Monday, 31 March 2014
Wednesday, 26 March 2014
Syiah itu Sahabat Kita?
Melihat senario semasa dunia Islam kini semakin dihimpit cabaran yang hebat. Pembantaian Al-Sisi dan haramnya Parti Jemaat El-Islami di Bangladesh antara berita duka yang sedang menghantuk. Sedih dan sakit sekali. Malah kini dimaklumkan bahawa Turki pun sedang melawan fitnah sehingga terpaksa mengharamkan perkhidmatan Tweter. Hukuman mati terhadap 529 ahli Ikhwanul Muslimin adalah antara cerita sedih selepas berlaku rampasan Tamarud dari Presiden Morsi. Hukuman mati juga telah berlaku kepada pemimpin Parti Jemaat el-Islami Assyahid Abdul Qader Mulla juga adalah modusaperandi bagaimana "eton-eton" zionis sedang menjadi anjing kepada kuasa barat. Apa yang menarik krisis ini bukanlah pertembungan antara Sunni dengan Syiah. .Tetapi ia berlaku antara orang yang mengaku Sunni sesama Sunni. Malah kuasa Sunni paling besar seperti Arab Saudi dan negara Teluk yang lain hanya berdiam diri tidak seperti lantangnya mereka memunggah kedangkalan Syiah. Agak sukar untuk memahami sikap mereka ini. Moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.
Risalah Amman Julai 2005, 200 cendekiawan Islam terkemuka dunia dari 50 negara termasuk Malaysia :
* Ia mengiktiraf kesahihan kesemua lapan mazhab Sunni, Syiah dan Islam Ibandhi, teologi
Islam tradisional, fahaman Tasawuf dan pemikiran Salafi yang tulen;
* Ia melarang takfir (mengisytiharkan murtad) antara umat Islam dan
* Ia menetapkan prasyarat subjektif dan objektif untuk mengeluarkan fatwa, sekali gus
mendedahkan fatwa yang jahil dan tidak sah yang dibuat atas nama Islam.
* Ia mengiktiraf kesahihan kesemua lapan mazhab Sunni, Syiah dan Islam Ibandhi, teologi
Islam tradisional, fahaman Tasawuf dan pemikiran Salafi yang tulen;
* Ia melarang takfir (mengisytiharkan murtad) antara umat Islam dan
* Ia menetapkan prasyarat subjektif dan objektif untuk mengeluarkan fatwa, sekali gus
mendedahkan fatwa yang jahil dan tidak sah yang dibuat atas nama Islam.
Sejak isu orang no.2 Parti Islam Semalaysia dituduh penganut Syiah, isu Syiah terus menjadi topik hangat hingga kini. Cumanya seperti yang aku jangka isu ini akan sejuk dalam tempoh masa yang agak singkat. Sebenarnya aku sudah menjangka perkara tersebut apabila ada kalangan ahli politik yang mula bercakap bahawa Syiah sedang berkembang di Malaysia. Apa yang menghairankan ialah ada golongan Syiah yang terang-terangan yang mengaku Syiah tidak pula diambil tindakan tegas tetapi yang menafikan sebagai pengikut Syiah pula telah diberi dengan pelbagai amaran. Pada awalnya aku tidak mahu memberi sebarang komen tentang polemik yang ditimbulkan oleh orang politik ini tetapi kerana satira ini semakin membuatkan orang keliru dengan isu Syiah ini.
