Dia pergi Dia datang.
Dia hilang Dia muncul.
Dia Sedih Dia Gembira.
Dia Mati Dia Hidup..
Apakah hidup kamu lebih bermakna..atau tiada makna untuk hidup.
Islam adalah amal.
Islam adalah syurga.
Islam adalah selamat.
Islam adalah bahagia.
Islam adalah cahaya.
Islam adalah segalanya..
Wednesday, 28 December 2016
Monday, 14 November 2016
Kekuatan Kita kerana Iman kita..
Ramai yang berbicara tentang Donald Trump.. Dia siapa..Hebat kah..puiiii.
Jika kita umat Islam menjadi takut kerana kemenangannya ia sebenarnya tiada beza jika Hilary Clinton menang. Satu Perompak satu Penyamun. Same American..
Bangkitlah umat...
Kekuatan kita Kerana Iman kita..
Kekuatan kita kerana Syahadah kita..
Kekuatan kita kerana Ihsan kita..
Kekuatan kita kerana Ukhwah kita..
Kekuatan kita kerana Al-Quran dan Sunnah Kita..
Kekuatan kita ada pada kita..
Insaf lah..
Ingat lah..
Taubat lah..
Allah Maha Mengalahkan..

Alhamdulillah..Jika Benar Yang Di Kata..
CNP:
Beberapa hari lepas, ada pertemuan antara beberapa pimpinan PAS dengan beberapa ilmuan yang disebut sebagai kumpulan pencinta hadis nabi SAW atau dikenali sebagai golongan salafi.
Pertemuan tersebut dibuat bagi mendapat pencerahan berkaitan perbahasan ilmiah berkaitan usul pensendirian pindaan Akta 355 yang sedang hangat dalam cuaca politik negara hari ini dan bertujuan memperkasakan peranan mahkamah syariah dalam negara.
Hasil awal yang disebarkan sebaik selesai pertemuan itu ialah PAS akhirnya mengakui bahawa menolak untuk menyokong usul pindaan akta itu tidaklah menyebabkan seseorang itu menjadi kafir. Maka tiada masalah untuk sesiapa pun menolak usul berkenaan kerana ia bukan bermaksud menolak hukum syariah.
Beberapa penyokong PAS berasa tersinggung dengan kenyataan itu yang dianggap tidak menepati isi atau tujuan sebenar pertemuan. Ia seolah-olah menggambarkan PAS suka menghukum dan membiarkan ahlinya mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang usaha-usaha agama yang dibawa PAS.
Maka ada pula jawaban balas daripada ahli PAS - yang juga seorang pimpinan Pemuda PAS - cuba menggambarkan bahawa pimpinan utama parti dalam pertemuan itu berjaya menjawab beberapa isu berkaitan secara jelas dan meyakinkan sehingga ada kalangan pihak 'sebelah sana' diam "terkesima" dengan hujah-hujah yang disampaikan.
Jawapan balas daripada ahli PAS yang turut hadir dalam pertemuan itu secara tidak langsungnya menolak dakwaan awal bahawa pertemuan itu berakhir dengan pimpinan PAS akur dengan kerenah ahli PAS yang suka menghukum dan mengkafirkan seseorang.
Ia tidak berakhir di situ. Pihak yang saya sebut sebagai mewakili kumpulan salafi pula menjadi panas. Mereka marah dengan perkataan "terkesima" yang bagi mereka membawa maksud "hilang hujah" dan kalah. Mereka membalas balik sama ada melalui tulisan atau lisan yang disebar melalui video. Maka berlakulah balas-membalas dan cabar-mencabar.
Kerana PAS 'orang agama'
Setakat yang saya tahu, tiada pimpinan utama PAS yang memberi komentar. Mungkin saya adalah orang pertama yang mengulasnya melalui tulisan ini.
Saya tidak tahu sama ada ianya baik atau sebaliknya walaupun sudah tentu saya menghasratkan yang terbaik daripada tulisan ini.
Fokus saya ialah isu kafir mengkafir dalam polemik umat untuk kembali kepada agama Islam.
