Friday, 1 November 2013

Hijrah Kita Dari Mana Mahu Ke Mana...

Apabila masuk tahun baru maka seringkali kita merasakan masa itu terlalu pantas meninggalkan kita. Maka betul lagi membetulkan apabila Imam Al-Ghazali berkata yang paling jauh ialah masa yang meninggalkan kita. Ramai antara kita tidak mahu menerima hakikat bahawa setiap kita sedang menanti hari tua dan bakal masuk ke satu lubang yang mana hanya amalan baik sahaja akan menceritakan nasib kita. Ramai antara kita kadang-kadang hanyut dalam pencarian dunia yang terlalu banyak menipu. Yang akhirnya ramai jugalah antara kita yang kecewa dalam pencarian itu. Umpama orang berjudi pula gamaknya. 

Peristiwa hijrah Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa hanya dengan perintah Allah sahaja manusia itu akan selamat. Hijrah bukan sahaja satu gerakan bijaksana oleh Rasulullah SAW dalam misi dakwahnya tetapi signifikan dalam falsafah hijrah itu ialah ketaatan kepada Allah SWT sahajalah hanya akan menjamin kejayaan yang kekal abadi. Falsafah hijrah itu bukan sahaja derita itu dirasa bahagia, perpisahan itu dirasakan kerinduan, tangisan itu dirasakan cinta tetapi ia adalah bahagia di atas bahagia. Kebahagian berjuang bersama Rasulullah dirasakan sangat bahagia hingga semuanya sanggup berkorban apa sahaja. Kenapa begitu? Kerana Rasulullah membawa obor kebenaran untuk kebahagian akhirat yang abadi. Dalam pecutan dakwah itulah akhirnya Rasulullah SAW berjaya menggarap kekuatan ukhwah sejati bersama muhajirin dan ansar. Bukan ukhwah palsu yang sering kita hadapi sekarang ini. Hijrah telah merintis lapangan kejayaan untuk umat Islam yang merasa bahagia bukan kerana mata benda tetapi cukup kerana reda. RedaNya jualah yang akan menjelaskan langkah kita dari mana mahu ke mana agaknya kita. Apalah guna jika kita nampak bahagia di dunia tetapi bahagia dunia itu hanya lukisan derita bila kita berada di"sana" nanti. Semoga Ma'al Hijrah yang datang kali ini bukan hanya bertukar slogannya tetapi yang paling wajib ialah kita bertanya apakah kehadirannya hanya sepintas lalu seperti angin lalu yang bertiup. Jangan nanti apabila tiba "audit" masyar kita hanya menangis menyesal kerana masa yang masa mencari akhirat kita sia-siakan hanya mencari bekalan hidup untuk dunia semata........

No comments:

Post a Comment