Secara peribadi aku mengetahui kesesatan Syiah sejak awal lagi. Syiah yang ada pada masakini ialah Syiah yang penuh dengan kecelaruan dan penuh dengan dendam kesumat yang agak sukar untuk dipadam. Jika dilihat sejarah awal kemunculan Syiah adalah kerana kekesalan mereka tidak dapat mempertahankan watak-watak Ahl Bait seperti Saidina Ali, Saidina Hassan dan Hussin, Siti Fatimah dan para Ahl Bait. Tekanan yang diterima golongan Syiah di Zaman Umaiyah akhirnya menyebabkan dendam itu agak sukar dipadam sehingga hari ini. Ketika belajar di universiti aku sempat belajar dengan Pensyarah yang berfahaman Syiah. Hujahnya Syiahnya agak halus kerana jika tidak diperhatikan betul-betul hujahnya memang menyayat hati disamping hujahnya turut mengambil pandangan seperti Sheikh Abu A'la Al-Maududi dalam membicarakan Tafsir At-Tabari dalam syarahnya. Sebab itulah kita akan berjumpa dengan hujah bahawa Muawiyah itu bukan sahabat Nabi malah adalah punca kepada perpecahan umat Islam kerana tidak menerima Saidina Ali sebagai Khalifah Islamiah pada ketika itu. Aku juga ada membaca sebuah buku kalau tidak silap namanya Sayyid Hussain Al-Musawi seorang Ulama Syiah yang akhirnya keluar Syiah kerana melihat beberapa persoalan dalam ajaran Syiah yang padanya Syiah kini hanya ciptaan orang bernama Abdullah Saba'. Semua itu sudah cukup untuk aku menolak Syiah dalam akidah dan sumbernya yang banyak diragui.
Secara peribadi juga aku menganggap dan merasakan bahawa Syiah bukanlah ancaman khususnya di Nusantara. Ajaran Syiah bagi aku kurang popular dan masih ramai yang tidak tahu apa itu Syiah. Hanya segelintir kecil umat Syiah jika dibandingkan dengan masyarakat Sunni. Namun begitu Revolusi Iran 1979 jelas telah melonjakkan kredibiliti Syiah sebagai "pejuang Islam" kerana berjaya menumbangkan boneka Amerika di Iran iaitu Shah Iran yang telah membolot kekayaan Negara dengan rakus dan seperti harta mak bapak mereka. Sejak itu nama Khomeinei mula dikenali sebagai pejuang rakyat. Sejak itu juga Iran dikenali sebagai Republik Islam Iran. Iran satu-satunya Negara yang berjaya menonjolkan mereka itu ialah "Jaguh Dunia Islam". Antara perkara yang banyak menarik minat orang pada Khomenei ialah kerana dia berjuang untuk rakyat Iran. Caranya yang berkesan jelas memberi suntikan "Viagra" kepada dunia Islam ketika itu yang dihambat dengan penjajahan yang berpanjangan. Dalam dunia masa kini juga khususnya anak muda agak cenderung kepada Syiah kerana Iran. Iran bukan saja cuba menonjolkan imej Islam dalam kepimpinannya malah ketegasan mereka dalam melawan rasuah dan pecah amanah jelas dibukti walaupun kadang-kadang tiada sebarang kebenaran yang telus.
Sama ada Sunni atau Syiah sudah tiba masanya kita semua mesti mencari di manakah titik pertemuan yang ada antara kita. Risalah Amman 2005 adalah antara cara bagaimana kita menyelesaikan masalah Syiah dan Sunni. Pertembungan Syiah dan Sunni sudah berlaku berabad lamanya. Perpecahan inilah yang akhirnya harta benda umat Islam dipunggah oleh musuh secara licik. Sama ada sedar atau tidak perpecahan ini juga telah menyebab golongan zionis khususnya terus menari gembira melihat perpecahan ini. Para Ulama mesti memainkan peranan ini. Pencerahan mesti disampaikan jangan sampai peluang dan ruang sudah tertutup barulah kita tergadah mencari baiah. Kita ini umat Islam sebenarnya sedang digayang. Bukan kerana kita ini jumlahnya sedikit tetapi kita ini mempunyai penyakit "WAHN".
Sama ada Sunni atau Syiah sudah tiba masanya kita semua mesti mencari di manakah titik pertemuan yang ada antara kita. Risalah Amman 2005 adalah antara cara bagaimana kita menyelesaikan masalah Syiah dan Sunni. Pertembungan Syiah dan Sunni sudah berlaku berabad lamanya. Perpecahan inilah yang akhirnya harta benda umat Islam dipunggah oleh musuh secara licik. Sama ada sedar atau tidak perpecahan ini juga telah menyebab golongan zionis khususnya terus menari gembira melihat perpecahan ini. Para Ulama mesti memainkan peranan ini. Pencerahan mesti disampaikan jangan sampai peluang dan ruang sudah tertutup barulah kita tergadah mencari baiah. Kita ini umat Islam sebenarnya sedang digayang. Bukan kerana kita ini jumlahnya sedikit tetapi kita ini mempunyai penyakit "WAHN".
