
Cita-cita aku adalah mahu menjadi penulis. Namun hingga kini masih buntu bagaimana agaknya citaku ini akan jadi kenyataan. Sebenarnya kuasa menulis ada pengaruhnya sendiri. Maka tidak hairanlah Allah juga pernah bersumpah atasnya "Demi Pena" dalam surah Al-Qalam. Hakikat sebenar umat Islam masih jauh ketinggalan dalam bidang ini. Penulisan telah dijadikan jalan yang paling tajam untuk memfitnah Islam. Maka perlulah kita bangkit dalam perkara ini. Penulisan yang mantap bukan sahaja fakta dan ilmiahnya tetapi penulisan yang mantap ia mesti memberi kesan dalam diri pembaca. Ya Allah Moga Satu Hari Nanti Aku Menjadi Seorang Penulis.
No comments:
Post a Comment