Tuesday, 31 July 2012

Jangan Sombong Sangat Kita Ini hanya Hamba

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ يُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ. (رواه الترمذي والنسائي)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)."                                                     (Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)

Sedar tidak sedar kita telah masuk ke fasa kedua Ramadhan..Hari ini 12 Ramadhan bermakna sudah 2 hari juga kita masuk fasa keampunan iaitu fasa yang yang menjadi harapan kepada kita yang selalu berdosa ini. Kita selalu mahu hidup bahagia..tetapi kenapa kita tidak mencari kebahagian itu..hidup ini umpama lukisan dan kebahagian kita itu adalah hasil apa yang kita lukiskan dalam hidup kita. Apakah ada perkara lain yang lebih baik dari rasa bahagia di dalam hati ini. Apabila hati bahagia apa pun yang mendatang kita tetap rasa bahagia. Paling bahagia ialah apabila kita sentisa rasa Allah sayangkan kita..Apa tunggu lagi ayuh semarakkan Ramadhan kali ini..Insyallah ada kebahagian yang sedang menunggu kita..takbir!!!!!

Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55

hahahahahahahahahahahaha....

Monday, 30 July 2012

Man.City pula bedil Harimau Malaya ( yeke Harimau?)

Secara peribadi saya adalah peminat Kelab Man.City..Minat pun bukan apa kerana kelab ini dimiliki oleh orang Islam iaitu Sheikh Mansour jutawan dari Abu Dhabi..Malah "sikap Islamnya" saya lihat agak tertonjol apabila membawa ramai pemain yang beragama Islam seperti Edin Zeko, Kolo Toure, Yaya Toure dan ada beberapa lagi pemain yang agamanya adalah Islam. Ternyata apabila Man.City berjaya mencalarkan ego Man.United pada musim 2011-2012 apabila muncul Juara...Cuma malam ini aku terfikir kalau duit jutaan ringgit ini digunakan membantu umat Islam seluruh dunia alangkah bagusnya...tapi malang duit sheikh ini hanya untuk membina minda penjajahan untuk penjajah..Hari ini kita melihat betapa pemain Malaysia hanya kekurangan jiwa dalam bermain dek kerana keangkuhant dan kehebatan Man.City sentiasa bermain dihati mereka. Akhirnya kaki yang bermain bola setiap hari pun gagal berfungsi kerana ketarnya tidak dapat di sembunyikan..Kita pada dasarnya sudah ada kekuatan dari segi taktikal, skill dan kemudahan..Cuma yang tiada ialah jati diri dan merasa rendah diri kerana kita rakyat Malaysia...Cetusan ini akan menggugat kekuatan dan merentap semangat yang menjadi asas utama untuk berjuang habis-habisan..Belajar dari pemain Sepanyol yang besar jiwa dan akhirnya menjadi juara Euro 2012 kerana mereka ada jiwa yang mencipta gaya bermain bola sepak dengan kelas tersendiri...Kepada penyokong Malaysia jom ramai-ramai pergi masjid pulak lepas ini...tak kena bayar pun pergi masjid...tapi banyak faedahnya...

Kawanku Ziela..Anda bila?

Minah cun paling cool

Aku tengok cermin mata hitam dia macam kawan aku punya cermin mata hitam la..namanya ziela..mungkinkah dia selepas ini..kahakakakakah..

Inilah tradisi Perjuangan untuk orang yang nak berjuang..



Masuk PAS: Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan

  • Ahmad Fadli KC
  • 1:23PM Jul 30 2012
Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS. "4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.
"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.
NONESementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AKU DOAKAN DIA BERSABAR......Inilah Sunnah Perjuangan..Takbir!!!!!!


Thursday, 26 July 2012

Blog Jumaat : Politik itu Wajib..bukan sekadar genre biasa..