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN UMPAMA BUIH DI LAUTAN
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas
kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.
Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud: "Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas
kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh.
Mereka adalah ibarat buih di laut."
Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"
Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."
Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"
Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian
Monday, 24 March 2014
Menghargai Sebuah Kesabaran
Dari Abu Hurairah r.a
bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad S.A.W : “Berilah aku wasiat”. Baginda menjawab, “Engkau jangan marah!”
Orang itu mengulangi permintaannya berulang-ulang, kemudian Nabi
S.A.W bersabda: “Engkau jangan marah!”
( Hadith Riwayat Bukhari).
Kekalutan hidup adakala menjadikan kita merasakan diri ini sering dirundung malang. Malah kita sangat marah apabila kekalutan itu bertukar menjadi kebencian kita pada sesuatu. Sifat marah menjadikan kita juga sering tersasar dalam berkelakuan. Malah ketika marah, ozon Iman semakin menipis kerananya. Sebab itu orang yang marah sangat mudah melakukan perkara yang di luar batasan akal. Sebab itu beriltizamlah untuk mengawal marah dan kita juga mesti sentiasa bersabar dalam perkara mendatang dalam hidup ini. Marah lawannya sabar. Kerana sabar adalah sifat ahli syurga. Memang sering kita marah seringkali juga kita hilang pertimbangannya. Rasulullah S.A.W adalah contoh yang terbaik dalam menangani masalah marah. Sabar Rasulullah mestilah dijadikan inspirasi kerana jika mahu menjadi umatnya mestilah berusaha ke arah itu walaupun ianya sukar dan memeritkan.
Saturday, 15 March 2014
Saturday, 8 March 2014
Friday, 7 March 2014
Al- Fatihah untukmu Kenangan untukku
Semalam dalam jam 10 pagi ketika sedang menghadiri mesyuarat di jabatan, aku mmendapat berita kemalangan yang menimpa sahabat baik tentunya amat menyedihkan. Lebih menyedihkan dia pergi tidak kembali. Sebak hati ini masih belum reda memandangkan niat untuk ziarah kali terakhir tidak kesampaian. Terlalu banyak perkara yang menghalang untuk aku melunaskan niat ini. Masih tidak percaya bahawa sahabatku Nazim ini telah pergi menyahut seruan Ilahi. Lebih tragik Nazim pergi bersama adiknya yang bernama khairi. Al-Fatihah untuk kamu.
Kenangan bersama Nazim amat banyak sekali. Walaupun hanya berkenalan pada tahun 1998 di Universiti Malaya kami tetap berhubungan antara kami. Kebetulan seorang lagi sahabat Jalal namanya merupakan orang yang bertanggungjawab sentiasa menjadikan rakan rumah sewa ketika belajar tetap segar walaupun kami berjauhan. Kali terakhir berjumpa Nazim ialah pada 2012 ketika itu dia datang bertandang ke rumah sewa aku. Dia datang bersama isterinya yang ketika itu mereka ada tugasan di Bukit Frazer. Kesal juga aku ketika itu kerana tidak sempat menjamu makan pasangan ini kerana pada masa itu Aku baru pulang menghantar isteri. Hanya teaO dan biskut kering sahaja. Malu juga aku kerana Nazim seorang "pemakan" dan sangat pandai memasak. Nazim seorang yang ramah kerana dia tidak lokek senyum dan sering ketawa. Hobinya memasak. Malah aku hanya ketawa apabila dia mengajak aku berkongsi untuk menjalankan perniagaan nasi lemaknya. Kerana aku tahu perniagaan mereka akan maju sementara kerana selepas itu pasti akan tutup kedai. Sangkaan aku tepat kerana kawan-kawan lain bersamanya berniaga akhirnya berselisih akhirnya seperti yang aku katakan ia tutup kedai. Aku hanya ketawa kerana aku faham benar gelagat kawan-kawan serumah. Bakat Nazim dalam memasak tidak dapat disangkal kerana akhirnya dia menjadi chef di sebuah hotel yang agak terkenal di Petaling Jaya. Kerja 'part time' itu jelas memberi kepuasan pada dirinya walaupun kadang-kadang 'terponteng' kuliah. Bagi aku otaknya pintar. Kerana tanpa fokus yang banyak dalam study dia tetap steady dalam pengajiannya. Banyak kenangan yang kami simpan bersama. Antara yang menjadi rahsia hingga kini ialah kami pernah di tahan di Balai Polis Alor Setar. Maka hari ini aku pecahkan rahsia ini. Ketika aku datang berziarah ke Kuala Nerang, Nazim telah membawa aku berjalan-jalan di Alor Setar. Biasalah jiwa muda maka terasa muda itu sampai bila-bila. Motosikal yang kami naiki telah menyondol sebuah kereta polis di hadapan balai polis Alor Setar. Hampir 1 jam barulah kami dibebaskan tanpa apa-apa tindakan melainkan telah dibebel oleh pakcik polis. Pakcik polis hanya berhenti membebel setelah tahu kami ini pelajar Universiti Malaya. Universiti Melawan.
