Jejaka Cool membuat Sejarah..Tunggu Berita Terkini
Thursday, 31 January 2013
Audit...
3 hari berkampung di sebuah hotel di shah alam ianya agak memenatkan. Penat memikirkan strategi yang mesti difikir dalam memperbaiki pejalanan sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk menjaga agama Islam. Di sini ahli mesyuarat di soal dengan pelbagai persoalan tentang kelemahan yang berlaku dalam tahun 2012 setelah pasukan audit melancarkan auditnya dalam tempoh kerja setahun itu. Maka banyaklah penemuan kelemahan dalam urus tadbir agama Islam di negeri yang saya cintai ini. Secara peribadi memang aku sukakan program audit ini. Walaupun mungkin ada teguran yang agak pedas untuk didengar atau mungkin juga ada yang pahit untuk ditelan. Bagi aku merasakan ini fitrah dalam kehidupan. Memimjam kata-kata akhir ucapan penggulungan "usaha kita ini adalah jihad" sudah tentu ia memberi aku sedikit kelegaan dalam kerja yang akan aku jalankan. Tahniah juga aku ucapkan pada kawan-kawan yang mendapat pujian kerana kerja keras mereka. Tahniah juga aku ucapkan kepada urusetia kerana berjaya menyediakan lokasi yang agak selesa dan menu makanannya yang menyenangkan semua yang hadir pada kali ini. Apa yang terbayang dalam kotak fikiran aku ialah ini baru audit di dunia pun kita sudah kecut perut, bagaimana pula nanti audit di akhirat. Mungkin kita ada jawapan ketika menjawab perkara yang berbangkit sekarang. Tetapi ingat di akhirat walaupun kita ada jawapan pun, jawapan itu tidak penting lagi kerana ia sangat bergantung kepada audit yang akan dibentangkan oleh Malaikat. Ketika itulah nanti kita akan "ditelanjangkan" segala yang kita buat dalam kehidupan di dunia ini sama ada ia mencapai objektif kualiti yang telah ditetapkan oleh Allah atau tidak. Ketika itulah nanti kebaikan akan dibalas syurga dan keingkaran akan dibalas neraka. Seperkara yang turut aku fikirkan juga bagaimana audit ruhaniah kita agaknya. Apakah keadaannya adalah lebih baik dari semalam atau sebaliknya. Memikirkan keadaan di Mahsyar aku rasa hati ini agak terusik. Takut apakah nasib aku, isteri, anak-anak, ibubapa, kawan-kawan, adik beradik di sana nanti. Ahhhhhhh!!!! takut sekali.
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak
berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan
pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah
ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang
harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia
belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia
susutkan kemudaan dan kecergasannya?''
Monday, 21 January 2013
Fikiran Aku Kini..
Minggu lepas ketika singgah solat zohor di sebuah masjid di Kuala Selangor aku dikejutkan dengan 2 berita sedih. Satu seorang bekas guru aku ketika menuntut di Sekolah Agama Menengah Jeram telah di serang angin ahmar dan khabarnya nasibnya agak kurang baik. Dia telah lumpuh dan menurut kawan-kawan yang sudah melawat guru akun itu tidak dapat mengenal lagi orang di sekelilingnya. Berita satu lagi ialah perginya kenalan buat selama-lamanya dan tidak akan kembali. Kali ini kerana sakit kanser yang baru diketahuinya tetapi sudah sampai ke tahap 4. Sebelum berita ini sampai sebenarnya aku mendapat berita yang sangat mengembirakan. Doa aku untuk ke Tanah Suci telah dimakbulkan. Ada seorang sahabat berjumpa aku untuk menaja umrah untuk aku. Bagaikan tidak percaya ada orang sanggup untuk memberi tawaran sebaik ini. Percuma. Tetapi dengan berat hati aku terpaksa melupakan tawaran ini kerana beberapa perkara. Aku tidak tahu apakah tawaran ini akan datang lagi. Jauh di sudut hati ada beberapa perkara yang bermain dalam kotak fikiranku juga bilakah agaknya aku akan diberi peluang untuk melawat Rasulullah. Bilakah kerinduan itu dapat aku leraikan. Terasa sangat hati ini mahu ke sana tapi apakan daya. Namun aku kirimkan doakan kepada mak dan kakak ku yang akan ke sana awal Februari ini. Aku sangat berharap mahu ke sana. Bila aku berfikir jauh tentang takdir-takdir yang berlaku minggu lepas ia sedikit sebanyak mengajar bahawa aku ini hanya seorang hamba. Terkadang terfikir juga aku sempatkah untuk ke Tanah Haram jika aku sakit nanti seperti guru aku itu. atau apakah yang terjadi jika aku telah dijemput Allah pada saat ini. Merenung jauh hidup ini menjadikan kita merasa diri ini terlalu kerdil dan seolah-olah tidak mampu melakukan apa-apa. Harapan dan mesti kita bergantung pada Allah adalah saat paling tepat untuk aku melerai semua persoalan yang timbul dalam hidup ini. Aku percaya kita ini hanya mampu merancang saja tetapi Allah jua yang menentukan. Ikut saja tatacara yang telah ditetapkan ini..Buat guru aku dan ahli keluarganya aku doakan kalian bersabar dengan takdir ini. Buat yang telah pergi doa selamat aku kirimkan. Dan pada yang murah rezeki berdoalah moga rezeki itu datang lagi.Amin..