Sering kita dengar orang kata dia tak minat dan tidak mahu mengambil tahu tentang hal-hal politik. yang penting dia senang dan dapat hidup selesa..ada kereta..ada rumah..pergi haji dan akhirnya mati dengan keadaan tenang..tenangkah...Ada pula kumpulan yang mengatakan politik itu kotor dan sesiapa yang bergelumang dengannya ia turut terpalit kekotoran. Nampak kenyataan ini agar benar tetapi siapa yang percaya bagi aku dia adalah orang yang bangang, bahlol, tolol, biol dan seribu kebodohan aku lontarkan pada sesiapa yang berfikiran begini. Maka tidak hairanlah jika sikap dan stigma ini menjadi amalan kita,  tidak hairan jika Tanah Melayu ini sangat mudah dijajah... dari Portugis, kemudian Belanda, kemudian Inggeris, kemudian Jepun, kemudiannya Inggeris balik...Malah kerana politik termeterailah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang membahagikan alam Melayu mengikut suka hati mak bapak penjajah ini. Penjajah bukan saja memunggah kekayaan dengan merompak dengan ganas harta kita yang mana sampai sekarang mereka masih hidup kaya raya..malah berjaya menanamkan sikap apa yang datang dari mereka adalah bertamadun dan yang datang dari pribumi semuanya low class..Ramai antara kita yang tersarung dengan dakyah ini..maka tidak hairanlah ada antara kita menganggap hanya tamadun akan membawa kita untuk terus maju...tetapi faktanya adalah sebaliknya. Misalnya negera Greece sebagai tempat asal usul tamadun barat  sedang bergelut dengan kemuflisannya.
Kita sepatutnya merenung bagaimana Perjuangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ..yang mana dakwah itu juga telah juga dijalankan secara neraca politik..Lihat strategi hijrah Rasullullah SAW, yang dimulakan dengan Perjanjian Politik Aqabah 1 dan 2 kemudian barulah gerakan hijrah menuju ke Madinah dijalankan untuk menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam yang awal ketika itu. Ini adalah strategi politik yang sangat bijak dan ia disusuli dengan peristiwa Hijrah yang merupakan gerbang awal kemenangan Islam. Umat Islam khususnya orang Melayu mesti mengambil tahu tentang hal ehwal politik ini kerana kegagalan mereka untuk mendampinginya hanya akan membawa bencana yang berulang plot cerita, yang berbeza hanya para wataknya saja. Apa pun anutan politik kita yang penting apakah anutan politik kita itu selari dengan Islam..Politik itu sebenarnya tidak kotor tetapi yang kotor ialah watak para ahli politiknya..politik itu seni untuk mencari kehidupan dan keadilan serta jangan lupa menjadikan Islam sebagai paksinya..Kita perlu sedar bahawa cabaran politik kini semakin hebat dan kegagalan kita memahaminya hanya akan menyebabkan kita menjadi mangsa kepada pemangsa politik yang hilang nilai akhlaknya seperti yang telah dilakukan oleh para penjajah..Semoga dalam bulan kemerdekaan ini kita mengambil iktibar betapa politik itu mesti kita ambil perhatian dan mestilah ada kebijaksanaan dalam berpolitik. 
 
Al-fatihah untuk As-Syahid Tok Janggut Ulama dan Tokoh Politik Paling Cool Tanah Melayu Takbir!!!!!!!!!..

p/s: Kenapa tiada filem pasal Inggeris sebagai penjajah yang zalim..yang ada asyik2 Jepun je yang zalim dan ganas..ke kita ni masih dijajah British lagi?

Bonus Pencipta Kenapa kita tidak Peduli

S'gor beri bonus setengah bulan, RM200 Simpanan Selangorku- Malaysiakini

Pastinya inilah berita gembira bagi semua kakitangan kerajaan Negeri Selangor. Ada yang sudah berkira-kira dan mencongak apa agaknya barangan idaman yang bakal digayakan pada Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Awal-awal lagi aku sudah dihubungi oleh kawan-kawan dari Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Pahang dan sudah tentu kakitangan agensi persekutuan yang mengucapkan tahniah dapat tambahan simpanan RM200..Kata mereka walaupun jumlahnya hanya lebih RM200 tetapi ia sangat bermakna pada mereka yang memerlukan..aku katakan pada mereka "Selangorkan  Darul Ehsan". Aku katakan kepada mereka lagi heboh pasal bonus ni sudah tentu harga barang akan "heboh" jugak la nampaknya. Inilah sedikit coretan betapa gembira orang dapat bonus yang kadang-kadang terlupa beli barang keperluan hingga berprinsip biar papa asal bergaya...Saya sangat pasti akan muncullah katalog terkini, promosi potongan  sana sini, batu-batu gemerlapan cahayanya, kuih raya berdozen banyaknya tapi diharap janganlah sampai lupa bayar zakat fitrah. Selangor zakat fitrahnya RM 7.00 satu kepala kalau ada yang tak tahulah. Bonus yang diberi diharap dapat meningkatkan produktiviti dan inovatif para kakitangan kerajaan. Itu harapan kerajaan. Namun jangan kita terleka dan terlupa bonus yang telah Allah berikan pada kita di bulan yang mulia ini. Rebutlah peluang untuk mengaut bonus akhirat ini. Bersyukurlah padanya kerana walaupun bonus itu diberi oleh manusia hakikatnya rezeki itu adalah dari Yang Maha Esa.

