( Senyuman itu kadangkala adalah duri seperti bunga kaktus.....kah..kah..kah..kah)
Ketika kecil seringkali aku mengeluh kenapa agaknya kehidupan kami sekeluarga begitu sukar. Kesukaran itu kadang-kadang membuatkan aku menangis sendiri dan berharap ini semua akan berakhir walaupun aku sedar bahawa harapan itu nampak kabur. Kegigihan ibu bapa ku dan adik beradik menyebabkan aku sering memujuk hati bahawa semua ini mesti ditempuhi dengan aman. Oleh yang demikian ketika meningkat dewasa aku cuba juga memujuk kehendak diri yang membuak-buak. Maklumkah jiwa remaja adalah jiwa yang penuh dengan pemberontakan yang perlu kekuatan dalaman. Adakalanya saat itu aku menjadi rendah diri malah sering merasa diri ini adalah insan yang hina. Namun semua itu umpana roda. Adakalanya kita di bawah dan kadakalanya kita di atas. Rupa-rupanya kesusahan itu adalah pengajaran yang paling bermakna dalam kerjaya dan lebih khusus dalam hidup ini. Kesusahan lalu mengajar aku betapa setiap saat mesti kita bersyukur. Setiap saat bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Hidup senang dengan hidup kaya raya ia adalah sesuatu yang berbeza. Hidup senang itu ialah hidup tenang. Hidup orang yang kaya jarang sekali tenang. Tengok saja rumah orang kaya rumah macam penjara kerana hilang tenangnya. Masa yang berlalu begitu pantas hingga adakalanya kita lupa pada masa lalu yang memeritkan. Aku berdoa moga Allah tidak memalingkan aku dari mana aku datang..Kerana dengan cara itu aku akan sedar diri bahawa semua yang datang adalah datang dari Tuhan. Tidak lama lagi 2013 akan meninggalkan kita dan 2014 akan datang tanpa dapat ditahan. Yang pasti dihadapan kita ada suatu yang mencabar. Cabaran itulah yang bakal mencorakkan kita. Bagaimana pun yang terjadi ingat asal usul kita agar kita tergelincir di tengah-tengah ujian kehidupan..Giliran siapa yang bakal naik pelamin (gambar hiasan) kah..kah..kah..kah
