Monday, 21 January 2013

Fikiran Aku Kini..

Minggu lepas ketika singgah solat zohor di sebuah masjid di Kuala Selangor aku dikejutkan dengan 2 berita sedih. Satu seorang bekas guru aku ketika menuntut di Sekolah Agama Menengah Jeram telah di serang angin ahmar dan khabarnya nasibnya agak kurang baik. Dia telah lumpuh dan menurut kawan-kawan yang sudah melawat guru akun itu tidak dapat mengenal lagi orang di sekelilingnya. Berita satu lagi ialah perginya kenalan buat selama-lamanya dan tidak akan kembali. Kali ini kerana sakit kanser yang baru diketahuinya tetapi sudah sampai ke tahap 4. Sebelum berita ini sampai sebenarnya aku mendapat berita yang sangat mengembirakan. Doa aku untuk ke Tanah Suci telah dimakbulkan. Ada seorang sahabat berjumpa aku untuk menaja umrah untuk aku. Bagaikan tidak percaya ada orang sanggup untuk memberi tawaran sebaik ini. Percuma. Tetapi dengan berat hati aku terpaksa melupakan tawaran ini kerana beberapa perkara. Aku tidak tahu apakah tawaran ini akan datang lagi. Jauh di sudut hati ada beberapa perkara yang bermain dalam kotak fikiranku juga bilakah agaknya aku akan diberi peluang untuk melawat Rasulullah. Bilakah kerinduan itu dapat aku leraikan. Terasa sangat hati ini mahu ke sana tapi apakan daya. Namun aku kirimkan doakan kepada mak dan kakak ku yang akan ke sana awal Februari ini. Aku sangat berharap mahu ke sana. Bila aku berfikir jauh tentang takdir-takdir yang berlaku minggu lepas ia sedikit sebanyak mengajar bahawa aku ini hanya seorang hamba. Terkadang terfikir juga aku sempatkah untuk ke Tanah Haram jika aku sakit nanti seperti guru aku itu. atau apakah yang terjadi jika aku telah dijemput Allah pada saat ini. Merenung jauh hidup ini menjadikan kita merasa diri ini terlalu kerdil dan seolah-olah tidak mampu melakukan apa-apa. Harapan dan mesti kita bergantung pada Allah adalah saat paling tepat untuk aku melerai semua persoalan yang timbul dalam hidup ini. Aku percaya kita ini hanya mampu merancang saja tetapi Allah jua yang menentukan. Ikut saja tatacara yang telah ditetapkan ini..Buat guru aku dan ahli keluarganya aku doakan kalian bersabar dengan takdir ini. Buat yang telah pergi doa selamat aku kirimkan. Dan pada yang murah rezeki berdoalah moga rezeki itu datang lagi.Amin..

No comments:

Post a Comment