Firman Allah dalam Surah Asy Syura, Ayat 12:

"Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".

Wednesday, 25 July 2012

Al-fatihah..

Semalam kenalan aku namanya fauzi tauke ayam kkb meninggal dunia...
Hari ini Wak Mur orang tertua(wanita) di kampung aku juga meninggal dunia..banyak jasa dia pada keluarga aku...
Al-Fatihah semoga di tempatkan bersama mereka yang soleh dan solehah..

Tuesday, 24 July 2012

Kasihan Anak-Anak itu......

Ingin aku bertanya kepada kamu semua suka tak tengok anak-anak ini..
Bahagia tak? Tetapi aku tidak faham kenapa ada ibu yang sanggup menghina anak mereka sendiri..apakah kerana ibu itu gila..atau ibu itu tamak..atau ibu itu bukan manusia..atau ibu itu terkena karma hidupnya..atau ibu itu sebenarnya syaitan bertopengkan manusia..atau ibu itu sakit meroyan..Anda bayangkan kalau ada anak yang sanggup berkata "saya sanggup tikam ibu dengan srewdriver ini ustaz. Ibu saya makan pun berkurung di dalam bilik, kami tidak dipelawa langsung. Ibu kami selalu memaki hamun kami..belanja makan kami sendiri.."
 " Ustaz ibu kami tidak pernah sayangkan kami. Hari raya ini kami akan berhari raya di rumah kakak. Rumah kami macam neraka..Ayah tidak mahu menyebelahi kami..kami menanggug derita ini sepanjang hidup kami selama ini..kenapa kami diseksa sebegini ustaz..Kenapa ibu bencikan kami dan hanya sayangkan ayah..ayah pula seperti tunggul mati..langsung tidak pedulikan kami..apa saja yang kami adukan pada ayah pasti ayah akan sampaikan pada ibu yang akhirnya kami terus bertengkar"

 "Ustaz bayangkan ibu kami lebih sayang kucing peliharaannya..Malah sanggup pula menipu kami hingga kakak yang tertipu terpaksa menanggung hutang untuk kepentingannya..Ustaz kenapa ibu tidak sakit-sakit..Kerana pernah dia sakit ketika itulah kami rasa ia berubah mahu menjadi ibu. tapi itu hanya sementara. Ustaz kalau selepas ini dia terlantar sakit pun kami rela biarkan dia mati menderita. Dia ibu yang kejam..dia ibu yang bongkak sedangkan kami ini anak kandungnya."

Aku katakan pada anak ini : "doakan ibumu agar ibumu jadi manusia..jangan doakan agar dia derita..kerana kamu anak yang dizalimi..doa orang yang zalim akan makbul tanpa hijab..kalau Allah itu tidak adil tentu kamu sendiri tidak akan sanggup lihat berapa deritanya ibu kamu..kasihan ibu kamu kerana bagi saya ibu kamu sedang buat jambatan untuk terjun ke laut derita yang berpanjangan"...bersambung...

p/s: Agak-agaknya kenapa ibu mereka begini..

