Monday, 25 March 2013
Thursday, 21 March 2013
Tuesday, 19 March 2013
Kenangan Belajar Gurindam...
Gurindam Dua Belas - Raja Ali Haji
Barang siapa tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari.
Barang siapa mengenal dunia,
tahulah ia barang yang terpedaya.
Barang siapa mengenal akhirat,
tahulah ia dunia mudarat.
Barang siapa mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan puasa,
tidaklah mendapat dua temasya.
Barang siapa meninggalkan zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.

sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki,
daripada berjalan yang membawa rugi.
Hati kerajaan di dalam tubuh,
jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur.
Di mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
Jika hendak mengenal orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.
Cari olehmu akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cari olehmu akan guru,
yang boleh tahukan tiap seteru.
Cari olehmu akan isteri,
yang boleh menyerahkan diri.
Cari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang setiawan.
Cari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,
Apabila banyak berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak berlebih-lebihan suka,
itulah tanda hampir duka.
Apabila kita kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak dilatih,
jika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat benar,
tidak boleh orang berbuat onar.
Barang siapa khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri hendaklah sabar,
biar pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka menampakkan jasa,
setengah daripada syirik mengaku kuasa.
Kejahatan diri sembunyikan,
kebaikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.
Tahu pekerjaan tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi berseteru.
Dengan bapa jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafil
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak marah,
dahulukan hujah.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.
Raja mufakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh inayat.
Kasihkan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.
Sunday, 17 March 2013
Aku tidak pernah percaya Mamat ni..Setakat inilah..
PKR batal hasrat calonkan Asri pada PRU13?
| 9:34AM Mac 18 2013 |
Tokoh
agama terkenal Datuk Dr Asri Zainul Abidin, yang diura-urakan
bertanding atas tiket PKR, kemungkinan besar tidak jadi dicalonkan oleh
parti tersebut. Sumber-sumber PKR memberitahu Malaysiakini,
Dr Asri dianggap tidak serius untuk bertanding selepas pertemuan beliau
dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dua minggu lepas. Pada
masa yang sama, Dr Asri sendiri dikatakan sudah membuat keputusan
muktamad dengan menolak tawaran itu walaupun dijanjikan kerusi timbalan
ketua menteri Pulau Pinang.
Sumber-sumber PKR memberitahu, parti itu mahukan komitmen segera daripada bekas mufti Perlis itu kerana pembubaran Parlimen dijangka diumumkan penghujung bulan ini. Difahamkan tawaran kerusi timbalan ketua menteri itu dibuat oleh Ketua Pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri dalam pertemuan empat matanya dengan ulama muda itu sebelum ini.
Dr Asri sendiri malam tadi mendedahkan dalam mesej di akaun Twitternya tentang pertemuan dengan perdana menteri. Bagaimanapun butiran perbincangan di pertemuan kedua-duanya tidak dinyatakan dengan jelas sama ada berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum atau hal-hal lain. "Dua minggu lepas, YAB PM jemput saya ke pejabat beliau sendirian. Saya beri pandangan-pandangan saya dan beliau dengar dengan teliti. Saya hargai sikap itu," kata Dr Asri dalam twitnya.
Surat-menyurat pertemuan
Menurut sumber PKR lagi, parti itu tidak selesa dengan sikap Dr Asri yang berhubung dengan Najib sewaktu rundingan kerusi dengan parti itu sedang berjalan. Difahamkan surat-menyurat pertemuan Dr Asri dengan perdana menteri pernah ditunjukkan kepada beberapa pemimpin PKR. Antaranya, surat pihak Najib itu menyebutkan pertemuan itu diatur di pejabat perdana menteri pada petang 28 Februari lalu oleh seorang pegawai pemimpin tersebut. Namun, Dr Asri sendiri mempunyai sejarah hubungan dengan beberapa tokoh politik BN dan Pakatan Rakyat sejak bertahun-tahun lalu lagi. Muncul melalui kegiatan PAS zaman mahasiswanya, beliau dilantik mufti Perlis sewaktu Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai menteri besar sebelum digugurkan selepas pilihan raya 2008. Selain mengekalkan hubungan dengan tokoh Umno itu, Dr Asri juga dikatakan bertemu dengan pemimpin-pemimpin PAS dan DAP.
Kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini berminat mencalonkan beliau.
Malaysiakini difahamkan, DAP berminat menyerahkan satu kerusi selamat di DUN di Pulau Pinang. Sementara PKR pula ingin meletakkan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu di kerusi Penanti, bawah parlimen Permatang Pauh.
Dr Asri tolak jadi calon, kerusi TKM
Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini malam tadi enggan mengulas berhubung perkara itu. Bagaimanapun, difahamkan Dr Asri tidak berminat bertanding dalam pilihan raya kerana merasakan langkah itu "tidak sesuai". Menurut sumber yang dekat dengannya, beliau juga merasakan masih boleh menyumbang sesuatu walaupun selepas pilihan raya dan tidak menjadi calon. "Tunggulah era politik baru pasca-PRU13 nanti," kata sumber dalaman itu sambil menambah "Dr Asri akan ada dalam siri berikutnya". Keputusan muktamad itu dibuat setelah berbulan-bulan PKR memujuk Dr Asri, termasuk menghantar pemimpin-pemimpin tertinggi mereka bagi bertemunya. Malah, menurut sumber juga, setakat minggu lepas, Dr Asri masih dihubungi oleh seorang naib presiden PKR yang memintanya menimbang bertanding atas tiket PKR. Selain Dr Asri, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Maszlee Malik juga antara dua tokoh ulama muda yang sedang direkrut menyertai Pakatan dalam kempen menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Berbeza dengan Dr Asri, kedua-dua mereka dikatakan masih belum membuat sebarang keputusan muktamad walaupun pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Nota : Secara peribadi aku tak percaya pada mamat ini. Dia hebat "berpolitik"..Dia rapat dengan Tun Mahathir...Siapa yang rapat dengan Mahathir memang tidak boleh dipecayai..Pernah atau tidak dia membuat nasihat terbuka kepada Mahathir..Jawapnya tidak pernah...Kenyataan Mahahtir banyak mengundang fitnah kepada Islam...

Ini Kumpulan Rock aku masa Tingkatan 3 dulu...Ziela anda bila lagi...hahahahahahaha.
Penyanyi rock terharu serah borang PAS
| Hazayani Zakaria, | 17 Mac 2013 |
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Isni Akbar mengisytihar menyertai PAS pada program ‘Malam Seni Untuk Perubahan’ di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi sebelum menyerahkan borang kepada Mohamad di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.
Tajul, 46, turut mengakui beliau sudah lama mengikuti gerakan Reformasi dan mempunyai ramai kawan di kalangan ahli PAS dan PKR.
Malah katanya, beliau sering hadir ke program melibatkan parti politik namun belum bersedia untuk 'menonjolkan diri' ketika itu.
"Gerakan reformasi ini tidak asing bagi saya. Dari dulu lagi saya dan beberapa kawan yang lain memang menyokong perjuangan rakyat.
"Saya pun ramai kawan di kalangan orang PAS, PKR dan mereka selalu ajak saya pergi ke program-program mereka.
"Sekarang ni dengan umur macam ini, saya rasa sudah sampai masanya saya ke hadapan dalam perjuangan. Saya pun tak sangka dapat serahkan borang kepada Abang Mat malam tadi," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Bapa kepada dua cahaya mata itu juga berkata, beliau akan meneruskan aktiviti nyanyian dan penulisan lirik dan tidak akan menolak jika diundang membuat persembahan di program melibatkan Pakatan Rakyat.
"Kalau mereka jemput saya, tak ada aral saya akan datang. Saya tahu apa yang saya buat ini betul, saya tahu mana yang baik, mana yang buruk.
"Yang baik kita sokong, yang buruk kita tentanglah. Sampai bila kita nak tengok rakyat ditindas.
