Secara peribadi aku begitu teruja untuk mengundi kali ini. Ini adalah pengundian kali ke 3 bagi diriku. Pada pilihanraya ke 13 kali ini seperti biasa aku akan mengundi DUN Permatang dan Parlimen Tanjung Karang. Secara peribadi juga aku berharap Kerajaan Negeri Selangor yang ada diharapkan akan mendapat mandat baru. Aku sangat berharap begitu. 5 tahun berkhidmat di bawah kerajaan baru selepas pilihanraya 2008 telah memberi ruang dan peluang untuk "nafas baru". Nafas ini walaupun ada ketikanya aku lihat terdapat kelemahannya namun kelemahan itu segera diperbaiki dan dibetulkan.
Dalam pertempuran saat akhir ini aku juga berharap tiada kekecohan yang berlaku antara yang bertanding. Telah aku katakan sebelum ini budaya "barbarian" dalam perjuangan politik mesti kita elakkan. Iklim politik sekarang agak panas menggelegak rasanya. Menonton TV dapat aku rasakan betapa gelisahnya kerajaan yang ada sekarang. Malah adakalanya aku lihat walaupun sedang dipukul gelora UBAH kerajaan sementara sekarang masih dilihat agak angkuh dengan jasa-jasa lalu mereka. Tidak mengapa ini adalah proses politik sihat. Kita mesti matang untuk berpolitik. Politik kita mesti berdiri dengan debat dan hujah. Bukan rembat dan lucah. Debaran pilihanraya kali ini lebih kencang kerana jika dilihat pada mata rambang makanya kita bakal mendapat kerajaan baru. Kita nantikan bersama debaran 5 Mei. Sebagai pemilih ayuh turunkan mengundi. Apa yang ingin dipesankan pilihlah pemimpin yang baik dan adil. Memang undi itu rahsia. Tetapi dengan Allah ianya tiada rahsia. Ingat undi anda akan disoal oleh Allah.
No comments:
Post a Comment