Dari Kota Melaka ke Bukit Jalil....Sampai bila

Apabila kita ke Melaka maka tiada siapa yang akan terlupa mengambil gambar kenangan..Melaka Bandar Bersejaarah itulah yang mereka kata..maka dengan sebab sejarah itu maka gambar mesti dirakam sebagai kenangan...antara tempat yang mesti dilawati ialah kota A Farmosa..Sambil tersenyum dan ada yang tersenyum kambing dengan bangga dapat bergambar di hadapan kota itu..tapi ramai yang tidak tahu kota itu adalah sangat jahanam sekali..Aku katakan jahanam kerana bukan kerana ia adalah bekas sebuah gereja tetapi batuannya adalah dibina dari runtuhan kota dan masjid akibat telah dibedil  pada tahun 1511 oleh tentera Portugis negeri asal Christiano Ronaldo..Masjid adalah maruah umat Islam. Keruntuhannya bermakna runtuhlah syiar agama dan maruah umatnya hancur terbarai. Penjajah datang dengan 3G.. Gold, God and Glory..Gold bermakna ekonomi, God bermakna menyebarkan agama kristian dan Glory bermakna gemilangnya tamadun mereka yang mesti menjadi ikutan sekalian manusia. Penjajah datang dengan dasar ini..sampai sekarang hal ini masih tidak pernah berubah kalau namanya penjajah. Malam ini kita sekali lagi dibedil oleh The Gunner..Malam berapa ramai manusia tidak peduli rahmat dari Allah. Tidak peduli tawaran Allah..Tidak peduli betapa mulianya bulan ini di sisi Allah..Bezanya dulu penjajah membawa bersamanya bala tentera dan senjata.. tapi kini penjajah hanya perlu membawa sebiji bola..Bola yang jelas meragut jiwa raga umat. Dikala musuh Islam mengintai kita di segenap lorong dan liku kita masih berkhayal kerana sebiji bola..Jika Baasar Asad di Syiria sedang dikepung oleh para penjajah..kita pula masih dikepung oleh hawa nafsu yang menggigit kukuh di dalam hati. Dalam bulan Ramadhan dan bulan kemerdekaan kita seharusnya memuhasabah diri..sampai bila kita akan terus dijajah dengan cara begini. Maka benarlah tanda kiamat itu apabila Kaabah diruntuhkan..ada juga yang berpendapat Kaabah itu runtuh bukan fizikalnya tetapi yang runtuh jiwa para umat yang mengadapnya...dibedil oleh The Gunner malam ini sekali lagi mengulangi salah satu episod penjajahan kepada kita semua...wallahuwa'lam..

Puisi Jumaat itu........

Sayonara sahabatku..

Jumaat itu

Jumaat itu ,
7 Ramadhan bakal jadi kenangan syahdu,

Kisah suratan yang akan berlaku,
Untuk aku, dia dan kamu,
Adegan sayu yang kadang buat kita layu dan pilu,

Jumaat itu,
Disebalik wajah lembut salju,
kamu mulakan bicara itu,
Walaupun terpaksa tunduk membisu,
Ada butir air mata yang bertakung dalam lirik matamu,
Sudah aku tahu rasa hatimu itu.

Jumaat itu...
Mungkin akhir kita bertemu,
Kamu akan berlalu seperti angin bayu,
Kerana kamu dan aku ada kenangan yang akan pasti membeku,
Tompok kenangan yang aku pasti mengajar kamu,
Erti gembira dan air mata,
Erti bicara orang bahagia,
Erti rintihan orang derita.
Erti kamu mengenal manusia itu,
Manusia yang karenahnya beribu,
Yang bakal mematangkan kamu.

Jumaat itu..
Tahanlah sendu itu..
Sendu kamu itu ubahlah dia menjadi rindu,
Rindu itu mengajar kamu menghargai sesuatu,
Sesuatu yang aku pasti kamu pun tahu,
Erti sebuah pertemuan yang mesti ada perpisahan,
Perpisahan yang bakal menginsafkan aku, kamu dan dia..

Jumaat itu...
Aku ucapkan sayonara pada kamu,
Semoga kamu dapat 3 K dalam hidupmu,
Kerja, Keluarga dan Keredaannya..
Aku doakan kamu bahagia selalu..
Janganlah menangis sahabatku....
Kerana dihadapan sana adalah kehidupan sebenar untuk kamu..
hahahaha....

Monday, 23 July 2012

Macam-macam giler Manusia ni..tak faham betul..

 
Mufti setuju atlit Olimpik tangguh puasa-Malaysiakini


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani dan bekas mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya atlit Muslim yang mewakili Malaysia di temasya Sukan Olimpik, menangguhkan ibadah puasa.
"Setuju (dengan Harussani dan Dr Asri) sebab mereka (atlit) musafir dan mereka berhak ambil rukhsah dan keringanan yang diperkenankan oleh syarak," kata Dr Juanda melalui kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, tokoh agama itu berkata ia terserah kepada atlit tersebut sama ada berpuasa ataupun tidak sekalipun ia merupakan "keluasan agama".