Sejak awal sejarah Islam, isu kafir mengkafir ini adalah isu siapa lebih Islam daripada siapa. Hampir tiada orang yang menolak agama mengkafirkan orang yang mahukan agama. Ertinya, isu ini adalah isu "orang agama".
Justeru PAS turut terlibat dalam isu ini. PAS sering kali terjebak bagi menyelesaikan isu yang paling kritikal dalam kemelut umat sepanjang zaman ini. Ini adalah kerana PAS adalah "orang agama". Adakah PAS sahaja yang terjebak? Jawabannya tidak.
Di negara kita, juga di negara-negara umat Islam, isu kafir mengkafir adalah berpanjangan dan melata rewa. Ada kumpulan khalaf yang mengkafirkan kumpulan salafi. Begitu juga sebaliknya, ada kumpulan salafi yang mengkafirkan kumpulan khalaf.
Ada aliran madrasah yang mengkafirkan aliran madrasah lain. Ada aliran politik yang mengkafirkan aliran politik lain. Bahkan sesama kumpulan khalaf atau sesama kumpulan salafi, mazhab sesama mazhab dan yang saling sealiran pun, kafir mengkafir berlaku.
Ertinya, ketika ada yang menuduh PAS dengan budaya kafir mengkafir, mereka juga tidak mampu menafikan bahawa aliran mereka juga berhadapan isu yang sama. Menuduh lawan sebagai kafir dan mereka lebih Islam daripada lawan mereka.
Padam budaya buruk
Kafir mengkafir adalah jenayah paling buruk di dalam agama. Ia adalah tindakan memutuskan apa yang disambung oleh Allah. Ia memutuskan persaudaraan paling kukuh di antara manusia. Ia adalah tindakan menghumbankan ahli syurga pilihan Allah ke dalam lubuk neraka menggunakan kuasa yang tidak pernah Allah izinkan.
Oleh kerana ia adalah buruk sekali, maka kesannya adalah buruk sekali juga. Untuk akhirat, kekafiran itu akan kembali kepada si penuduh. Dia akan mendapat murka paling besar daripada Allah.
Untuk dunia, kesannya juga dahsyat sekali. Ia bukan setakat memecahbelahkan umat kepada puak-puak bersengketa, bahkan ia bagai bom jangka yang bila-bila masa sahaja boleh meledakkan api perang dan pertumpahan darah.
Anda perhatikan, oleh kerana dua kumpulan besar Islam iaitu Sunni dan Syiah sering dipanaskan dengan isu kafir mengkafir, maka pertumpahan darah sehingga kini masih tidak mampu dielakkan. Ia perang ratusan tahun yang belum berakhir. Jika ada yang berusaha mengelakkan pertumpahan darah dan mengukuhkan hubungan, akan ada kumpulan daripada kedua-dua pihak yang lebih besar akan memainkan isu kafir mengkafir, lalu terpinggirlah usaha peredaan itu.
Sudah pasti bagi yang menginsafi dan menyedari bahaya kafir mengkafir, mereka akan berusaha memadamkan budaya buruk ini. Walau apa perselisihan sekalipun, selama mana seseorang itu adalah ahli syahadatain dan ahli kiblat yang satu serta tidak melakukan tindakan syirik nyata yang tidak boleh ditakwilkan lagi, maka dia adalah muslim dan diikat dengan persaudaraan Islam yang kukuh melampaui persaudaraan darah dan tanah air.
Kita saling menyedari keperluan untuk mempromosi persaudaraan Islam, bahkan persaudaraan sesama manusia juga. Dunia hari ini semakin meruntuh dengan tamadun kebendaan dan kekufuran yang semakin merudum dan di akhir hayatnya.
Tiada ganti untuk kesejahteraan sejagat selain ilmu dan pengajaran Islam yang benar. Tetapi selama mana umat Islam terus bersengketa, selama itulah capaian menuju kesatuan dan kekuatan agak jauh untuk dikecapi.
Tiada yang tidak sedih jika kumpulan Islam yang diwakilinya dicalit dengan isu kafir mengkafir. PAS lama dituduh menghukum umat. Ulama PAS bangkit menolak dakwaan itu. PAS menerima bahawa mereka hanya menerangkan hukum ketika pemikiran sekularisasi melanda negara dan merosakkan akidah.