"Pada saya, semuanya bergantung pada hati dan niat kita," jelasnya sambil menambah beliau selalu membeli akhbar Harakah dan Suara Keadilan untuk mengetahui isu semasa.
Beliau juga menyeru rakan-rakan artis agar berani menyatakan pendirian kerana yakin rezeki itu datang daripada Allah.
"Rezeki itu dari Allah. Kepada kawan-kawan, saya mohon tolak ke tepi sifat takut ke depan untuk berjuang," katanya yang berasal dari Ipoh.
Tambah beliau juga, beliau akan pulang mengundi di Ipoh walaupun menetap di Kajang.
FTG merupakan kumpulan Thrash Metal yang ditubuhkan pada tahun 1989.
FTG bergerak secara underground dan pernah melakukan rat
Wednesday, 13 March 2013
Hidup Ini Adalah Perjalanan...
Dalam keghairahan kita untuk mencari kehidupan, tahukah kita hidup kita ini adalah suatu perjalanan. Perjalanan ini perlu dipandu. Perjalanan ini ada ujiannya. Perjalanan ini pasti ada ketawa bersulam tangisan. Malah ada orang tangisan itulah yang melegakan hatinya dalam perjalanan itu. Jangan lupa ada kalanya perjalanan ini kita tergelincir jatuh. Ada juga perjalanan ini kita teguh. Tetapi percayalah perjalanan menuju kepada yang abadi adalah perjalanan yang ditakdirkan akan dihakimi di hari akhirat. Yang pasti setiap langkah perjalanan ini diperhatikan dan dicatatkan untuk dibawa kemuka Al-Mizan. Ketika itu perjalanan yang berduri seperti perjalanan para Nabi akan dibalas dengan syurga yang hakiki. Ingat perjalanan yang menentang Nabi bakal diazab tanpa belas kasihan terlintas di hati. Adakala perjalanan di dunia ini jika diamat-amati ia akan menentukan di mana kita nanti di ukhrawi. Oh Tuhan tidak kira dimana kami bermula yang paling penting di mana kami berhenti. SyurgaMu atau NerakaMu..Hanya Engkau Ya Allah yang dapat memimpin kami dalam perjalanan ini.........
Monday, 11 March 2013
Harapan Hidup Kamu Apa Sebenarnya?
Tiada yang lebih bahagia apabila hati ini tenang. Ketenangan yang dicari adakalanya huru hara pula yang ditemui. Kadangkala bicara hati sering berdetik tentang perkara yang berlaku ini apakah agaknya hikmah disebaliknya. Kehidupan ini sering menjadi tidak adil apabila pertimbangan habuan dunia menjadi ukuran neraca dalam berfikir tentang nasib ini. Hati ini betul-betul terusik apabila terbaca ayat ini. Ayat ini sungguh menenangkan kerana Allah adalah Tuhan Maha Esa dan Maha Bijaksana dalam menentukan untung nasib dalam kehidupan ini Firman Allah :
"Tidak ada sesuatu
kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga
yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab
(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan
yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang
itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada
kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa
yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada
tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."(Al-Hadiid ayat 22-23)
Terasa beruntungnya diri apabila memikirkan ayat ini. Betapa bernasib baik diri ini. Adakalanya manusia itu sering tergelincir dalam ujian hidupnya. Namun kegelinciran itu tidak semestinya dia terus tersungkur. Memberi peluang kepada yang mencari jalan pulang lebih dari dari mencari salah seseorang. Jika ini dapat kita amalkan. Maka insyallah kedamaian itu akan menyusul tiba. Sebab itu bertanyalah pada diri sendiri apakah harapan dalam hidup ini. Apakah harapan ini adalah berteraskan nafsu semata atau harapan kita adalah untuk menjadi hamba yang Maha Esa. Jawapan ada dihadapan sana cuma kita perlu bijak untuk memilihnya.
Friday, 8 March 2013
KEMPEN MOHON MAAF DENGAN ANWAR IBRAHIM..hahahahahahahahaha..