Dr Juanda mengulas pandangan Harussani dan Dr Asri yang dilaporkan berkata, atlit Muslim boleh menangguhkan puasa bagi mengelakkan daripada dituduh tidak beri kerjasama, diboikot atau boleh menjejaskan peluang kemenangan.

Malah Dr Asri yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilaporkan The New Straits Times sebagai berkata, atlit boleh berbuat demikian kerana mereka bermusafir.
Isu berkenaan turut mendapat perhatian Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) supaya bersidang bagi memutuskan pandangan mereka berhubung perkara itu.

Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor kepada dihubungi Malaysiakini petang ini berkata pandangan yang dikemukakan itu bukan pandangan rasmi kerajaan.
"Umat Islam memerlukan satu panduan yang sama. Kita menghormati padangan Tan Sri Harussani dan Dr Asri. Tetapi pandangan mereka tidak mewakili satu badan yang berpusat dari kerajaan.

"Itu pandangan peribadi mereka," katanya yang menambah PUM telah berbincang mengenai perkara itu sebelum ini.
Bagaimanapun masyarakat Islam sangat memerlukan keputusan majlis itu dan PUM mahu diselaraskan di peringkat kebangsaan, kata Dr Mohd Roslan lagi.

Komen aku : Kadang-kadang tak paham juga pasal isu ini...sukan boleh masuk syurga ke? kalau buka aurat dan terlalu banyak benda syubahat...apatah lagi sukan olimpik tu kan sejarahnya ada kaitan dengan sejarah greek lama yang menyembah api..Ini tak bidaah pulak..macam-macam gila dalam dunia ni..Al-Quran dan Sunnah jadikanlah panduan yop..

Sambungan Kisah 2 Ramadhan1433h

Assalamulaikum...Atas pemintaan aku kirimkan sms dari seorang anak kepada seorang ayah akibat pertelingkahan atas perkara yg berkaitan dengan SMS sebelum ini... begini bunyinya
 "Ayh ape ni bln2 pose bini ayh si gler ni kunci pintu xbg kami masuk..ayh xmrh dia skt pun.ayh ni memg da kn nsi kangkang r...laki dayus xmsuk syurga..alasan xkasi ipah (bukan nama sebenar) dan ikin (bkn nama sbnar) blek uma sbb dia bsg t org dgr memg dayus!!! (semalam aku dapat SMS forwrd dari ibunya..nama anak-anak gadis itu rahsia kesian dia)...
Hari ini antara 3gadis ini datang bertemu aku di pejabat..marah, kesal, geram dan menyampah pada ibunya dihamburkan..air matanya tumpah tidak dapat ditahan2 lagi...seolah sudah lama mahu menangis..akhirnya dia menangis juga..tangisan itu sebenarnya melegakan dirinya..tangisan itu bukan tanda derita tapi puas dapat meluahkan segalanya..Aku katakan padanya jangan berdendam dengan ibunya..kasihan ibu kamu..wahai anak-anak si ibu itu bersabarlah kerana sabar akan membawa keindahan dalam hidup kamu..berdoalah untuk ibu kamu..kasihankan ibu kamu itu,,kerana apa pun terjadi dia tetap ibu kamu yang satu..tiada duanya..kalau sudah tiada lagi...walau buruk mana ibu kamu..ia tetap tidak boleh diganti lagi..Cuma iktibar di sini para suami..anda mesti menjadi suami bukan berdiam diri kerana nak jaga hati seorang isteri...Anak itu permata hati kalau mereka merajuk pergi, percayalah dunia ini umpama kubur untuk menunggu mati...
Perasaan aku terus melayang mengenang "sinetron" ini..bila agaknya ia akan berakhir..kepada 3gadis ini maafkanlah ibu kamu itu..kasihan dia..

Sunday, 22 July 2012

Kisah 2 Ramadhan 1433h

 Aku berdoa semoga aku dapat anak-anak yang soleh dan solehah...