Kesannya amat baik dan nyata. Tiada lagi penghinaan terhadap agama Allah dan syariahnya. Tetapi musuh PAS terus saja membesarkan isu kafir mengkafir sebagai budaya PAS. Dengannya mereka mengharapkan PAS ditolak sebagai parti yang memecah belahkan umat Islam.
Sekarang perhatikan, kita berhadapan dua isu utama. Pertama, isu kumpulan yang memainkan isu kafir mengkafir dengan mengkafirkan lawan mereka. Kedua, isu kumpulan (A) yang menuduh kumpulan lain (B) mengkafirkan kumpulan mereka (A).
Kumpulan pertama adalah buruk kerana mereka mengkafirkan orang. Kumpulan kedua pula buruk kerana mereka mendakwa kumpulan lain megkafirkan mereka. Kumpulan yang dituduh akan membalas balik dengan yang mungkin lebih tajam.
Saya menulis bukan bertujuan membersihkan PAS, bahkan saya bertujuan membersihkan semua kumpulan daripada tuduhan kafir mengkafir. Ia sama ada menuduh atau mendakwa dituduh. Setiap jemaah akan tetap ada pentaksub. Pentaksub biasanya jahil.
Jika mereka berilmu, maka mereka sombong. Kedua-duanya adalah penyakit yang ada di dalam mana-mana jemaah di mana-mana dan pada masa mana pun.
Perbezaan hanyalah pada tahapnya. Jemaah yang berilmu dan bertakwa tinggi akan lebih selamat dan benar berbanding yang di belakangnya.
Menuduh kafir adalah terjun ke lubang digali sendiri. Menuduh orang lain menuduh kita kafir adalah terjun ke lubang galian musuh. Sebagaimana musuh Islam seronok melihat kita saling kafir mengkafir sesama sendiri, begitulah juga mereka akan berusaha memanaskan dan melaga-lagakan agar isu kafir mengkafir tidak padam dan tamat.
Saya mencadangkan agar kita sebagai muslim yang mencintai ilmu, takwa, kesatuan dan kebangkitan Islam agar menginsafi bahawa mengheret dan membesarkan isu takfir atau kafir mengkafir ini adalah kerja dan perangkap musuh Islam.
Sebagaimana saya benci PAS mengkafirkan sesama muslim, saya juga benci PAS dituduh suka mengkafirkan sesama muslim. Sebagaimana saya benci begitu, saya juga cukup sedar bahawa jemaah lain juga memiliki perasaan yang sama.
Mereka benci mengkafirkan orang lain dan mereka juga benci dituduh suka mengkafirkan orang lain. Saya yakin bahawa jemaah saya dan jemaah lain berusaha memadamkan budaya takfir yang memecahbelahkan umat Islam yang paling dimurkai Allah ini.
Siapakah yang terbaik di antara kita? Ya, mari kita bersetuju bahawa yang terbaik adalah yang saling membina diri masing-masing tanpa perlu jatuh di lubang galian sendiri atau di lubang galian musuh dengan isu kafir mengkafir yang memutuskan ikatan akidah dan persaudaraan Islam.
NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ ketua Pemuda PAS merangkap anggota parlimen Pasir Mas. Tulisan ini diterbitkan lebih dulu di Harakahdaily

Wednesday, 9 November 2016
Sama saje.. Kapitalisme
Donald Trump atau Hilary Clinton sama saje. Huhh..Bangkit Wahai umat Islam. Apakah kita terus bergantung pada mereka yang hanya tahu mengejar dunia tanpa tahu kepentingan akhirat. Amerika tetap Amerika.. Perompak sama saje. Cuma muka mungkin berbeza..
Tuesday, 11 October 2016
#38
10.10.1978 Dulu..
Kini 10.10.2016..
Kini hampir 40 tahun..
Hampir mati..
Mati Itu Pasti..
Jika aku Mati..
Matikanlah dalam Khusnul Khatimah.
Maaf aku sahabat..
Kini 10.10.2016..
Kini hampir 40 tahun..
Hampir mati..
Mati Itu Pasti..
Jika aku Mati..
Matikanlah dalam Khusnul Khatimah.
Maaf aku sahabat..