Bapa Saiful mohon maaf pada Anwar, dakwa anaknya dipergunakan- Malaysiakini
| 1:25PM Mac 8 2013 |
Bapa
Saiful Bukhari hari ini memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim, dengan mendakwa bahawa anaknya telah dipergunakan oleh
pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang didakwanya termasuk
seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam kes Liwat
II.
"Datuk
Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dan telah menjadi mangsa fitnah ini,"
kata Azlan Mohd Lazim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam satu
sidang akhbar hari ini.
"Dengan ini saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan famili beliau. Beliau dan familinya telah banyak menderita dan sangsara akibat fitnah ini," tambahnya
Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Jabatan Peguam Negara telah merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan akan mendengar kes pada 22 Julai.
Dalam kenyataannya, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh anaknya dan beliau sendiri, telah dirancang dan disediakan pegawai perdana menteri itu dan seorang peguam.
Malaysiakini tidak menyiarkan identiti kedua-duanya sementara menunggu respons daripada mereka.
"Mereka
inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan
terhadap YB Datuk Seri Anwar, yang melibatkan anak saya."
Menurut Azlan, beliau mengetahui mengenai hal anaknya terlibat dan dituduh cuma melalui akhbar milik kerajaan kerana anaknya tidak langsung pernah menceritakan tentang kejadian dan pertuduhan tersebut kepadanya.
"Saya tidak pernah dihubungi oleh mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan dari saya sebagai bapa dari awal hingga tamat perbicaraan," dakwanya.
walaupun beliau sentiasa dilihat berdamping dan bersama dengan anaknya, Azlan menjelaskan bahawa beliau melakukannya
semata-mata kerana kasih seorang ayah yang memberi sokongan moral kepada anaknya.
"Saya sememangnya tidak percaya kepada dakwaan-dakwaan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar."
Azlan berkata, beliau memutuskan untuk membuat pendedahan ini kerana setelah sekian lama mengumpul maklumat sama ada semasa dalam perbicaraan, mahupun yang dikirim kepadanya oleh orang ramai, "saya dapati kebenaran mula terserlah dan jelas kelihatan."
Pihak pemerintah, katanya, langsung tidak pernah menemuinya untuk berbincang kes itu atau bertanya pendapatnya.
"Segalanya dirancang dengan begitu rapi oleh (pegawai berkenaan)," dakwa Azlan.
"Sebagai seorang Melayu dan Islam, saya mula sedar akan perancangan jahat ini. Saya tidak mahu terus bersekongkol dengan fitnah jahat ini. Saya mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu akan niat jahat mereka.
"Jika niat jahat ini berterusan, bukan sahaja umat Melayu dan Islam hancur tetapi negara musnah. Saya tidak sanggup melihat ini terjadi.
"Saya mengambil keputusan untuk bersama Datuk Seri Anwar, Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang dahagakan kemakmuran dan keamanan bercakap benar dan menentang kejahatan ini," katanya.
Azlan merayu kepada seluruh rakyat negara ini "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul".
"Marilah kita juga doakan agar Allah menangkan perjuangan Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih
pemerintahan negara dalam Pilihan Raya ke-13 nanti," katanya.]

Saturday, 2 March 2013
Cinta Si Pemancing Ikan..
" Abah kenapa ini berlaku? Apa salah saya? Kenapa begitu akhirnya? Abah aku sangat sedih hari ini"..Abah hanya diam tiada sepatah pun perkataan yang keluar. Abah hanya mendengar keluhan hati anaknya yang sangat dia sayang itu.
Malam itu terlalu panjang rasanya. Razif masih lagi belum dapat melelapkan matanya. Jam menunjukkan lima minit lagi jam 3 pagi. Pesanan ringkas yang diterima selepas isyak tadi betul-betul telah menyentak semangat kejantannya. Remuk hatinya. Mahu saja dia menjerit dengan penuh derita. Tetapi kerana masih dapat menahan luapan kekecewaannya Razif lupakan saja niat itu. Entah mana salahnya harapan yang sedang dalam pembikinan ranap ditengah jalan seperti patahnya jambatan di Cyberjaya pada petang itu juga.
