Pastinya inilah berita gembira bagi semua kakitangan kerajaan Negeri Selangor. Ada yang sudah berkira-kira dan mencongak apa agaknya barangan idaman yang bakal digayakan pada Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Awal-awal lagi aku sudah dihubungi oleh kawan-kawan dari Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Pahang dan sudah tentu kakitangan agensi persekutuan yang mengucapkan tahniah dapat tambahan simpanan RM200..Kata mereka walaupun jumlahnya hanya lebih RM200 tetapi ia sangat bermakna pada mereka yang memerlukan..aku katakan pada mereka "Selangorkan Darul Ehsan". Aku katakan kepada mereka lagi heboh pasal bonus ni sudah tentu harga barang akan "heboh" jugak la nampaknya. Inilah sedikit coretan betapa gembira orang dapat bonus yang kadang-kadang terlupa beli barang keperluan hingga berprinsip biar papa asal bergaya...Saya sangat pasti akan muncullah katalog terkini, promosi potongan sana sini, batu-batu gemerlapan cahayanya, kuih raya berdozen banyaknya tapi diharap janganlah sampai lupa bayar zakat fitrah. Selangor zakat fitrahnya RM 7.00 satu kepala kalau ada yang tak tahulah. Bonus yang diberi diharap dapat meningkatkan produktiviti dan inovatif para kakitangan kerajaan. Itu harapan kerajaan. Namun jangan kita terleka dan terlupa bonus yang telah Allah berikan pada kita di bulan yang mulia ini. Rebutlah peluang untuk mengaut bonus akhirat ini. Bersyukurlah padanya kerana walaupun bonus itu diberi oleh manusia hakikatnya rezeki itu adalah dari Yang Maha Esa.
Firman Allah dalam Surah Asy Syura, Ayat 12:
"Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan
bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya
(menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu".
No comments:
Post a Comment