Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya:
"Manusia adalah seperti unta, daripada seratus unta hanya seekor sahaja daripadanya yang dapat digunakan dalam perjalanan jauh." (HR Bukhari)
Apabila gendang pilihanraya semakin kuat paluannya maka pelbagai inti berita dan cerita dapat kita dengar. Ada yang pelik dan jelik. Ada yang cerita konspirasi yang basi. Ada juga cerita yang kelakar bodoh. Ada juga cerita yang menyentuh sentimen ummah yang kadang-kadang bagi mereka yang tidak memahami iklim politik maka ia akan diterima sebagai satu ancaman besar. Kenapa semua cerita ini keluar maka tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pilihanraya bagi merebut kuasa. Kuasa mesti direbut kerana jika ia tidak direbut makanya ia akan diambil kesempatan oleh tongut pula. Secara peribadi aku memang meminati subjek ini. Genrenya akan pelik dan bebeza. Kawan boleh menjadi lawan dan begitulah sebaliknya. Malah banyak perkara yang tidak dijangka akan timbul malah kerana politik akhirnya manusia menjadi lebih halus lakonan mereka. Lihat saja gerak geri politikus kini sangat menjadi prihatin dan tutur kata mereka sangat lunak untuk memujuk serta manis sekali dengan pelbagai janji. Apa yang merisaukan ialah ada antara mereka yang berjuang adalah untuk status quo mereka. Perjuangan "perutisme" telah menjadikan politik sebagai sungai untuk menangguk kesenangan hidup. Makanya kerana inilah perjuangan ini berakhir dengan fitnah memfitnah, serang menyerang dan lebih malah berakhir dengan tragedi yang menyedihkan. Persoalannya apakah kita mempunyai pilihan untuk mengelakkan perkara ini? Jawabnya sudah tentu tidak. Kita terpaksa mengambil risiko ini kerana makna terjun juga dalam kancah yang aku kira sangat kuat semangat pesertanya. Kekalutan amat dijangka apabila suhu pilihanraya semakin panas hinggalah pada hari keputusan diumumkan. Memang benar demokrasi yang ada kini bukanlah acuan Islam kerana ia adalah tamadun Athens yang telah dihidupkan semula apabila pengaruh Khalifah Islamiah terhakis dek kesilapan kepimpinan Islam pada satu ketika itu. Tetapi apakah kita ada pilihan lain. Jawabnya sudah tentu kita menjadikan demokrasi alat mencar kegemilangan yang telah lenyap kerana kemungkaran kita sendiri. Seolah-olah maksudnya kita sedang minta sedekah dengan demokrasi itu sendiri. Kalau itu pilihannya yang ada kita gunakan untuk mencapai kegemilangan yang menjadi pahatan sejarah.
Kegusaran hatiku semakin nyata apabila isu politik yang jeritkan berkisar isu agama dan kaum yang kita fahami di Malaysia ia adalah isu sensitif. Soalku sekali lagi apakah kita punyai pilihan untuk menongkah badai ini..Jawabnya badai ini mesti ditongkah dengan bijaksana. Tapi iklim politik yang panas amat merisaukan aku bakal menjadi ribut taufan yang akan membadai semua yang terlibat. Maka aku takut yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Sebab itulah pada pilihanraya ke-12 pada 2008 telah aku nukilkan sebuah khutbah Jumaat cuma malangnya walaupun telah diluluskan malah telahpun dicetak untuk dihantar ke masjid-masjid ia terpaksa ditarik balik. Tidak aku ketahui sebabnya tetapi katanya kerana tajuknya berbunyi "Selamat Mengundi Pilihanraya yang Ke 12". Aku tidak faham apa yang berlaku sebenarnya kerana bagiku khutbah itu tiada yang sensitif tetapi hanya nukilan kreatif ku untuk ummah. Pada tahun itu jugalah Barisan Nasional telah tewas di Selangor dan bermula babak dan watak baru dalam kepimpinan Negeri Selangor. Maka saat itu dan hingga kini Kerajaan Baru ini telah "diaudit" hampir setiap hari oleh musuh politiknya.
Saat mengundi akan tiba tidak lama lagi. Kita sebagai umat Islam mesti memilih pemimpin yang bukan saja bijak berbicara tetapi dia mesti jenis yang bijak dan tahan lasak. Maksudnya seperti unta. Unta adalah binatang tahan lasak. Dia boleh tidak minum berbulan-bulan lamanya. Namun begitu dalam seratus hanya seekor sahaja yang boleh berjalan jauh. Bermakna ramai di kalangan kita yang mahu menjadi pemimpin syaratnya mesti tahan lasak dengan ujian yang mendatang. Bukan saja tahan lasak tetapi boleh menyumbang lebih jauh membawa syiar Islam. Tiada guna berdegar-degar bercakap tentang Islam jika dalam masa yang sama tidak tahu apa itu Islam. Maka jika ini sikapnya maka jangan hairanlah jika ada pemimpin yang gagal menjawab "apa maksud najis Mungallazah" makna itu bukanlah standard pemimpin kita harapkan. Maka Demi Islam lakukan perubahan yang baik. Jangan jadikan hidup kita berada sebaris dengan bawah tapak kaki unta pula. Wallahwa'lam....

No comments:
Post a Comment