Thursday, 28 February 2013

Ulama itu Pewaris Nabi.......

Ini Watak Paling Cool...



Agak lama tidak menulis di blog ini. Kekangan masa dan kerja menjadi aku tertanya apakah yang sebenarnya aku sibuk kan dalam perjalanan harian hidup ini. Pagi tadi menghadiri kelas Tafaqquh bersama Dr.Zulkifli Al-Bakri sangat memberi kesan dalam diri ini. Bukan saja untuk kebaikan kerjaya tetapi lebih penting adalah untuk kehidupan yang penuh ujian ini. Tajuk yang dibincangkan pada hari ini sangat menarik kerana ia berkisarkan soal kenapa umat sekarang lambat berkahwin malah ada juga yang bercita-cita tidak mahu berkahwin. Banyak faktor dalaman dan luaran dalam isu ini. Paling menarik Dr.Zulkifli Al-Bakri merungkai masalah yang timbul dan memberi jawapan Islam yang sangat melegakan. Banyak lontaran pandangan dan cadangan yang dapat dijadikan pedoman yang bagi saya ia sangat menginsaf. Lalu ketika itu saya amat rasa bersyukur walaupun mungkin sebelum ini ada juga gundah gulana yang sering mendatang dalam meniti kehidupan. Terfikir aku betapa kita selalu sombong dan sering tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bahagia itu datang menjengah kita tetapi kita yang selalu mufarakah dengan bahagia itu sendiri. Terkadang akidah kita tergelincir kerana merasa gaji bulanan itulah punca kita bahagia. Kerana ada rumah yang cantik kita anggap kita bahagia walaupun tahu azab panas tinggal di dalam "gua batu". Bahagia itu anugerah Allah. Rasa bahagia ketika derita adalah bahagia. Rasa bahagia tetapi derita adalah derita sebenar. Allah adalah matlamat baru apa pun yang datang kita berdoalah agar sentiasa bersyukur kerana itulah jalan bahagia.

Sunday, 17 February 2013

Berhati-hatilah Hati..

"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)


Selalu kita dengan keluhan ini:

 "aku sakit hatilah"..."ustaz suami saya hatinya kering".."Isteri saya selalu sangat merajuk hati"..." Keras hati betul anak saya ini".."Jangan lah ikutkan hati tu".."Kenapa la dia tidak hati untuk kebaikan itu"..."Saya rasa jauh hati lah"..."Kenapa agaknya dia itu irihati".."Tuan ini ialah soal hati saya"..."Saya rasa makan hati dengan isteri dan anak-anak saya".."sampai hati dia buat saya macam ini".."Saya telah jatuh hati padanya"..

Itu adalah dialog kehidupan. Adakalanya kekayaan, pangkat dan darjat tidak langsung boleh menyenangkan hati. Hati adalah raja dalam kehidupan. Apabila semua perkara sangat mempengaruhi apa yang disebut sebagai "hati" maka ada baiknya kita berhati-hati menjaga hati ini. Ramai yang hidup susah, hidup kecewa, hidup derita, hidup gembira, hidup ceria dan hidup bahagia adalah berdasarkan hati. Apa guna kaya tapi iri hati. Apa guna pandai tapi keras hati. Apa guna berharta tapi hati mati. Cukup senang hati kalau hidup ini senang hati. Jadi berhati-hati kita semua untuk menjaga hati..

  "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan. – Al Hadis


Thursday, 14 February 2013

Ini Jawapan Untuk "Ketuanan Melayu"

 
 
PRU: Bekas pemimpin kesatuan cabar Dr M lawan Anwar
 
Bekas pemimpin kesatuan sekerja hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad, yang didakwanya sering memburuk-burukkan Anwar Ibrahim, untuk bertanding melawan bekas timbalannya itu pada pilihan raya umum akan datang.

"Bagi saya Anwar dizalimi begitu lama, beliau patut dibela. Saya cadang supaya mereka bertanding untuk mengakhiri tindakan atau kezaliman yang dilakukan pada Anwar.