Friday, 18 January 2013
Thursday, 17 January 2013
Universiti itu Gedung Ilmu...
UUM: Sharifah Zohra kurang profesional
SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
18 Januari 2013
18 Januari 2013
Sharifah Zohra Jabeen akan menjawab kritikan berkenaan 'listen, listen, listen' dalam waktu terdekat. - Foto ihsan
Akur soalan yang diajukan oleh KS Bawani agak kasar bunyinya, Sharifah Zohra juga katanya, boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah.
"Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai.
"Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah," ujar beliau di sini semalam.
Video klip Bawani yang heboh dibincangkan di laman sosial dan dimuatnaik di Youtube mengundang reaksi pelbagai pihak yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap jawapan dan tindakan Sharifah Zohra.
Ramai juga yang menulis pesanan di laman sosial masing-masing dengan mendahului atau mengakhirinya dengan perkataan "listen!" sebagai protes terhadap perbuatan itu.
Selain itu, ada juga pihak yang melabelkan Bawani sebagai kurang ajar apabila mengajukan soalan sedemian rupa dan tidak berhenti bercakap meskipun sudah diminta berbuat demikian.
Menurut Mustafa, soalan diajukan Bawani itu juga telah melepasi waktu sesi soal jawab, sebaliknya ketika itu sedang berlangsungnya acara cabutan bertuah.
"Masa soalan sudah habis sebenarnya tapi dia bercakap tak berhenti-henti. Panel itu cuba memberhentikan dia tetapi tidak berjaya. Jadi sebab itu berlaku seperti pertikaman lidah," jelas Mustafa.
Memandangkan tindakan Sharifah Zohra itu telah mengundang kegelisahan banyak pihak, kata Mustafa, beliau mengesyorkan supaya beliau melakukan sesuatu untuk meredakan keadaan.
"Pada saya itu masalah speaker dan pelajar berkenaan, jadi terserah kepada speaker itu, apa beliau hendak buat. Saya tak boleh cakap apa-apa sebab dia bercakap bagi pihak dirinya. Mungkin dia boleh lakukan sesuatu... ," katanya.
Monday, 14 January 2013
Terbalaskah Cinta Kita....
Ramai yang berkata "aku cintakan Rasulullah"..tapi benarkah itu..atau ia sekadar kata-kata palsu..atau ia hanya mekap palsu..atau ia memang kata-kata palsu. Kita sering mencari kehidupan. Tapi pernahkah bertanya pada diri apakah hidup aku ini sering ingat pada Rasulullah..Jika kita tidak ingat pada Baginda apakah nanti di sana akan membalas cinta kita yang palsu ini. Ingat carilah cinta itu kalau pun terpaksa menangis sepanjang hidup di dunia ini...
Monday, 7 January 2013
Anda Mesti Bercakap Benar..apakah ini salah atau tak salah..
Wahai para ustaz dan ustazah apa komen anda agaknya....
Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam.
Sunday, 6 January 2013
Layak kah kamu mendapat Bahagia?
Layakkah kamu mendapat bahagia..kalau pun tidak mengerti ertinya hidup..
layak kamu mendapat bahagia..kalau kamu tidak mengenal Allah Tuhanmu..
Layakkah kamu bahagia..jika kamu asyik mengeluh dengan nasibmu..
Layakkah untuk berbahagia jika kamu itu sebenarnya ejen derita..
Layakkah kamu menemui bahagia walaupun sebenarnya kamu tidak mencarinya..
Bahagiakah kamu sekarang? walaupun kamu tahu hati kamu penuh nanah palsu dunia yang menipu..
Pernahkah kamu bertanya apakah yang membuat kamu rasa bahagia walaupun sedetik masa..
atau setiap kali matamu terbuka di waktu fajar jiwa mu gelisah, resah dan keluh kesah..derita tidak terkata..
Perlu dingat adakala derita itu bahagia dan bahagia itu sebenarnya derita.
Jadi marilah kita berdoa untuk mendapat bahagia disisi Yang Maha Esa..
Ya Allah jadikanlah kami hambamu yang berbahagia dunia sampai akhirat..Amin
layak kamu mendapat bahagia..kalau kamu tidak mengenal Allah Tuhanmu..
Layakkah kamu bahagia..jika kamu asyik mengeluh dengan nasibmu..
Layakkah untuk berbahagia jika kamu itu sebenarnya ejen derita..
Layakkah kamu menemui bahagia walaupun sebenarnya kamu tidak mencarinya..
Bahagiakah kamu sekarang? walaupun kamu tahu hati kamu penuh nanah palsu dunia yang menipu..
Pernahkah kamu bertanya apakah yang membuat kamu rasa bahagia walaupun sedetik masa..
atau setiap kali matamu terbuka di waktu fajar jiwa mu gelisah, resah dan keluh kesah..derita tidak terkata..
