Tuesday, 22 October 2013

kah..kah..kah..kahh..lawak bodoh apa ni?

Rayuan hanya merujuk kes The Herald- utusan online

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan hanya merujuk kepada kes penggunaan kalimah Allah di dalam penerbitan The Herald sahaja dan bukan secara umum diputuskan kepada kalimah Allah yang terkandung di dalam semua Bible.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh merujuk ke Mahkamah Persekutuan bagi menyemak semula keputusan Mahkamah Rayuan itu untuk keputusan terakhir.

"Dalam keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan, hanya memberikan keputusan kepada penggunaan kalimah Allah dalam The Herald. Dalam al-Kitab perkataan Allah itu masih boleh digunakan.

"Permintaan Menteri Dalam Negeri yang merayu kepada Mahkamah Persekutuan adalah untuk memberikan hukuman kepada The Herald," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau diminta memperjelaskan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup yang sebelum ini berkata, kalimah Allah masih boleh digunakan di dalam Bible di Sabah dan Sarawak.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan tidak menyekat sebarang perundangan dan pengamalan agama lain tetapi mereka harus mengetahui bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah dihormati.

Katanya, penerbitan Kristianiti di Sabah dan Sarawak telah diberi kebebasan untuk menggunakan kalimah Allah.

"Saya rasa semua pihak harus faham, ini bukan sekadar tidak membenarkan penerbitan semata-mata. Ia adalah demi umat Islam jadi semua pihak harus menghormatinya," katanya.

No comments:

Post a Comment