Monday, 25 July 2016
Sunday, 17 July 2016
Viva Turkey..
Pada jumaat lalu, segelintir pihak dalam tentera telah melakukan cubaan rampasan kuasa bermula jam 8 malam (1 pagi waktu Malaysia), di mana lebih 190 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 1,000 orang cedera, sementara lebih 2,800 anggota tentera ditangkap pihak berkuasa Turki.
Ini rancangan yang gagal..
Ini rancangan dengki..
Ini rancangan pengkhianatan..
Viva Turkey..
Betapa akhlak Tuan Presiden adalah karisma untuk Turkey..
Allah Selamatkan Kamu.. Amin.
Salute!!!!!!!! pada yang berakhlak.Monday, 11 July 2016
Ramadan Pergi..
Ramadan tahun ini telah pergi. Perginya bersama seribu satu rahmat. Syawal yang datang menggamit kembali memori dalam hidup ini. Edulfitri bukan pesta makan atau pesta baju raya. Ia adalah tanda kesyukuran manusia yang manusiawi. Ingatan buat abah yang telah pergi dijemput Ilahi segera menerjah diri. Kegembiraan disulami kesedihan adalah tanda kita ini manusiawi. Kita hanya ada abah seorang dan emak seorang. Tiada galang gantinya mereka ini jika sudah pergi tidak kembali.
Setiap kali datangnya Syawal fikiran selalu bertanya apakah ada erti hidup ini tanpa berbakti pada ibubapa. Apakah akan terjadi jika keduanya sudah tiada. Ke mana agaknya berhari raya tanpa mereka di sisi. Kadang-kadang hati terasa malu kerana rasa sering merasa gagal dalam berbakti dengan jasa mereka yang tidak pernah berbelah bagi. Berdoalah moga dapat bertemu Ramadan lagi. Berdoalah moga dapat berbakti pada ibu bapa sendiri. Berdoalah moga sentiasa semua dipelihara Ilahi.
Syawal kali ini mungkin indah dari Syawal yang akan datang dengan masa yang berlari.
Subscribe to:
Comments (Atom)


