Thursday, 26 July 2012

Blog Jumaat : Politik itu Wajib..bukan sekadar genre biasa..

Sering kita dengar orang kata dia tak minat dan tidak mahu mengambil tahu tentang hal-hal politik. yang penting dia senang dan dapat hidup selesa..ada kereta..ada rumah..pergi haji dan akhirnya mati dengan keadaan tenang..tenangkah...Ada pula kumpulan yang mengatakan politik itu kotor dan sesiapa yang bergelumang dengannya ia turut terpalit kekotoran. Nampak kenyataan ini agar benar tetapi siapa yang percaya bagi aku dia adalah orang yang bangang, bahlol, tolol, biol dan seribu kebodohan aku lontarkan pada sesiapa yang berfikiran begini. Maka tidak hairanlah jika sikap dan stigma ini menjadi amalan kita,  tidak hairan jika Tanah Melayu ini sangat mudah dijajah... dari Portugis, kemudian Belanda, kemudian Inggeris, kemudian Jepun, kemudiannya Inggeris balik...Malah kerana politik termeterailah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 yang membahagikan alam Melayu mengikut suka hati mak bapak penjajah ini. Penjajah bukan saja memunggah kekayaan dengan merompak dengan ganas harta kita yang mana sampai sekarang mereka masih hidup kaya raya..malah berjaya menanamkan sikap apa yang datang dari mereka adalah bertamadun dan yang datang dari pribumi semuanya low class..Ramai antara kita yang tersarung dengan dakyah ini..maka tidak hairanlah ada antara kita menganggap hanya tamadun akan membawa kita untuk terus maju...tetapi faktanya adalah sebaliknya. Misalnya negera Greece sebagai tempat asal usul tamadun barat  sedang bergelut dengan kemuflisannya.
Kita sepatutnya merenung bagaimana Perjuangan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ..yang mana dakwah itu juga telah juga dijalankan secara neraca politik..Lihat strategi hijrah Rasullullah SAW, yang dimulakan dengan Perjanjian Politik Aqabah 1 dan 2 kemudian barulah gerakan hijrah menuju ke Madinah dijalankan untuk menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam yang awal ketika itu. Ini adalah strategi politik yang sangat bijak dan ia disusuli dengan peristiwa Hijrah yang merupakan gerbang awal kemenangan Islam. Umat Islam khususnya orang Melayu mesti mengambil tahu tentang hal ehwal politik ini kerana kegagalan mereka untuk mendampinginya hanya akan membawa bencana yang berulang plot cerita, yang berbeza hanya para wataknya saja. Apa pun anutan politik kita yang penting apakah anutan politik kita itu selari dengan Islam..Politik itu sebenarnya tidak kotor tetapi yang kotor ialah watak para ahli politiknya..politik itu seni untuk mencari kehidupan dan keadilan serta jangan lupa menjadikan Islam sebagai paksinya..Kita perlu sedar bahawa cabaran politik kini semakin hebat dan kegagalan kita memahaminya hanya akan menyebabkan kita menjadi mangsa kepada pemangsa politik yang hilang nilai akhlaknya seperti yang telah dilakukan oleh para penjajah..Semoga dalam bulan kemerdekaan ini kita mengambil iktibar betapa politik itu mesti kita ambil perhatian dan mestilah ada kebijaksanaan dalam berpolitik. 
 
Al-fatihah untuk As-Syahid Tok Janggut Ulama dan Tokoh Politik Paling Cool Tanah Melayu Takbir!!!!!!!!!..

p/s: Kenapa tiada filem pasal Inggeris sebagai penjajah yang zalim..yang ada asyik2 Jepun je yang zalim dan ganas..ke kita ni masih dijajah British lagi?

No comments:

Post a Comment