Sehingga tulisan ini aku tulis keadaan di Mesir tidak banyak berubah. Pengharaman Ikhwanul Muslimin oleh mahkamah kudeta adalah seperti yang dijangkakan. Ini adalah skrip zionis. Ia tidak sukar untuk dibaca. Malangnya para algojo al-sisi terus menjadi kuda tunggangan para puak zionis. Jawapan sangat mudah. Hanya kerana mencari sedikit kesenangan dunia. Maka tanpa belas sanggup membunuh saudara Seislam sendiri. Inilah yang pernah Baginda Rasullullah SAW sebut umat Islam akhir zaman itu ramai tetapi mereka seperti buih dilaut. Ramainya hanyalah mereka yang sakit "wahn". Iaitu cinta dunia dan takut mati. Sesuatu yang sangat mengkagum hatiku ialah betapa semangat kental para pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin yang walaupun telah haramkan pertubuhannya dan disita harta mereka tetap kekal mengharap kebenaran. Agak tidak kedengaran ada dikalangan ahli mereka yang merungut bahkan "kesabaran" mereka jelas telah mendapat sokongan yang padu dari rakyat Mesir. Jiwa besar Morsi yang tidak membalas dendam ketika berkuasa telah dibalas dengan Tamarod yang mengarut.
Peristiwa di Mesir adalah masa depan perjuangan Islam sebenarnya. Perjuangan yang panjang yang mengajar bahawa jalan mehnah dan tribulasi inilah yang telah dihadapi oleh para Nabi dan Rasul malah ia sudah tentu hebat lagi. Kemenangan Islam itu sebenarnya ialah bergantung apakah umat Islam itu akan menjadi contoh kepada manusia yang lain. Firman Allah dalam Surah Ali Imran yang bermaksud :
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman
kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi
mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah
orang-orang yang fasik.”
Melihat dari satu sudut memanglah kita sedang melihat keruntuhan Ikhwanul Muslimin. Tetapi dari sudut lain betapa Ikhwanul Muslimin berjaya menolak fitnah selama ini bahawa mereka adalah pertubuhan pengganas. Dunia sedang melihat opera ini dengan degup dakwah Islamiah yang semakin meluas dengan sikap Ikhwan yang langsung tidak melawan. Apa yang dilalui Ikhwanul Muslimin sebenarnya bukanlah tragedi pertama "rampasan" kuasa yang menyakitkan ini. Farah Aidit telah dirampas kuasa di Somalia. Hamas di Palestin. Parti Islam Algeria juga. Malah kedogolan para kapitalis Arab hanya melihat saudara Seislam mereka dibuli sepanjang masa. Arab Saudi, Qatar, Jordan, UAE, Kuwait dan lain-lain negara kaya umat Islam hanya membiarkan sahaja perkara ini. Semoga Allah membalas pengkhianatan mereka ini.
Semakin hari memikirkan kekuatan Ikhwanul Muslimin terkadang aku merasa malu. Malu kerana adakalanya kita bercakap soal perjuangan tetapi sebenarnya kita ini takut untuk berjuang. Zaman ini gelora mencari habuan dunia membuatkan kita terlupa matlamat kita sebagai seorang Islam. Memang mudah mengungkapkan kata-kata tetapi apabila mahu diamalkan ia bukan mudah seperti yang kita sangkakan. Adakalanya kita terikut-ikut rentak hingga kelahab mencari dunia sampai lupa bahawa yang dikejar itu hanya palsu belaka. Ramai antara kita terlupa apabila mati nanti bukan jawatan tetap atau mata benda yang ditanya. Tetapi apakah yang telah kita lakukan bersama Islam. Islamkah kita? atau perkara yang paling kita kecewa nanti bukan sahaja miskin di dunia, papa pulak diakhirat. Makin difikir makin takut pula. Aku sentiasa berdoa semoga aku akan setabah saudara-saudaraku yang sedang diuji itu. Semoga kamu semua begitu. Salam perjuangan untuk semua.......
Ingat Pesan Orang Ini..Paling Cool
Ini Lagi Cool...


No comments:
Post a Comment