Ramadan tahun ini telah pergi. Perginya bersama seribu satu rahmat. Syawal yang datang menggamit kembali memori dalam hidup ini. Edulfitri bukan pesta makan atau pesta baju raya. Ia adalah tanda kesyukuran manusia yang manusiawi. Ingatan buat abah yang telah pergi dijemput Ilahi segera menerjah diri. Kegembiraan disulami kesedihan adalah tanda kita ini manusiawi. Kita hanya ada abah seorang dan emak seorang. Tiada galang gantinya mereka ini jika sudah pergi tidak kembali.
Setiap kali datangnya Syawal fikiran selalu bertanya apakah ada erti hidup ini tanpa berbakti pada ibubapa. Apakah akan terjadi jika keduanya sudah tiada. Ke mana agaknya berhari raya tanpa mereka di sisi. Kadang-kadang hati terasa malu kerana rasa sering merasa gagal dalam berbakti dengan jasa mereka yang tidak pernah berbelah bagi. Berdoalah moga dapat bertemu Ramadan lagi. Berdoalah moga dapat berbakti pada ibu bapa sendiri. Berdoalah moga sentiasa semua dipelihara Ilahi.
Syawal kali ini mungkin indah dari Syawal yang akan datang dengan masa yang berlari.
No comments:
Post a Comment