Wednesday, 14 September 2016
Demi Islam..Berkorbanlah..
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...
uLirikLagu.blogspot.com
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...
uLirikLagu.blogspot.com
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Monday, 5 September 2016
Sanggupkah Kita Berkorban....
Pengorbanan adalah syarat untuk Berjaya. Dalam sejarah perjuangan agama, bangsa dan kuasa adalah tidak boleh tidak kita perlu untuk berkorban. Keberanian adalah asas pengorbanan. Jika ada keberanian barulah muncul pengorbanan. Seorang pemimpin perlu berkorban masa, harta dan tenaga barulah ia menjadi pemimpin yang berani dalam pimpinannya. Jika tidak mahu berkorban maka akan ada kecut dalam hatinya yang menyebabkan takhtanya menjadi punca untuk dia mengumpul harta serta untuk penuhi nafsu serakahnya. Ramai kalangan kita yang hanya boleh berbicara soal keberanian dan pengorbanan tetapi jauh hakikatnya kita ini hanya menipu diri sendiri. Antara masalah ummah kini ialah mereka telah hilang 2 perkara ini. Pengorbanan dan Keberanian. Mungkin kita berani tetapi jika tiada jiwa untuk berkorban ia hanya tinggal angan-angan kosong dalam tindakan. Begitu juga berkorban tetapi jika tiada keberanian itu ia hanya angan-angan Lebai Malang Dijemput Kenduri. Dalam menghela nafas panjang untuk berjuang bahawa ilmu lah yang akan mengangkat maruah ummah. tetapi ilmu tanpa pengorbanan dan keberanian ia hanya cermin kaca yang bersalut habuk hingga praktikal ilmu itu tersorok dalam habuk pengecut dalam hati-hati kita. Oleh itu dalam suasana Aidil Adha yang bakal tiba maka marilah kita semua memahami bahawa Nabi UlulAzmi telah menunjuk jalan iman dengan penuh pengorbanan dan keberanian hanya kerana Allah. Takbirrrrr!!!!!
Monday, 25 July 2016
Sunday, 17 July 2016
Viva Turkey..
Pada jumaat lalu, segelintir pihak dalam tentera telah melakukan cubaan rampasan kuasa bermula jam 8 malam (1 pagi waktu Malaysia), di mana lebih 190 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 1,000 orang cedera, sementara lebih 2,800 anggota tentera ditangkap pihak berkuasa Turki.
Ini rancangan yang gagal..
Ini rancangan dengki..
Ini rancangan pengkhianatan..
Viva Turkey..
Betapa akhlak Tuan Presiden adalah karisma untuk Turkey..
Allah Selamatkan Kamu.. Amin.
Salute!!!!!!!! pada yang berakhlak.Monday, 11 July 2016
Ramadan Pergi..
Ramadan tahun ini telah pergi. Perginya bersama seribu satu rahmat. Syawal yang datang menggamit kembali memori dalam hidup ini. Edulfitri bukan pesta makan atau pesta baju raya. Ia adalah tanda kesyukuran manusia yang manusiawi. Ingatan buat abah yang telah pergi dijemput Ilahi segera menerjah diri. Kegembiraan disulami kesedihan adalah tanda kita ini manusiawi. Kita hanya ada abah seorang dan emak seorang. Tiada galang gantinya mereka ini jika sudah pergi tidak kembali.
Setiap kali datangnya Syawal fikiran selalu bertanya apakah ada erti hidup ini tanpa berbakti pada ibubapa. Apakah akan terjadi jika keduanya sudah tiada. Ke mana agaknya berhari raya tanpa mereka di sisi. Kadang-kadang hati terasa malu kerana rasa sering merasa gagal dalam berbakti dengan jasa mereka yang tidak pernah berbelah bagi. Berdoalah moga dapat bertemu Ramadan lagi. Berdoalah moga dapat berbakti pada ibu bapa sendiri. Berdoalah moga sentiasa semua dipelihara Ilahi.
Syawal kali ini mungkin indah dari Syawal yang akan datang dengan masa yang berlari.
