Thursday, 31 January 2013

Audit...

3 hari berkampung di sebuah hotel di shah alam ianya agak memenatkan. Penat memikirkan strategi yang mesti difikir dalam memperbaiki pejalanan sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk menjaga agama Islam. Di sini ahli mesyuarat di soal dengan pelbagai persoalan tentang kelemahan yang berlaku dalam tahun 2012 setelah pasukan audit melancarkan auditnya dalam tempoh kerja setahun itu. Maka banyaklah penemuan kelemahan dalam urus tadbir agama Islam di negeri yang saya cintai ini. Secara peribadi memang aku sukakan program audit ini. Walaupun mungkin ada teguran yang agak pedas untuk didengar atau mungkin juga ada yang pahit untuk ditelan. Bagi aku merasakan ini fitrah dalam kehidupan. Memimjam kata-kata akhir ucapan penggulungan "usaha kita ini adalah jihad" sudah tentu ia memberi aku sedikit kelegaan dalam kerja yang akan aku jalankan. Tahniah juga aku ucapkan pada kawan-kawan yang mendapat pujian kerana kerja keras mereka. Tahniah juga aku ucapkan kepada urusetia kerana berjaya menyediakan lokasi yang agak selesa dan menu makanannya yang menyenangkan semua yang hadir pada kali ini. Apa yang terbayang dalam kotak fikiran aku ialah ini baru audit di dunia pun kita sudah kecut perut, bagaimana pula nanti audit di akhirat. Mungkin kita ada jawapan ketika menjawab perkara yang berbangkit sekarang. Tetapi ingat di akhirat walaupun kita ada jawapan pun, jawapan itu tidak penting lagi kerana ia sangat bergantung kepada audit yang akan dibentangkan oleh Malaikat. Ketika itulah nanti kita akan "ditelanjangkan" segala yang kita buat dalam kehidupan di dunia ini sama ada ia mencapai objektif kualiti yang telah ditetapkan oleh Allah atau tidak. Ketika itulah nanti kebaikan akan dibalas syurga dan keingkaran akan dibalas neraka.  Seperkara yang turut aku fikirkan juga bagaimana audit ruhaniah kita agaknya. Apakah keadaannya adalah lebih baik dari semalam atau sebaliknya. Memikirkan keadaan di Mahsyar aku rasa hati ini agak terusik. Takut apakah nasib aku, isteri, anak-anak, ibubapa, kawan-kawan, adik beradik di sana nanti. Ahhhhhhh!!!! takut sekali.

Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?''

No comments:

Post a Comment