gegak gempita musibah itu, sama ada dengan
datangnya hembusan ganas angin puting beliung sebagai pemusnah, gegaran gempa
bumi yang meranapkan, Tsunami yang membelah lautan dan daratan, banjir yang
menelan bumi malah wabak penyakit yang rakus juga telah meragut jiwa-jiwa umat
manusia. Musibah atau Bencana-bencana ini seperti tiupan sangkala yang datang
tanpa diduga dan berlaku sekelip mata. Kehadirannya telah memberi seribu satu
kenangan pahit yang meramas-ramas hati. Pelbagai mata benda musnah dan rosak
sekelip mata. Kehilangan orang tersayang hanya dapat diringi dengan linangan
air mata yang menyedihkan. Kehadiran musibah bukan saja menjejaskan kehidupan
fizikal malah lebih teruk ia juga melibatkan tekanan perasaan dan trauma kepada
mangsa-mangsa yang terlibat. Ada yang tidak dapat menahan perasaan dengan meraung
penuh emosi lebih parah ada juga kalangan menyalahkan Tuhan dalam semua
kejadian. Sesuatu yang mesti kita fahami bawa musibah yang datang tidaklah datang
begitu saja tetapi ia adalah datang dengan keizinan Allah. Sedangkan setiap
yang datang pasti perlu sama-sama fikir untuk renungan. Firman Allah dalam
surah 133 surah Al-'Araf:
Maksudnya:
"Telah
Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu,
katak dan darah, sebagai tanda yang cukup jelas keingkaran mereka terhadap
ajaran Nabi Ibrahim, mereka menyombong diri dan sesungguhnya mereka adalah
golongan penjenayah (yang melakukan kerosakan di muka bumi)".
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Air
mata siapa pun pasti mengalir apabila terkenang musibah yang melanda. Apatah
lagi watak sendiri yang terlibat dalam tragedi musibah tersebut. Hanya orang
yang melalui cerita pahit ini yang menanggung derita hati yang meluluhkan.
Bukan mudah untuk memulihkan jiwa serta perasaan dan semangat orang yang
terlibat dengan sebarang musibah untuk kembali bangkit kembali namun mesti
diingat bahawa setiap yang datang itu pasti ada hikmahnya. Mungkin ada kalangan
kita yang bersikap pesimis dalam hal ini, tetapi perlu diingat jua segala yang
berlaku pasti Allah lebih tahu hikmahnya. Tiada siapa yang boleh memahami dan
mengetahui jerih perih selain dari Allah SWT. Lalu bersabarlah dengan sebarang
musibah kerana pasti ada ganjaran yang telah Allah sediakan untuk orang-orang
yang bersabar.
Daripada Abu Hurairah
RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman, hambaku yang mukmin
yang bersabar di atas kematian orang yang dikasihinya akan mendapat balasan
Syurga. Tidak ada balasan bagi hambaku yang beriman apabila aku mengambil
kekasihnya orang pilihannya daripada ahli dunia kemudian dia bersabar dan
mengharapkan pahala melainkan Syurga”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Musibah
atau bala bencana berpunca dari keingkaran serta dosa manusia. Dosa yang
dilakukan adalah virus yang akan merosakan putaran hidup di dunia. Tidak
dinafikan perbuatan dosa akan dibalas di akhirat nanti tetapi ia tetap akan
merosakkan kehidupan kita di dunia lagi. Perlakuan maksiat adalah punca utama
yang akan menjemput musibah untuk datang menimpa kita semua. Firman Allah yang
berbunyi:
Maksudnya: “Dan apabila sampai tempoh
Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih
dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya
taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah
negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya”.
Firman Allah SWT lagi dalam Surah Al-Isra’ ayat 17:
Maksudnya: “Dan berapa banyak
umat-umat yang kami telah binasakan sesudah zaman Nabi Nuh; dan cukuplah
Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui lagi melihat akan dosa-dosa hambaNya”.
Oleh yang demikian adalah
wajar kita memahami bahawa kedatangan musibah itu adalah disebabkan oleh dosa
maksiat yang dilakukan oleh manusia. Musibah yang datang adalah amaran awal
bahawa jika sangkala yang datang ia lebih dahsyat dari itu lagi. Malah tiada
daya manusia untuk menahan apabila musibah itu datang walau mungkin kehadiran
musibah itu boleh diramal.
Sidang Jumaat yang Dirahmati Allah,
Setiap
yang ditakdirkan dan yang dikirimkan Allah pada kita semuanya mempunyai hikmah.
Musibah sepatutnya mengajar kita bahawa kita ini adalah hamba yang terlalu
kerdil jika kita memahami betapa besar kekuasaan Allah. Betapa hebat pun kita
hidup di dunia adalah tidak wajar untuk kita melakukan keingkaran maksiat di
sisi Allah SWT. Maksiat yang bersalut dosa ini adalah kesombongan manusia pada
Tuhannya. Oleh itu telah tiba saat ketikanya untuk kita semua untuk memahami
bahawa perlunya kita semua bertaubat dari dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dosa yang mengotorkan kehidupan dunia telah
banyak meruntuhkan peradapan dunia dalam sekelip mata. Kesombongan dan
keangkuhan rupanya hanya khayalan yang memusnahkan. Pengajaran yang paling
penting dalam peristiwa musibah yang dilalui ini ialah hendaklah kita bersegera
untuk bertaubat.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal
ayat 33 :
Maksudnya: “Dan Allah tidak
sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara
mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar
(meminta ampun)”.