Pagi ini sedang aku merenung masa depan telah masuk SMS dalam begini bunyinya " Ass...Kum.Ustaz saya minta maaf mengganggu ustaz..cuma saya nak tahu apa pendapat ustaz klu ustaz dpt msj mcm yg saya msj pd ustaz..adakah ustaz bediam diri saja? Dan satu lg terima ksh byk2 pd ustaz kerana bg pndapat pd manusia yg mendurhaka pd saya..Ank xada dosa pd ibubapa tp ibubapalah yg mendurhaka dan berdosa pd anak2. Bagus sgt2 la ajaran seorg yg disagani yg tinggi pelajaran agamanya dan memberi nasihat pd manusia2 yg mendurhaka ini. Terima Kasih byk2 ustaz." (petikan sms ni aku salin sebijik mcm wanita ini tulis..cuma sms yg anak dia hantar pada dia dan dia foword pada aku aku tak tulis ngeri juga bunyinya)

Sebenarnya ini adalah rentetan daripada 3orang gadis telah berjumpa saya mengadu perangai ibu mereka selepas satu sesi ceramah yg mereka hadiri..Apa yang menyedihkan jika hanya seorang yang mengadu tentang ibu mereka mungkin bagi saya satu fitnah..tetapi jika semua anak2 menyatakan betapa buruk perangai ibu mereka apakah ini satu fitnah..Secara kebetulan aku kenal ibu mereka itu setelah anak2 ini menyebut nama ibu mereka..Lebih malang lagi ada antara mereka yang berkata mereka malu untuk menyebut nama ibu mereka..Ada juga antara mereka menyebut ibu mereka itu "perempuan itu"..Sedih sekali kisah ini..Sedih bila mengenang kalau perkara ini terjadi pada aku..tapi aku sangat pasti perkara ini tidak terjadi tiba-tiba..Pesan aku pada anak2 gadis ini adalah lebih baik maafkan ibu kamu itu..apa pun yang terjadi dia tetap ibu kamu..yang lain kita bincang saja pada tempat yang sepatutnya...

Nota : Sebenarnya hasil dari insiden inilah aku tulis Khutbah Jumaat yang bertajuak "Kenapa Anak Jadi Derhaka" telah dibaca 16 Mac 2012 oleh pihak JAIS

Saturday, 21 July 2012

Ucapan Bakal Perdana Menteri?

Aku menanti kalau ada para pemimpin yang mengucap Salam Ramadhan kali ini...Takde pulak pemimpin yang ingat kat Ramadhan ..Cuma ini yang aku jumpa..apakah dia PM selepas Dato' Seri Najib b. Abdul Razak.....

Friday, 20 July 2012

Gempar kawanku Ziela Shafie tukar kapal..


Salam Ramadhan ...Hahahaha..saja je buat gempak..Wahai sahabatku kalau orang macam ni pun dah tukar haluan, anda bila lagi...kawan-kawanku ini mesej aku untuk kawan-kawanku yang aku sanjungi seperti berikut : 
1. ziela ... 2. Shahnor.... 3. Cik Omar. 4. Cik Suhaimi Ghazali . 5. Cik Saodah . 6. Zanah . 7. fazasha. 8. Yani . 9. Rusdin . 10. Zulhaslin
Ini gambar Jejaka paling cool..
11. Caer (atas pagar) hahahahaha...
12.Shamsiah (atas pagar).
13. Normazila,
14. Ayob .
15. faiz (atas pagar)
16. wahid
17. Kuril  Dll yang tak disebut...ini tanda keikhlasan setiakawan bukan untuk emosi..hahahahahaha

(Ini gambar anak dara Paling Cool..)

MESEJ INI JUGA AKU TUJUKAN KEPADA SEMUA........ takde niat nak mengguriskan hati sesiapa cuma nak menyampaikan mesej perubahan.....