Kini semua itu tinggal kenangan. Dengan linangan air mata aku ucapkan selamat jalan pada kau sahabatku. Moga Allah memilihmu untuk berada bersama orang yang soleh. Moga juga Nabi Muhammad SAW memilihmu sebagai umatnya. Buat keluarga arwah bersabarlah dengan ujian ini. Memang pedih perpisahan kali ini. Moga Allah membayar kesabaran itu dengan keredaannya. Pada sahabat yang lain Jalal, Pengeran, GG, Rahim, Ijat, Tonie, Roni, Rugba, Shamsul, Pali dan ramai lagi. Ingatlah pada persahabatan ini. Jangan sampai ianya terus terpisah kerana masa dan kilometer kerana apabila nyawa tidak dikandung badan lagi hanya syurga tempat kita berjumpa. Amin...
Monday, 3 March 2014
Mencari Kebenaran...Kebenaran atau Membenarkan..
Mencari kebenaran dalam hidup memang memeritkan. Ini adalah sunnah kehidupan masa kini. Bercakap benar dalam zaman ini bermakna anda sedang menelan bara api. Ini kerana adakalanya kebenaran itu hanya dapat dilihat apabila semuanya telah menjadi sejarah. Maka jadilah kebenaran itu sebagai kenangan sahaja. Soalnya sekarang apakah kita perlu mencari kebenaran itu. Atau kita membenarkan saja perkara yang tidak benar hingga kebenaran itu akhirnya tidak dapat dilihat.
Kebenaran itu tidak perlu kepada ijazah yang melangit dengan pelbagai darjat dan pangkat. Tetapi bercakap benar itu adalah sangat berkaitan dengan iman. Para ulama silam menjadi hebat kerana ilmu mereka menyebabkan mereka tetap bercakap benar walau apa pun terjadi. Sejarah Imam Hanafi, Maliki, Hanafi dan Syafie sudah cukup menyayat hati apabila ditelusuri. Malah iltizam seperti ulama silam ini mesti mesti menjadi contoh abadi selain menurut Sunnah Nabi untuk ulama masa kini. Kegagalan kita bercakap benar hanya menjadikan semua tindakan yang kita lakukan menjadi serba tidak kena malah sering ada kelompongannya. Para pemimpin yang tidak bercakap benar hanya menjadikan yang dipimpin menjadi huru hara. Ulama yang tidak bercakap benar hanya akan menjadikan fatwa mereka menjadi punca perpecahan. Malah rakyat yang tidak bercakap benar hanya sedang menempah sengsara kerana menipu diri kerana emosi.
Masalah ummah kini ialah kerana mereka menentang kebenaran. Al-Quran dan Sunnah itu kebenaran tetapi berapa ramai antara kita yang mahu berkata itu diangkat. Ramai antara kita yang pandai dengan Al-Quran dan Sunnah. Tetapi lebih ramai yang tahu pula mahu menentangnya dengan pelbagai alasan untuk membenarkannya ditentang. Kita semua mesti menuhasabah diri. Kebenaran itu umpama cahaya matahari yang kalau ditutup cahayanya ia tetap akan bersinar. Soalnya sekarang pelbagai alasan dibuat payung untuk menghalang cahaya ini sedangkan dengan cahaya kebenaran itu tidak akan padam walaupun ia cuba dipadam.
Subscribe to:
Comments (Atom)