Memohon ampun kepada Allah adalah
terapi yang terbaik dalam menghadapi saat-saat ditimpa musibah. Musibah yang
datang tidak kenal mana yang baik dan mana yang melakukan keingkaran. Oleh yang
demikian perlunya semua memahami setiap perbuatan maksiat akan melanda semua
pihak kerana maksiat dan dosa. Musibah atau bala bencana tidak bermata apabila
dia datang tiada beza akan menimpa yang berdosa atau yang berpahala.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Musibah, bala bencana dan ujian
hidup mesti dilalui dengan jalan sabar dan taubat. Manusia yang paling banyak
ditimpa ujian ialah para Nabi dan Rasul. Kesusahan dan kepayahan yang mereka
lalui mesti kita jadikan ikutan asas dalam bagaimana untuk kita menghadapi
sesuatu musibah. Para Nabi dan Rasul bukan sahaja menerima musibah yang datang
itu sebagai ujian untuk meningkatkan Iman mereka tetapi musibah yang datang
telah menjadikan mereka hamba yang paling banyak bertaubat dan paling kuat
bersabar. Bagi para Nabi dan Rasul setiap ujian yang menimpa mereka di dunia adalah
untuk meningkat ketaqwaan dan keimanan mereka kepada Allah. Lihat apa yang
berlaku kepada Nabi Adam a.s. dalam ujian hidupnya. Pernahkah kita terfikir
bagaimana agaknya Nabi Ayub a.s menghadapi kesakitan penyakitnya. Ambillah
iktibar bagaimana Nabi Ibrahim a.s berjaya membawa risalah akidah yang benar
dengan ujian yang sangat hebat. Ibrah Nabi Yunus a.s juga mestilah diambil jika
mahu menjadi hamba yang sebenar. Juga jangan kita lupa betapa seksanya Nabi
Musa a.s dalam melayan karenah dan kezaliman penentangnya. Belajarlah dari
sejarah Nabi Nuh a.s dalam mendepani ujian yang banyak mengorbankan jiwa,
keluarga dan mata benda. Malah yang
paling hebat tentulah ujian yang paling getir telah dihadapi penghulu para Nabi
iaitulah Nabi Muhammad SAW yang tidak terbayang diakal fikiran biasa bagaimana
mungkin manusia biasa boleh menghadapi ujian yang sangat hebat dalam misi
menyampaikan risalah Islam dan Iman. Jalan taubat dan sabar adalah jalan para
nabi dan rasul ketika mereka menghadapi setiap ujian dalam sejarah berjuangan
mereka.
Sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Mas’ab bin Sa’ad daripada ayahnya,Maksudnya:
Aku bertanya : “wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang paling kuat ujiannya?” Sabdanya : “Para nabi kemudian seumpamanya maka sepertinya. Diuji seorang lelaki mengikut kadar agamanya, sekiranya agamanya kuat maka semakin kuat ujiannya dan jika agamanya lemah maka diuji mengikut kadar agamanya. Sentiasa berlangsung ujian ini sehingga ia berhenti, berjalan dia di atas muka bumi ini sedangkan tiada lagi dosa di atasnya”.
Aku bertanya : “wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang paling kuat ujiannya?” Sabdanya : “Para nabi kemudian seumpamanya maka sepertinya. Diuji seorang lelaki mengikut kadar agamanya, sekiranya agamanya kuat maka semakin kuat ujiannya dan jika agamanya lemah maka diuji mengikut kadar agamanya. Sentiasa berlangsung ujian ini sehingga ia berhenti, berjalan dia di atas muka bumi ini sedangkan tiada lagi dosa di atasnya”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Selain dari itu semua perlu menjaga adab-adab yang penting
dalam menghadapi sesuatu musibah. Budaya bantu membantu tanpa mengira latar
belakang agama, bangsa, negeri dan negara perlu digerakkan. Budaya sukarelawan
mesti digerakkan sekurang-kurangnya sebagai solidariti kepada yang ditimpa
musibah. Merasai kesakitan yang sama mesti ditunjukkan seolah-olah kita
berkongsi kesakitan dan kesedihan yang sama. Mengenepikan fahaman yang berbeza
itu juga mesti dihindarkan dengan memandang isu ini adalah isu kemanusiaan. Memberi
sokongan moral adalah perkara paling penting supaya setiap musibah mesti
dilalui dengan jalan sabar. Malah dalam dunia semasa yang bergerak pantas
melalui pelbagai aplikasi komunikasi kini banyak juga sebaran maklumat yang
kurang tepat serta diada-adakan mesti juga dihentikan. Gambar-gambar yang
mengaibkan dan meruntun hati keluarga wajar tidak dijadikan tatapan umum bagi
menjaga sensitiviti mereka yang terlibat. Kegagalan kita berbuat demikian
adakalanya bukan saja membantu penyebaran fitnah tetapi juga telah mengguris
hati semua pihak.
Musibah dan sabar adalah perkataan
yang paling akrab dalam menceritakan soal mengurus takdir yang menimpa ini. Namun
percayalah musibah yang datang bukan saja akan mengundang titisan air mata
tetapi ia membawa bersama hikmah di dalamnya.
Maksudnya : “"Sehingga aku
berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya
adalah Ia Maha Pengampun. "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan
menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi
kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan
mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu
sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)”.
(Surah Nuh ayat 10-12)
Subscribe to:
Comments (Atom)