"Mahathir mendakwa beliau banyak berjasa kepada negara termasuk bangsa Melayu. Untuk memastikan sama ada benar beliau seorang yang banyak berjasa kepada rakyat terutama orang Melayu dan negara ini, dan masih mendapat sokongan daripada rakyat, wajarlah Mahathir bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini dengan Anwar.

"Saya yakin rakyat akan menjadi hakim yang adil dalam pertandingan ini," kata bekas presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Nordin Mahmood di sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Nota: Ini jawapan terbaik kepada "peperangan" yang berpanjangan. Jangan heret umat Melayu. Jangan heret mufti, jangan heret Syabas, jangan heret JAIS, jangan heret Kalimah Allah, jangan heret Ibu Tunggal, jangan heret kepala lembu, jangan heret liwat, jangan heret hakim jangan heret saiful...bertempur secara demokrasi dan sebagai anak jantan...

Tuesday, 12 February 2013

LAWAK BODOH GONG XI FA CAI KOT?


Penyanyi Awie ketuai kempen banteras maksiat
·        Bernama
·        6:57PM Feb 12 2013

Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) hari ini mengambil inisiatif menubuhkan pusat media bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala sosial di Pulau Pinang.

Timbalan Presidennya Azhar Othman atau penyanyi dan pelakon terkenal Awie berkata menerusi pusat media berkenaan, pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat.

Katanya maklumat termasuk bukti bergambar mengenai kegiatan tidak sihat itu akan disalur kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga merancang untuk mewujudkan radio Internet tidak lama lagi bertujuan mendidik masyarakat menjadi warga negara yang mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian serta sayang kepada bangsa, agama dan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat media itu di Jalan Terengganu di Georgetown hari ini.

Awie berharap pusat media Pertiga berupaya menjadi medium yang dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya bekerjasama dengan kerajaan bagi mewujudkan persekitaran selamat serta bebas dari gejala negatif itu.

"Setakat ini skuad media kita terdiri daripada 20 orang 'cybertroopers' dan mereka akan mengumpul bahan mengenai kegiatan salah laku masyarakat untuk disiarkan dalam laman web rasmi dan facebook Pertiga," katanya.

Beliau berkata Pertiga memiliki lebih 60,000 ahli di seluruh negara dan pihaknya telah melancarkan skuad media seumpama itu di beberapa negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Perak dan Sarawak.

-
Bernama

Nota: Hahahahahahahahahahahaha...badigol 


Gambar ini didakwa dari Kelab Malam Malai Rock Station Milik Awie..Kahahahaha..
 


Tuesday, 5 February 2013

Manusia seperti Unta?

Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: 
"Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh." (HR Bukhari)