Semuanya bermula dengan perkenalannya dengan seorang gadis yang berasal dari kampung RiverU. Atiqah namanya. Berkulit putih dan bertahi lalat di bawah bibirnya. Anak sulung dari 4 adik beradik telah muncul dalam aturcara hidup Razif. Ketika itu Atiqah menjalani latihan industri di tempat kerjanya. Perkenalan yang sangat pantas sepantas gossip di facebook telah menyemai bibit yang bakal menjadi benih suka yang seolah-olah akan berakhir dengan nikah kahwin. Atiqah seolah-olah tidak mahu menoleh kebelakang lagi malah telah memberi harapan yang menggunung tinggi kepada Razif. Maka makin hari babak kesukaan mereka itu telah dibajai dengan pelbagai acara dan adegan yang kadangkala mengundang dengki di kalangan handai taulan. Perkara yang paling penting ketika itu Razif merasakan terlalu bahagia kerana menyangka jodohnya telah sampai juga akhirnya. Alhamdulillah cetus hatinya.
Sepanjang tempoh berkenalan dengan Razif memang Atiqah merasakan ada banyak ciri yang dia harapkan untuk mencari pasangan hidupnya. Apa yang dia tahu dan menjadi pedoman dalam hidupnya memilih jodoh faktor agamalah yang paling utama diletakan dalam pertimbangan keputusan akhirnya. Razif ada ciri itu. Tugas Razif sebagai pendakwah sangat besar ertinya di sisi Allah. Baginya kerja suci Razif adalah keuntungan baginya. Kerana pendakwah seperti Razif akan dibalas Allah ganjaran syurga yang tiada tandingan nikmatnya di dunia. Mungkin orang selalu tertipu dengan ganjaran dunia yang palsu tetapi ganjaran syurga adalah hikmah bagi seorang hamba. Semua itu telah Atiqah fikirkan. Tetapi makin difikir semakin hatinya rasa gelisah. Tidak tahu dari mana datang rasa gelisah itu. Tetapi agakannya apakah kerana hubungannya dengan Razif. Hatinya sentiasa gelisah dan keluhnya adalah keluh yang resah. Pernah juga dia terfikir apakah memilih Razif adalah suatu kesilapan. Dipujuk hatinya berkali-kali.
Masa terus berlalu bersama keintiman Razif dan Atiqah. Bukti paling ketara ialah apabila setiap pagi ada saja coklat kegemaran Atiqah akan Razif bekalkan. Maklumlah itulah tanda kemabukan pasangan yang bercinta katanya. Apa saja kehendak Atiqah diturutkan yang kadangkala menimbulkan rasa meluat rakan sepejabat. Pandangan mereka kelakuan Atiqah ini hanyalah mengambil kesempatan kerana kelemahan Razif. Razif hanya batu loncatan Atiqah. Razif hanya tempat untuk Atiqah mendapatkan pertolongan. Razif hanya sebagai Atiqah mencari tempat bergandung sementara sahaja. Itulah antara pendapat mereka. Hanya Atiqah sahaja yang tahu niat isi hatinya kenapa dia merapati Razif.
Masa telah berlalu begitu pantas. Tarikh akhir Atiqah untuk menamatkan latihanya semakin hampir. Gelisahnya juga semakin gagal dikawal. Dia semakin berfikir untuk melarikan diri dalam dunia Razif. Kalau dulu pesanan ringkas dibalas pantas. Kini tidak lagi. Semua telah menjadi hambar. Episod lama telah berulang. Sebenarnya Atiqah pernah melalui episod ini. Cuma kali ini dia berhadapan dengan Razif insan yang telah meletakkan harapan setinggi Menara KLCC atau mungkin juga setinggi bulan di langit. Maka pelbagai alasan telah direkayasa. Atiqah telah terlupa bahawa kerana mulut badan binasa. Dia lupa bahawa dia kini bukan lagi berada di Tingkatan 5. Dia lupa bahawa memberi harapan dan kemudian membakar harapan itu akan menyebabkan cinta boleh bertukar menjadi dendam. Dia juga lupa bukan semua perkara kita boleh lari begitu saja. Dia mungkin juga terlupa bahawa tidak semua kucing akan berperangai kucing tetapi kucing boleh berperangai anjing kalau ada provokasinya. Sama ada dia lupa atau tidak ingat maka apa pun alasannya yang penting garis penamat untuk hubungannya dengan Razif mesti ditamatkan. Carilah berapa ramai orang untuk mencari simpati Allah tahu apa yang bermain dihatinya.