Keluarga Pejuang harapan Kita

Teringat saya tentang sejarah panjang rakyat Mesir menuntut keadilan dari hosni mubarak..Sejarah Mesir pada asasnya sangat terkesan dengan umat Islam khususnya..Nama firaun adalah bukti jelas bagaimana rakaman sejarah ini telah di rakam oleh Allah dalam Al-Quran untuk menjadi iktibar kepada kita semua..paling menarik kenyataan awal Ismail Haniyeh Perdana Menteri Rakyat Palestin apabila Presiden Morsi diangkat sebagai presiden dengan menyatakan penjara Mesir sangat ajaib kerana dari penjara Mesir juga Nabi Yusuf diangkat menjadi pemimpin ulung dan Morsi berkongsi atucara hidup yang agak sama (walaupun morsi dan Nabi Yusuf tak boleh di samakan cuma 2 watak ini pernah masuk penjara)...
Ikhwanul Muslimin adalah watak penting dibelakang kemenangan Morsi..Kemenangan ini sebenarnya telah lama diisi dengan peristiwa tragis yang telah menumpahkan darah dan air mata. ramai yang telah terkorban,menderita, kecewa...bukan itu saja pengasasnya sheikh Hassan Al-Banna telah dihukum bunuh kerana bahana fitnah dan konspirasi..Bukanlah saya cuba menjadi penganalisis politik tetapi memang perjuangan itu apinya mesti membara sepanjang saat. Tarbiyah adalah aspek yang sangat penting dalam mengejar misi kemenangan. Hassan Al-Banna pernah berpesan "untuk membina ummah yang besar mesti dulu membina ummah yang kecil. Ummah kecil itu adalah keluarga"...Keluarga adalah asas penting untuk kita membina ummah. Cuba anda bayangkan kematian setiap hari berlaku di bumi Palestin tetapi kenapa perjuangan rakyat Palestin terus wujud..Jawapanya kerana perkahwinan..Perkahwinan telah melahirkan ramai pejuang..Pejuang adalah watak penting dalam penerusan untuk mara terus kepada sebuah perjuangan..Kini umat Islam sebenarnya memerlukan pejuang bukan saja bijak tetapi yang beriman..Kita telah melihat ramai pemimpin Islam itu ada kebijakan tetapi kerana kurang kebijakan hanya dijadikan untuk mencari keuntungan diri..Jika kita bercita-cita mahu melihat Islam itu gemilang marilah membina jati diri Islam kepada para pejuang dengan iman dan taqwa..Kerana jika 2 perkara ini tersemat kukuh maka ingatan mereka hanya yakin dengan pejuangan Islam yang menjanjikan menang atau syahid..Takbir!!!!!!!!

Thursday, 19 July 2012

Salam Ramadhan Mubarak

Ramadhan datang lagi..bermakna rahmat datang seiring dengannya..bulan ini dinanti oleh Rasul dan para sahabatnya..Rindu dendam setahun akhir ketemu juga dengan penghulu segala bulan. Ramadhan adalah sumber inspirasi umat Islam jika dihayati seimannya..Sebab itu jika diteliti sejarah telah merakamkan betapa kejayaan demi kejayaan telah dicatat pada era kegemilangan Islam adalah pada bulan ini..Ketibaan Ramadhan juga bermakna terbuka pintu-pintu syurga dan tertutup pintu-pintu neraka...Awaslah kita dengan pesan Rasulullah : " Celakalah orang yang datang Ramadhan, tetapi ia berlalu begitu saja"....Semoga Ramadhan kali ini kita semua dikurniakan rahmat, keampunan dan terlepas dari azab api neraka..jangan lupa bercita-cita untuk bertemu dengan malam LAILATUL QADAR iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan...Takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, 18 July 2012