Perlu dingat adakala derita itu bahagia dan bahagia itu sebenarnya derita.
Jadi marilah kita berdoa untuk mendapat bahagia disisi Yang Maha Esa..
Ya Allah jadikanlah kami hambamu yang berbahagia dunia sampai akhirat..Amin
Wednesday, 2 January 2013
Sunyi...
Pagi tadi ketika mendongak ke langit tiada bulan cuma yang ada cahaya bintang yang indah berkerdipan. Kerdipan itu segera memberitahu bahawa bintang itu ciptaan Allah yang kedudukan berjuta batu jauhnya. Namun walaupun berjuta batu jauhnya ia tetap berkerdip untuk memberi sinar keindahan kepada kehidupan yang ada di dunia. Walaupun pagi agak hening tetapi kerdipan bintang itu membuatkan kita mesti bersyukur masih lagi diberi kesempatan oleh Yang Maha Kaya untuk terus hidup menjadi hamba. Kerdipan bintang itu juga segera menanam gerun dalam hati bahawa inilah bintang yang akan berlaga sesama sendiri apabila sampai hari kiamat. Pada hari kiamat semuanya akan lenyap dan akan dibangunkan kita dalam pelbagai keadaan berdasarkan "report card" selama hayat dikandung badan. Takut juga bila memikirkan itu semua.
Ramai di kalangan kita sering mungkin pernah berasa sunyi. Ada yang suka sunyi dan ada juga yang tidak suka untuk sunyi. Namun begitu sunyi yang melanda ada pelbagai punca dan sebab. Menurut kamus dewan sunyi itu bolehlah dimaksudkan sebagai sepi, senyap atau hening sekali. Perasaan sunyi inilah juga boleh mempengaruhi perwatakan seseorang. Kesunyian yang melanda adakala menyebabkan seseorang itu sering berada dalam kemurungan dan mungkin juga kerinduan pada sesuatu. Pasangan kekasih sunyi kerana ditinggalkan kekasihnya. Suami kesunyian pabila isteri buat tidak tahu dengannya. Isteri yang sunyi ialah isteri yang kehilangan kasih sayang dalam hidupnya. Anak yang sunyi keluar mencari kawan yang akan memecahkan kesunyian. Pemimpin akan kesunyian apabila hilang sokongan rakyat padanya. Masjid akan sunyi apabila hilang jemaahnya. Pejabat akan jadi sunyi bila bukan waktu bekerja. Dan pelbagai situasi tentang hibanya sunyi iti. Perkataan sunyi itupun dah mengambarkan bunyi wajahnya. Maka banyaklah pula cara dibuat untuk menghilangkan sunyi itu. Apa pun cara kesunyian itu pasti akan menerjah kita. Lebih takut apabila kesunyian kita di alam kubur nanti. Dengan amalan dan kiriman doa saja akan menentukan sama ada kita sunyi atau tidak di sana nanti. Di sana kita akan hidup seorang berkelana seorang diri. Suasana tanah perkuburan itupun sudah menceritakan kepada kita tentang sunyi. Kesunyian di dunia mungkin dapat kita tangani dengan pelbagai gaya dan ceria. Tetapi apabila kita sunyi di sana hanya Allah tempat kita bergantung harap walaupun mungkin ketika itu kita dilanda kesunyian yang menggerunkan hati apabila kesunyian itu bakal diziarahi oleh 2 malaikat yang datang berdasarkan amalan kita. Oleh itu jadikan kesunyian yang melanda kita di dunia ini untuk kita bersunyi-sunyian beribadat mencari reda Allah. Kerana keredaan Allah saja yang bakal menentukan sunyi kita itu nikmat atau sunyi kita itu azab. Fikir-fikirkan.
Pantun untuk semua:
Ayam kecil terlalak-lalak,
Ayam biring kuning kakinya;
Abang pergi tergelak-gelak,
Adik tinggal sunyi hatinya.
Adik tinggal sunyi hatinya.
( Kenapa kucing ini sunyi..apa agak jawapannya)
Tuesday, 1 January 2013
Salam Tahun 2013
Kepada semua:
Selamat Menjadi lebih tua.
Selamat berfikir tentang masa depan.
Selamat bekerja dengan lebih kuat.
Beribadat juga lebih kuat.
Solat ayuh kita mantapkan.
Duit banyakkan lah sedekah.
Marah ayuh kita kurangkan.
Stress mesti kita redakan.
Berazamlah untuk mendapat atau menambah umat Nabi Muhammad saw.
Jangan lupa mengundi PRU 13 ini..
Lagi satu yang belum kahwin berusahalah untuk berkahwin cepat....
Selamat Menjadi lebih tua.
Selamat berfikir tentang masa depan.
Selamat bekerja dengan lebih kuat.
Beribadat juga lebih kuat.
Solat ayuh kita mantapkan.
Duit banyakkan lah sedekah.
Marah ayuh kita kurangkan.
Stress mesti kita redakan.
Berazamlah untuk mendapat atau menambah umat Nabi Muhammad saw.
Jangan lupa mengundi PRU 13 ini..
Subscribe to:
Comments (Atom)





