Harga RON95, diesel naik 20 sen bermula esok
-
- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
Minyak naik lagi. Bermakna semua perkara yang berkaitan dengan minyak akan naik. Gula, tepung, minyak kelapa dan sebagainya akan naik juga harga. Maka kos hidup rakyat akan melambung naik juga. Bagi rakyat bawahan tentunya ia akan membebankan. Aku masih ingat lagi alasan untuk naik harga minyak dahulu adalah untuk memperbaiki pengangkutan awam. Hingga kini ia hanya alasan bodoh yang membodohkan. Maka ada banyak juga alasan direka untuk "menghalalkan" kenaikan ini. Semalam Menteri Hal Ehwal Pengguna menafikan bahawa harga minyak akan naik. Malah nada marahnya juga jelas jika dilihat videonya. Maka jelas juga Menteri ini telah menipu kononnya tidak tahu menahu. Di kala harga minyak dunia turun harganya agak pelik harga minyak di Malaysia pula naik. Dari sudut lain kita mesti melihat bahawa kerajaan sekarang terpaksa "mengepam" subsidi untuk rakyat untuk dijadikan belanjanya untuk belanjawan akan datang. Setelah rahsia GST dan Perjanjian TPPA terbarai ditengah jalan maka tindakan menaikkan harga minya adalah antara senjata ampuh untuk memenuhi harga "Belanjawan 2014" yang akan dibentang pada bulan oktober nanti. Kesuntukan masa mencari sumber akhirnya rakyat menjadi mangsa pada keadaan ini. Ini adalah agakan aku. Ramai yang terkejut dengan kenaikan harga minyak kali ini. Malah Persatuan Stesen Minyak juga dikatakan terkejut. Ia adalah suprise. Biasanya suprise adalah kerana untuk meraikan sesuatu. Dikala kita menyambut ulangtahun Kemerdekaan yang ke 56, kenaikan harga minyak adalah suprise untuk rakyat Malaysia. Ini adalah permulaan awal untuk kerajaan yang baru mendapat mandat baru dalam pilihanraya yang ke-13. Kita ini negara yang kaya tetapi lemah tata kelolanya. Keadilan itu untuk semua bukan sahaja untuk golongan "borjuis" sahaja.Tunggu dan lihat lagi apakah tindakan tidak popular kerajaan ini bakal menghambatnya pada PRU 14 nanti. Ingat..demokrasi maksudnya adalah dari rakyat untuk rakyat. Jika sesuatu keputusan itu bukan untuk rakyat atau menyusahkan rakyat maka itu bukan kerajaan rakyat. Tunduk kepada kapitalisme bermakna ini penjajahan yang sedang menjajah rakyat dengan belenggu kesusahan hidup. Kalau dulu makan ubi kayu untuk hidup kini kita hanya mampu merayu untuk hidup. Salam kemerdekaan untuk semua.

No comments:
Post a Comment