Sunday, 5 June 2016
Salam Perjuangan Ramadan Datang lagi
Asssalamualaikum. Sahabatku. Ramadan datang mendakap kita lagi. Atas kasih sayang Allah Kepada hambanya Penghulu segala bulan ini datang. Maka berkuaklah pintu syurga terkatup pintu neraka. Datang bara yang membakar dosa dan datang pula salju idaman syurga. Apakah lagi kita mahu dengan kehadiran bulan kekasih Kita yang Kita nanti. Rindu dendam dengan tawaran cinta taqwa membawa seribu Satu harapan Kepada Kita Semua untuk mengharap Diberi kurnia Allah Kepada Kita yang digoda telah dinoda dunia dan nafsu Yg menjadi kuda syaitan untuk menyesatkan. Seringkali Kita lupa bahawa harapan menjadi hamba yang muttaqin akan terbuka peluang seluasnya pada bulan ini. Ramadan bulan yang mengajar ummah betapa besarnya cabaran dan pengorbanan dalam perjuangan. Ramadan juga bukan saja habanya membakar dosa tetapi lebih jauh lagi ia adalah tarbiyah agar manusia tidak menjadikan dunia itu matlamat tetapi akhirat adalah sumpah keramat yang bakal membuah bahagia yang hakiki. Salam Ramadan sahabat, mudah-mudahan Kita bertaqwa. Salam Ramadan berdoalah dengan penuh pengharapan.
Wednesday, 1 June 2016
Masanya Hampir Tiba..
Saat kau makin hampir.
hati begitu berdebar.
hadir mu adalah rahmat.
hadirmu adalah pengampunan.
hadir adalah harapan mengelak derita celaka api neraka.
Saat itu akan tiba.
Kalau panjang usia.
harapan untuk berjumpa.
berjumpa malam yang bahagia.
Malam itu pengubah duka.
malam itu pengubah dosa pada pahala.
malam pengubah takdir diri.
untuk menjadi hamba yang diredai
Ramadan semoga aku sempat bertemu dengan mu..

Thursday, 5 May 2016
Malam itu..
Malam itu,
Malam Teristimewa,
Malam Untuk Kamu,
Malam yang singkat tapi jauh masanya,
Malam itu datang saat Kau duka,
Saat Kau Nestapa,
Saat Kau Dihina,
Saat Kau Derita,
Saat Kau Dicedera,
Datang Malam yang paling bermakna.
Malam itu,
Malam yang hebat,
Malam bersama Sahabat Malaikat,
Malam menaiki tunggangan yang tidak terfikir oleh umat,
Malam itu adalah nasihat dan Amanat,
Malam yang bicara soal taat,
Malam yang bicara soal Syaitan Keparat,
Malam bicara tentang musuh ketat,
Malam yang bicara tentang manusia makamnya Wangi menyengat,
Malam yang bicara soal dunia akhirat.
Malam itu,
Malam untuk semua,
Malam itu sama ada pilih Pahala,
Malam itu sama ada pilih dosa,
Malam itu memandu ke syurga,
Malam itu juga melalui neraka,
Malam itu bertemu para Nabi dan Rasul rahmat untuk semua,
Malam itu bertemu Yang Maha Esa.
Malam itu,
Malam panduan untuk yang ada hayat,
Walau dituduh sekadar hikayat,
Malam itu adalah mukjizat,
Malam itu adalah hakikat,
Malam itu untuk berkat,
Malam untuk berjuanglah umat,
Kerana Nabi mu sudah berkhidmat,
Untuk Umat menjadi Umat,
Kerana Nabi mu sayang tersangat,
Agar tidak kamu semua jadi hamba melarat,
Jangan lupa untuk Selawat,
Itulah tanda diakui umat...
Malam itu,
Malam itu,
Malam itu...........
Monday, 18 April 2016
Sahabat yang Hebat..
Mendapat berita dari sahabat yang mahu mencari lorong lain dalam perjuangannya. Amat lah pedih. Kerana sahabat sejati agak sukar untuk didapati saat ini. Aku doakan kamu Berjaya sahabat. jangan lupa di mana pun kita berada Khusnul Khatimah adalah matlamat jelajah dakwah kita.. Sahabat yang hebat bukan saja bersetia tetapi bertemu dan berpisahnya kerana Allah jua. Allah tahu takdir ini walau sulaman sedih dan pedih ia tetap kerana ia suratan bukan kebetulan.
