Pagi tadi ketika mendongak ke langit tiada bulan cuma yang ada cahaya bintang yang indah berkerdipan. Kerdipan itu segera memberitahu bahawa bintang itu ciptaan Allah yang kedudukan berjuta batu jauhnya. Namun walaupun berjuta batu jauhnya ia tetap berkerdip untuk memberi sinar keindahan kepada kehidupan yang ada di dunia. Walaupun pagi agak hening tetapi kerdipan bintang itu membuatkan kita mesti bersyukur masih lagi diberi kesempatan oleh Yang Maha Kaya untuk terus hidup menjadi hamba. Kerdipan bintang itu juga segera menanam gerun dalam hati bahawa inilah bintang yang akan berlaga sesama sendiri apabila sampai hari kiamat. Pada hari kiamat semuanya akan lenyap dan akan dibangunkan kita dalam pelbagai keadaan berdasarkan "report card" selama hayat dikandung badan. Takut juga bila memikirkan itu semua.
Ramai di kalangan kita sering mungkin pernah berasa sunyi. Ada yang suka sunyi dan ada juga yang tidak suka untuk sunyi. Namun begitu sunyi yang melanda ada pelbagai punca dan sebab. Menurut kamus dewan sunyi itu bolehlah dimaksudkan sebagai sepi, senyap atau hening sekali. Perasaan sunyi inilah juga boleh mempengaruhi perwatakan seseorang. Kesunyian yang melanda adakala menyebabkan seseorang itu sering berada dalam kemurungan dan mungkin juga kerinduan pada sesuatu. Pasangan kekasih sunyi kerana ditinggalkan kekasihnya. Suami kesunyian pabila isteri buat tidak tahu dengannya. Isteri yang sunyi ialah isteri yang kehilangan kasih sayang dalam hidupnya. Anak yang sunyi keluar mencari kawan yang akan memecahkan kesunyian. Pemimpin akan kesunyian apabila hilang sokongan rakyat padanya. Masjid akan sunyi apabila hilang jemaahnya. Pejabat akan jadi sunyi bila bukan waktu bekerja. Dan pelbagai situasi tentang hibanya sunyi iti. Perkataan sunyi itupun dah mengambarkan bunyi wajahnya. Maka banyaklah pula cara dibuat untuk menghilangkan sunyi itu. Apa pun cara kesunyian itu pasti akan menerjah kita. Lebih takut apabila kesunyian kita di alam kubur nanti. Dengan amalan dan kiriman doa saja akan menentukan sama ada kita sunyi atau tidak di sana nanti. Di sana kita akan hidup seorang berkelana seorang diri. Suasana tanah perkuburan itupun sudah menceritakan kepada kita tentang sunyi. Kesunyian di dunia mungkin dapat kita tangani dengan pelbagai gaya dan ceria. Tetapi apabila kita sunyi di sana hanya Allah tempat kita bergantung harap walaupun mungkin ketika itu kita dilanda kesunyian yang menggerunkan hati apabila kesunyian itu bakal diziarahi oleh 2 malaikat yang datang berdasarkan amalan kita. Oleh itu jadikan kesunyian yang melanda kita di dunia ini untuk kita bersunyi-sunyian beribadat mencari reda Allah. Kerana keredaan Allah saja yang bakal menentukan sunyi kita itu nikmat atau sunyi kita itu azab. Fikir-fikirkan.
Pantun untuk semua:
Ayam kecil terlalak-lalak,
Ayam biring kuning kakinya;
Abang pergi tergelak-gelak,
Adik tinggal sunyi hatinya.
Adik tinggal sunyi hatinya.
( Kenapa kucing ini sunyi..apa agak jawapannya)

No comments:
Post a Comment