Sukar untuk Razif menerima hakikat ini. Baginya dia tiada salah. Keputusan Atiqah itu bukan saja mengejutkannya malah Razif merasakan hubungan mereka selama ini hanyalah satu perjudian semata. Jauh disudut hati Razif sebenarnya dia masih mengharap. Tetapi harapan itu nampaknya hanya tinggal harapan. Atiqah rupanya tiada hati dengannya. Mungkin apa yang berlaku sebelum ini umpama mimpi dalam mimpi. Hanya Allah saja yang tahu betapa remuknya hati Razif. Tidurnya terganggu. Patah selera makannya. Hilang semangat hidupnya. Bebal rasa fikirannya. Naik darah tingginya. Oh Tuhan apakah ujianMu kali ini.
Pagi itu Razif yang tidak boleh tidur malam bingkas bangun di awal pagi. Selepas solat subuh dia merancang hendak membawa dirinya yang lara panah tujuan yang gagal. Namun dia juga sebenarnya tidak tahu mana arah tujuannya. Sedar-sedar dia telah sampai diperkarangan rumah di kampungnya. Berkerut raut wajah ibunya melihat kesunggulannya. Tiada soalan yang dilontarkan pada anaknya. Cuma lirikan matanya dia memahami anaknya berada dalam suasana kecewa. Razif terus ke satu kawasan sunyi. Dan disitulah dia mendapat ketenangan. Di situ jugalah air mata tidak dapat dibendung lagi. Air matanya deras menerjah pipinya yang kurus itu. Di situlah dia mengadu pada pusara ayahnya. Mengadu pada yang telah pergi buat selamanya. Memohon ampun pada ayahnya kerana agak lama sudah tidak mengirim doa untuk ayah. Kelekaannya mencari kehidupan adakalanya terlupa pada orang yang telah berjasa membentuk kehidupan itu walaupun mungkin orang itu tiada dalam kehidupan dunia ini lagi. Walaupun ayah telah pergi tak kembali, namun apabila berhadapan dengan ujian tempat ini jugalah yang berjaya memujuk hati. Pagi itu juga Razif sedar tentang kealapaan. Maka redalah dia dengan apa yang berlaku. Baginya takdir Allah adalah segala-galanya dalam menentukan daya usaha kita. Kita hanya berusaha Allah juga yang menentukannya. Kegagalan mencari cinta manusia mengajarnya bahawa hanya cinta Allah yang kekal abadi. Takdir ini pasti ada hikmahnya. Dan Razif percaya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik itu adalah janji Allah. Takdir ini juga telah menjadikannya lebih dewasa. Dewasa mengenal gelagat manusia. Apabila memahami hakikat ini maka seribu kemaafan dihulurkan kepada sesiapa yang menyakitinya. Kerana janji kemaafan itu ganjarannya syurga. Maka apakah ada kebahagian lain selain menuju jalan ke syurga. Petang itu Razif bertukar fikirannya. Fikiran yang serabut telah terurai keserabutannya di tanah kubur ayahnya. Lalu dihidupkan enjin keretanya untuk terus melangkah hidupnya. Pulang ke tempat kerjanya. Walaupun dalam perjalanan pulang itu menitik juga air matanya maka itulah hakikat betapa lemahnya hidup sebagai manusia. Maka bergantunglah pada Yang Maha Esa. Bagi Razif hidup mesti diteruskan dan dia teringat jorannya. Jorannya juga akan menghilangkan gundahnya. Moga Atiqah bahagia dengan hidup....................
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
Surah An-Nur ayat ke 32 maksudnya:
Subscribe to:
Comments (Atom)