Kahwin Muda la


PERKAHWINAN DI USIA MUDA?
Usia muda sering dikaitkan dengan masa untuk bersuka-suka atau “zaman enjoy” oleh segelintir masyarakat kita. Entah dari mana hujah ini diperolehi tidaklah dapat dipastikan tetapi sikap dan budaya ini adalah sangat mirip dengan pembawakan yang diamalkan di barat. Sikap jahil dan naïf segelintir umat Islam khususnya tentang perkara ini maka jiwa muda sering dijadikan medan pemberontakan untuk melakukan perkara maksiat yang melanggar batas akidah dan akhlak di kalangan umat Islam. Akhirnya nanti muncullah generasi pelapis yang songsang dalam semua aspek kehidupannya kerana kegagalan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Diantara perkara yang menjadi barah dalam masyarakat kita ialah tentang gejala perlakuan zina yang berleluasa. Malah bukti statistik menunjukkan kadar kelahiran anak luarnikah terus mencatatkan peningkatan dari masa ke semasa mengambarkan betapa “ganasnya” masalah zina ini melanda dan terus merobek maruah serta kesucian ummah. Perlu diingat bahawa kejadian zina yang berluasa ini bukan sahaja mengundang duka nestapa ibubapa tetapi lebih bahaya ia mengundang keruntuhan sesebuah negara bukan saja kerana budaya ini membunuh pembinaan budaya berkeluarga tetapi zina juga mengundang bencana dari Maha Esa. Ironinya ramai yang sedar tentang perkara ini tetapi sering juga hanya menjadikan isu kecil dan ada juga yang bertindak tetapi tindakan hanya sekadar seperti “tikus membaiki labu”. Agak jarang kita memdengar penerangan tentang peri pentingnya perkahwinan dalam menyelesaikan isu yang kita nyatakan tadi. Lebih jarang juga kita mendengar untuk pihak-pihak berkempen agar berkahwinlah pada usia muda.  Maka dengan kesedaran dan keinsafan perlunya kita melihat apakah saranan Islam dalam menyelesaikan isu ini. Islam menggalakkan perkahwinan. Malah sesiapa yang berkahwin pasti akan diangkat darjat ganjaran pahala dalam ibadahnya.
Sebagai orang muda sepatutnya kita memahami tanggungjawab untuk mengangkat ajaran Islam bukan mencemarkannya dengan tingkah laku buruk yang memfitnah agama suci ini. Ini kerana ajaran Islam itu sangat praktikal dan sungguh mesra dalam menyantuni khususnya orang muda. Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik bagaimana dalam usia 25 tahun beliau telahpun berkahwin dan ternyata perkahwinannya sangat membantu dalam usaha-usaha kejayaan dakwahnya.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : "Wahai sekalian pemuda, barangsiapa daripada kalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya ia (perkahwinan) boleh menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia  berpuasa kerana ia (puasa itu) menjadi penawar baginya”.
Kita juga perlu mengikis persepsi negatif bahawa perkahwinan pada usia yang muda boleh menyebabkan mudahnya berlaku kegoyahan dan kesusahan dalam melayari bahtera rumahtangga. Sebenarnya perkahwinan yang berjalan berlandaskan syariat bakal membentuk situasi yang baik dalam kehidupan berkeluarga. Umur bukanlah alasan yang tepat melambatkan sesebuah perkahwinan. Kemampuan yang dimaksudkan di dalam Islam bukanlah sekadar mampu mengadakan sebarang persiapan perkahwinan tetapi lebih penting perkahwinan itu mesti diasaskan dari kemampuan zahir, batin dan persiapan mental yang mantap. Asas agama yang jitu sebenarnya menjadi asas utama untuk orang muda berkahwin awal jika mampu dan jika tidak mampu hendaklah dia berpuasa. Inilah didikan Islam jika mampu, berkahwinlah tanpa menjadikan faktor umur menghalang untuk kita berkahwin. Ketakutan untuk berkahwin pada usia muda perlu dikikis kerana perkahwinan itu adalah perintah Allah dan Allah sangat mengetahui kehendak makhluk ciptaannya. Ingatlah janji Allah sebagaimana firmannya  dalam surah An-Nur ayat 32 yang bermaksud :
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui”.
Satu hakikat yang mesti kita sedari ialah perkahwinan itu adalah jalan yang diberikan Allah untuk mengurus manusia agar sentiasa bertindak sebagai manusia. Hubungan lelaki dan perempuan telah dihalalkan dengan akadnikah yang sah sudah tentu mesti diisi dengan tanggungjawab yang bakal mematangkan pasangan. Dalam usia muda ini ambillah peluang yang ada sementara mempunyai kudrat yang masih segar bugar dalam mengisi usia muda. Perkahwinan boleh dijadikan  antara episod penting dalam mengisi jadual orang muda yang sentiasa berada dalam cabaran dan ujian. Alangkah indah apabila usia muda ini menjadi dunia yang dihiasi dengan keredaan Allah. Perkahwinan adalah jalan pasti bagaimana Islam mengajar manusia agar tidak terjerumus dalam lembah kehinaan yang akan menjejaskan masa depan kehidupannya.  Apa yang pasti perkahwinan adalah jalan menuju reda Allah. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 13 yang bermaksud :
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
Wallahwa’lam