Fikir-Fikir lah wahai Ummah
Kisah dan cerita di TV amat membosankan. Orang melayu ini tiada cerita lain. Kisah cinta yang Nampak bodoh. Lawak bodoh. Nyanyi Nampak bodoh. Dan semuanya Nampak diperbodohkan. Hakikat kita umat Islam seolah hilang identity walaupun tidak dinafikan ada juga rancngan Tv yang memberi erti dalam hidup. Tidaklah dapat dipastikan apakah dengan berlakon sebagai orang kaya yang hanya pandai bercinta akhirnya ia boleh Berjaya dalam hidupnya. Itu kan fantasi semata. Sedih mengenangkan nasib ummah kini. Betapa geletekan materialistik Berjaya membuat semua seperti sarkas. Para ustaz kini dilihat semakin ramai tetapi ramai lagi yang makin sesat. Kekalutan sosial pula berlegar umpama mahu menangkap belut begitu licin sekali hingga kuman maksiat yang mahu dihapuskan terus merebak membaham tauhid ummah. Di hadapan sana perlu banyak untuk kita fikirkan. Fikirkan untuk aku dan kamu. Untuk Islam dan Demi Islam..
Monday, 21 March 2016
Syukurlah Hujan..
Hujan pagi ini.
Hujan pagi yang menyamankan.
Hujan memberi seribu rahmat.
Hujan juga akhirnya.
Panas yang panjang memang menyesakkan.
Maksudnya "Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;"
Monday, 14 March 2016
Friday, 11 March 2016
Tawa dan Duka Milik Siapa?
Firman Allah An-Najm 42-44:
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;
Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan.
Hanya kepada Allah kita berserah. Manusia tiadalah adil Allah juga yang Maha Adil. Menghirup hidup dunia masakini seperti kehilangan deria rasa. Hahahaha. Manusia kini semakin rakus mencari hidup. Hingga lupa matlamat hidup kita. Umpama harimau yang menerkam mangsa tanpa rasa belas. Umpama singa yang bergelut di gurun sahara mencari bekalan perut. Hidup hanya mahu fikirkan perut. Hingga ketawanya adalah tangisan orang lain. Ingatlah bahawa hanya Allah yang memberi semua itu. Jika kamu bersikap sedemikian kamu sedang merintis jalan derita hidup. Bahagia bukan pada harta. Bahagia di hati yang digengam Allah. Moga kita jadi manusia yang manusia.

Thursday, 10 March 2016
Monday, 7 March 2016
Menulislah Utk Islam...
Friday, 5 February 2016
Debat Lebih Baik..Kita nantikan..
Kita nantikan debat 2 watak ini. Keduanya telah bersetuju.
Kedua-duanya akan berjuang secara ilmiah.
Semuanya kita akan lerai. Budaya ini lebih baik dari terus nafi menafi. Buruk memburuk.Budaya Islam berdebatlah secara berhikmah.
Firman Allah (maksudnya):
“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah
hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara
yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui
siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui
akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" (Surah al-Nahl: 125).
Tabayyun
Surah Al-Hujurat ayat6 yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang
fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan)
kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan
perkara yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) -
sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.

Ini isi khutbah hari ini.
ayuh hayatinya.
Moga Kita umat Islam menjadi Umat Yang Tabayyun.
Thursday, 14 January 2016
Dongak Lihat lah Bintang
Hampir setiap malam selepas Solat Isyak akan duduk di luar rumah sebentar. Cuaca sekarang menyebabkan penghawa dingin pun gagal memberi kedinginan dari panas terik mentari siang. Oleh itu masuk ke rumah batu seperti masuk ke dalam gua. Panas. Panas ini adalah sedikit dari kepanasan di Mahsyar. Melihat langit adalah hobi aku. Suasana langit cerah menyebabkan langit menjadi terlalu indah. Indah dengan malam yang dihiasi bintang-bintang yang berkedipan. Ohhhh Indah sekali. Bintang-bintang umpama lampu yang tergantung di awan nano. Maha Hebat Sang Pencipta.
