Ini Watak Paling Cool...
Agak lama tidak menulis di blog ini. Kekangan masa dan kerja menjadi aku tertanya apakah yang sebenarnya aku sibuk kan dalam perjalanan harian hidup ini. Pagi tadi menghadiri kelas Tafaqquh bersama Dr.Zulkifli Al-Bakri sangat memberi kesan dalam diri ini. Bukan saja untuk kebaikan kerjaya tetapi lebih penting adalah untuk kehidupan yang penuh ujian ini. Tajuk yang dibincangkan pada hari ini sangat menarik kerana ia berkisarkan soal kenapa umat sekarang lambat berkahwin malah ada juga yang bercita-cita tidak mahu berkahwin. Banyak faktor dalaman dan luaran dalam isu ini. Paling menarik Dr.Zulkifli Al-Bakri merungkai masalah yang timbul dan memberi jawapan Islam yang sangat melegakan. Banyak lontaran pandangan dan cadangan yang dapat dijadikan pedoman yang bagi saya ia sangat menginsaf. Lalu ketika itu saya amat rasa bersyukur walaupun mungkin sebelum ini ada juga gundah gulana yang sering mendatang dalam meniti kehidupan. Terfikir aku betapa kita selalu sombong dan sering tidak bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Bahagia itu datang menjengah kita tetapi kita yang selalu mufarakah dengan bahagia itu sendiri. Terkadang akidah kita tergelincir kerana merasa gaji bulanan itulah punca kita bahagia. Kerana ada rumah yang cantik kita anggap kita bahagia walaupun tahu azab panas tinggal di dalam "gua batu". Bahagia itu anugerah Allah. Rasa bahagia ketika derita adalah bahagia. Rasa bahagia tetapi derita adalah derita sebenar. Allah adalah matlamat baru apa pun yang datang kita berdoalah agar sentiasa bersyukur kerana itulah jalan bahagia.

No comments:
Post a Comment