Monday, 6 May 2013

PRU13 yang memilukan..

Sepanjang hari Isnin 6/5/2013 aku hanya duduk di rumah. Maklumlah hati dirundung kesedihan. Sepanjang malam hingga ke pagi berjaga menanti keputusan PRU 13 yang pada mula memberi tanda-tanda perubahan kepimpinan namun akhirnya masih kekal ditampuk. Walaupun hati kecewa dan berat hati namun keputusan ini aku terima dalam tidak terima. Bagi aku pasti ada hikmah takdir ini. Pasti ada perancangan istimewa Allah untuk para pejuang Islamnya. Banyak keputusan PRU13 yang mengejutkan. Namun kadang-kadang ada juga yang membuatkan aku terkujat. Apa pun yang agak meredakan hati apabila di Selangor suasananya agak semakin menyakinkan. Aku cukup tidak setuju jika PRU13 ini dikaitkan dengan tsunami politik kaum Cina. Ini tidak benar dan sesiapa yang mengeluarkan kenyataan itu adalah sangat berniat jahat dan dengki. Walupun benar polarisasi kerusi parlimen pembangkang dijuarai oleh orang Cina tetapi kekalahan Calon Melayu dan bekas MB di Gelang patah dan Bukit Katil adalah terjemahan bahawa ia bukan tsunami kaum Cina tetapi ia merupakan kebangkitan rakyat Malaysia yang mahukan perubahan. Aku sangat berharap peluang yang diberi mandat di Selangor ini dapat diambil kesempatan dalam memperkukuhkan lagi agenda Islam untuk membentuk masyarakat  yang madani. Sepanjang pagi isnin aku termenung memikirkan kekalahan dalam kemenangan ini. Sepanjang hari itu juga aku hanya tidur dan tidur..Penat berfikir. Aku berdoa pada Allah moga kebenaran akan ditunjukkan. Kebenaran itu tidak akan dapat disorok. Cuma masa yang akan menentukan semua itu. Hatiku pilu melihat gelagat anak muda dan tua dalam berkempen saban siang dan malam dalam usaha meruntuhkan hegemoni pemerintah yang agak ego.  Cuma kali ini kemenangan yang tidak berpihak ini diharap tidak meruntuhkan semangat untuk mencari perubahan bagi menuntut kebenaran dan keadilan dalam kehidupan. Tahniah pada yang menang. Manakala yang kalah mesti mencari punca kekalahan itu. Bila hati pilu ini akan reda aku pun tidak tahu...Ayuh bertaubat aku rasa mungkin ada dosa yang menghalang kemenangan kali ini..

No comments:

Post a Comment