Pagi tadi aku mendongak ke langit lagi. Betapa hebatnya ciptaan langit Maha Pencipta. Bintang-Bintangnya terlalu indah sekali. Detik hati mungkin begitulah keindahan. Ia terlalu jauh. Memang yang jauh itulah sebenarnya keindahan. Kenangan adalah antara yang terindah tetapi ia terlalu jauh dan semakin jauh kita tinggalkan. Itulah maksud aku antaranya. Bintang yang jauh itulah menjadi terlalu indah hingga rasa mahu menggapainya. Ini bukan Bintang Mencari Bintang. Ini bintang yang ku lihat jauh di galaksi di Bima Sakti. Bintang memberi iktibar pada semua bahawa dia makhluk yang taat tanpa soal perintah Allah berlegar digalaksinya. Bayangkan jika dia berlaga dan berlanggar sesama sendiri seperti sikap manusia ini. Bintang hanya berlanggar sesama sendiri bila diperintah Ilahi. Ketika ibu mengandung keguguran dan semua orang hanya memikir nasib masing-masing Itu tanda kiamat sudah mari..So lu fikirlah sendiri.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang;
Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;
Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan; -
Celakalah kaum yang menggali parit,
(Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran,
(Mereka dilaknat) ketika mereka duduk di kelilingnya,
Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman.
Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!
Tuhan yang menguasai segala alam langit dan bumi. Dan (ingatlah), Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.
Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan bencana untuk memesongkan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu), dan mereka akan beroleh lagi azab api yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang-orang yang kufur ingkar) amatlah berat.
Sesungguhnya Dia lah yang menciptakan (sekalian makhluk) pada mulanya, dan yang mengembalikannya (hidup semula sesudah mati).
Dan Dia lah yang Maha Pengampun, lagi Maha Pengasih.
Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya,
Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal (kebinasaan yang telah menimpa) kaum-kaum yang menentang (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka)?
(Mereka itu ialah kaum) Firaun, dan Thamud (kaum Nabi Soleh).
(Kaummu wahai Muhammad, bukan sahaja menolak ajaranmu), bahkan orang-orang yang kafir itu terus tenggelam dalam keadaan mendustakan kebenaran;
(
Sedang Allah, dari belakang mereka, melingkungi mereka (dengan kekuasaanNya)!
(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya;
(Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Lauh Mahfuz.
Pagi tadi aku mendongak ke langit lagi. Betapa hebatnya ciptaan langit Maha Pencipta. Bintang-Bintangnya terlalu indah sekali. Detik hati mungkin begitulah keindahan. Ia terlalu jauh. Memang yang jauh itulah sebenarnya keindahan. Kenangan adalah antara yang terindah tetapi ia terlalu jauh dan semakin jauh kita tinggalkan. Itulah maksud aku antaranya. Bintang yang jauh itulah menjadi terlalu indah hingga rasa mahu menggapainya. Ini bukan Bintang Mencari Bintang. Ini bintang yang ku lihat jauh di galaksi di Bima Sakti. Bintang memberi iktibar pada semua bahawa dia makhluk yang taat tanpa soal perintah Allah berlegar digalaksinya. Bayangkan jika dia berlaga dan berlanggar sesama sendiri seperti sikap manusia ini. Bintang hanya berlanggar sesama sendiri bila diperintah Ilahi. Ketika ibu mengandung keguguran dan semua orang hanya memikir nasib masing-masing Itu tanda kiamat sudah mari..So lu fikirlah sendiri.
Surah Al-Buruuj - سورة البروج
(
Tuesday, 5 January 2016
Gombak Darul Garuda?
Kini aku telah bertugas di Kuang, Gombak. Suasana berbeza dari Kuala Kubu Bharu dan Kuala Langat. Kuala Kubu banyak bukit. Kuala Langat banyak orang jawa. Kuang? Huhh banyak bangsa serumpun. Indonesia. Hahaha. Teringat idea Dr Buhanuddin Al-Helmy. Melayu Raya. Tapi sayang Penjajah sudah menggagalkannya..cabaran Kuang sedang menanti aku...Takbirrr. Allahuakbar..
Subscribe to:
Comments (Atom)