Monday, 21 March 2016

Syukurlah Hujan..

Hujan pagi ini.
Hujan pagi yang menyamankan.
Hujan memberi seribu rahmat.
Hujan juga akhirnya.
Panas yang panjang memang menyesakkan.

Maksudnya "Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;"

Friday, 11 March 2016

Tawa dan Duka Milik Siapa?

Firman Allah An-Najm 42-44:
                                 
A042 Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
                                       
A043 Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
                                        
A044 Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan.


Hanya kepada Allah kita berserah. Manusia tiadalah adil Allah juga yang Maha Adil. Menghirup hidup dunia masakini seperti kehilangan deria rasa. Hahahaha. Manusia kini semakin rakus mencari hidup. Hingga lupa matlamat hidup kita. Umpama harimau yang menerkam mangsa tanpa rasa belas. Umpama singa yang bergelut di gurun sahara mencari bekalan perut. Hidup hanya mahu fikirkan perut. Hingga ketawanya adalah tangisan orang lain. Ingatlah bahawa hanya Allah yang memberi semua itu. Jika kamu bersikap sedemikian kamu sedang merintis jalan derita hidup. Bahagia bukan pada harta. Bahagia di hati yang digengam Allah. Moga kita jadi manusia yang manusia.

Monday, 7 March 2016

Menulislah Utk Islam...

Cita-cita aku adalah mahu menjadi penulis. Namun hingga kini masih buntu bagaimana agaknya citaku ini akan jadi kenyataan. Sebenarnya kuasa menulis ada pengaruhnya sendiri. Maka tidak hairanlah Allah juga pernah bersumpah atasnya "Demi Pena" dalam surah Al-Qalam. Hakikat sebenar umat Islam masih jauh ketinggalan dalam bidang ini. Penulisan telah dijadikan jalan yang paling tajam untuk memfitnah Islam. Maka perlulah kita bangkit dalam perkara ini. Penulisan yang mantap bukan sahaja fakta dan ilmiahnya tetapi penulisan yang mantap ia mesti memberi kesan dalam diri pembaca. Ya Allah Moga Satu Hari Nanti Aku Menjadi Seorang Penulis.


Image result for Penulis sepi