Apabila gendang pilihanraya semakin kuat paluannya maka pelbagai inti berita dan cerita dapat kita dengar. Ada yang pelik dan jelik. Ada yang cerita konspirasi yang basi. Ada juga cerita yang kelakar bodoh. Ada juga cerita yang menyentuh sentimen ummah yang kadang-kadang bagi mereka yang tidak memahami iklim politik maka ia akan diterima sebagai satu ancaman besar. Kenapa semua cerita ini keluar maka tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pilihanraya bagi merebut kuasa. Kuasa mesti direbut kerana jika ia tidak direbut makanya ia akan diambil kesempatan oleh tongut pula. Secara peribadi aku memang meminati subjek ini. Genrenya akan pelik dan bebeza. Kawan boleh menjadi lawan dan begitulah sebaliknya. Malah banyak perkara yang tidak dijangka akan timbul malah kerana politik akhirnya manusia menjadi lebih halus lakonan mereka. Lihat saja gerak geri politikus kini sangat menjadi prihatin dan tutur kata mereka sangat lunak untuk memujuk serta manis sekali dengan pelbagai janji. Apa yang merisaukan ialah ada antara mereka yang berjuang adalah untuk status quo mereka. Perjuangan "perutisme" telah menjadikan politik sebagai sungai untuk menangguk kesenangan hidup. Makanya kerana inilah perjuangan ini berakhir dengan fitnah memfitnah, serang menyerang dan lebih malah berakhir dengan tragedi yang menyedihkan. Persoalannya apakah kita mempunyai pilihan untuk mengelakkan perkara ini? Jawabnya sudah tentu tidak. Kita terpaksa mengambil risiko ini kerana makna terjun juga dalam kancah yang aku kira sangat kuat semangat pesertanya. Kekalutan amat dijangka apabila suhu pilihanraya semakin panas hinggalah pada hari keputusan diumumkan. Memang benar demokrasi yang ada kini bukanlah acuan Islam kerana ia adalah tamadun Athens yang telah dihidupkan semula apabila pengaruh Khalifah Islamiah terhakis dek kesilapan kepimpinan Islam pada satu ketika itu. Tetapi apakah kita ada pilihan lain. Jawabnya sudah tentu kita menjadikan demokrasi alat mencar kegemilangan yang telah lenyap kerana kemungkaran kita sendiri. Seolah-olah maksudnya kita sedang minta sedekah dengan demokrasi itu sendiri. Kalau itu pilihannya yang ada kita gunakan untuk mencapai kegemilangan yang menjadi pahatan sejarah.
Kegusaran hatiku semakin nyata apabila isu politik yang jeritkan berkisar isu agama dan kaum yang kita fahami di Malaysia ia adalah isu sensitif. Soalku sekali lagi apakah kita punyai pilihan untuk menongkah badai ini..Jawabnya badai ini mesti ditongkah dengan bijaksana. Tapi iklim politik yang panas amat merisaukan aku bakal menjadi ribut taufan yang akan membadai semua yang terlibat. Maka aku takut yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Sebab itulah pada pilihanraya ke-12 pada 2008 telah aku nukilkan sebuah khutbah Jumaat cuma malangnya walaupun telah diluluskan malah telahpun dicetak untuk dihantar ke masjid-masjid ia terpaksa ditarik balik. Tidak aku ketahui sebabnya tetapi katanya kerana tajuknya berbunyi "Selamat Mengundi Pilihanraya yang Ke 12". Aku tidak faham apa yang berlaku sebenarnya kerana bagiku khutbah itu tiada yang sensitif tetapi hanya nukilan kreatif ku untuk ummah. Pada tahun itu jugalah Barisan Nasional telah tewas di Selangor dan bermula babak dan watak baru dalam kepimpinan Negeri Selangor. Maka saat itu dan hingga kini Kerajaan Baru ini telah "diaudit" hampir setiap hari oleh musuh politiknya.
Saat mengundi akan tiba tidak lama lagi. Kita sebagai umat Islam mesti memilih pemimpin yang bukan saja bijak berbicara tetapi dia mesti jenis yang bijak dan tahan lasak. Maksudnya seperti unta. Unta adalah binatang tahan lasak. Dia boleh tidak minum berbulan-bulan lamanya. Namun begitu dalam seratus hanya seekor sahaja yang boleh berjalan jauh. Bermakna ramai di kalangan kita yang mahu menjadi pemimpin syaratnya mesti tahan lasak dengan ujian yang mendatang. Bukan saja tahan lasak tetapi boleh menyumbang lebih jauh membawa syiar Islam. Tiada guna berdegar-degar bercakap tentang Islam jika dalam masa yang sama tidak tahu apa itu Islam. Maka jika ini sikapnya maka jangan hairanlah jika ada pemimpin yang gagal menjawab "apa maksud najis Mungallazah" makna itu bukanlah standard pemimpin kita harapkan. Maka Demi Islam lakukan perubahan yang baik. Jangan jadikan hidup kita berada sebaris dengan bawah tapak kaki unta pula. Wallahwa'lam....