Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”
Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?”
Baginda menjawab: Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama
ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak
memasuki syurga."
Seringkali kali aku tegaskan bahawa aku bukanlah di kalangan orang yang berada. Seringkali aku terfikir kisah lalu yang sangat memeritkan lalu "terlondeh" keegoaan aku sebagai seorang lelaki. Air mata aku akan bergenang mengenangkannya. Merasai keperitan lalu sebenarnya banyak mengajar aku dalam bertindak untuk hari ini. Malah kesusahan hidup menyebabkan aku sentiasa belajar bersyukur dengan kehidupan sekarang. Seringkali pabila makan makanan yang sedap pasti aku teringat apa yang ibu bapaku makan hari ini. Kerana tika kecil dulu seringkali mereka berfikir apakah yang mahu disuap kepada anak-anaknya setiap hari. Seringkali fikiran itu mematahkan selera ku untuk makan dengan selera. Semuanya jadi pahit.
Apa yang ingin aku sebutkan di sini ialah ramai di kalangan kita apabila bekeluarga sibuk untuk membina keluarga hingga kadang-kadang terlupa tentang keluarga yang telah membina keluarga kita iaitulah ibu bapa kita. Kita terlupa kerana barakah dan karamah tangan-tangan kedut itulah kita berada pada singgahsana yang kita ada sekarang. Dulu sesibuk mana pun ibu bapa kita, anak-anaknya adalah yang paling utama. Tiada niat yang tersembunyi hanya mahu melihat anak-anaknya dapat mengecapi hidup yang sempurna. Dewasa ini anak-anak sudah mula sibuk mencari dunia kadang-kadang terleka. Terleka dek kerana mahu mencari hidup di dunia. Pelbagai halangan yang terbentuk dengan perkataan sibuk. Bukan sahaja sibuk bekerja malah sibuk juga dengan jadual anak-anak. Kadang-kadang kelapangan itu ada anak-anak pula yang sibuk. Walaupun sesibuk mana kita janganlah kita lupa lubuk asal usul kita. Lubuk itu walaupun kering atau basah. Busuk atau wangi. Cantik atau buruk disitulah lubuk keberkatan hidup. Apa pun alasan kita yang pasti tiada alasan yang boleh mengembalikan mereka berdua bila mereka tiada lagi. Jadi berjuanglah untuk mendapat redha mereka. Berjuanglah agar sebab merekalah kita akhirnya dapat masuk syurga walau selalu menjadi insan berdosa. Hayati hadith di atas mahu percaya atau pun tidak. Percayalah janji Allah tidak pernah mungkir. Hanya kita yang ada persimpangan mahu ke kanan atau ke kiri..
No comments:
Post a Comment