Thursday, 2 July 2015

Ramadhan...Datang dan Pergi

Sudah lama aku menyepi dalam blog ini. Kesuntukan masa menyebabkan aku sukar untuk menulis dalam laman. Ditambah dengan hati yang masih gundah gulananya maka mood untuk menulis pun agak kurang keghairahanya. Namun aku cuba juga untuk menulis kerana bagi aku menulis dalam laman ini adalah untuk mengasah bakat menulis yang aku ada (hahaha..konon).
Masa begitu pantas berlari. Hari ini telah masuk 15 hari kita berpuasa di bulan Ramadan Al-Mubarak. Kemeriahan bulan ini memang tidak dapat disangkal lagi. Dari Masjid hingga ke Bazaar hidup dengan hiruk pikuk manusia. Bulan ibadah ini banyak mengajar kita supaya kita menjadi manusia yang manusia. Kedudukan manusia itu adalah sangat tinggi dibanding dengan makhluk ciptaan Allah yang lain. Cumanya ia juga boleh jadi hina lebih hina dari binatang dengan keingkarannya. Ramadan yang datang sebagai rahmat dan nikmat kepada manusia untuk menyucikan diri para pendosa. Bukan itu saja malah Ramadan yang datang ialah memberi memberi seribu satu harapan untuk kita hidup bahagia dari dunia sampai akhirat. Ironinya ada kalangan kita yang tidak mahu memahami perkara ini. Malah kadangkala sengaja mencabar Tuhan dalam keingkaran mereka. Cukuplah bencana dan kematian menjadi pengajaran kepada kita semua. Jangan nanti kita menjadi hamba derhaka yang menyesal di hari-hari muka. Moga Allah selamatkan kita semua. Salam Ramadan dan Salam LailatulQadar.

No comments:

Post a Comment