Baru beberapa hari keputusan pilihanraya diumumkan seperti yang dijangka harga barang terus meningkat secara mendadak. Ketika singgah membeli ubat di sebuah farmasi tauke kedai memaklumkan bahawa harga ubat akan naik minggu depan. Di kedai-kedai rucit yang biasa aku berurusan nampaknya mereka tidak menunggu lama untuk menaikkan harga barang. Alasan mereka ialah mereka dapat bekalan dari harga yang mahal. Perkara ini seperti yang aku jangkakan.
Kesedihan tidak mencapai cita untuk membuat perubahan pada PRU13 ini masih mengganggu jiwa raga ini tapi kehadirin program 505 malam lepas di Kelana Jaya sangat melegakan. Aku melihat sendiri keputusan pilihanraya bukan "tsunami cina" tetapi ia adalah kebangkitan rakyat yang sedang mencari keadilan dalam hidup.......
Aku terfikir patutlah umat Melayu ini sangat mudah dijajah. Selepas Portugis kemudiannya Belanda dan Inggeris. Kemudian selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 maka secara rasmi tanah Melayu telah diletak di bawah jajahan Inggeris. Ketika inilah harta Tanah Melayu dirompak hasil masyulnya. Dirompak secara terang-terangan. Siapa yang menentang maka akan dituduh melawan kerajaan. Malah ada juga yang dituduh melawan raja. Malah ada juga yang dituduh tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Juga dituduh juga tidak bersyukur dengan kemajuan yang telah dibuat oleh penjajah. Malah Tok Janggut terbunuh kerana dituduh derhaka dengan Sultan Kelantan. Kemudian Jepun pula datang menjajah pada 1941.

Apa yang menyedihkan garis pemikiran ini tidak tinggal dalam sejarah. Tetapi ia terus melingkar dalam abad milineum ini. Lihat saja apa alasan para penyokong UMNO. Walaupun sudah melihat pengkhianatan terhadap amanah untuk memimpin itu secara terang lagi bersuluh namun alasan Ketuanan Melayu telah dijadikan alasan yang cukup terkesan dalam menjajah pemikiran orang Melayu. Aku bercakap ini bukan emosi kerana gagal menawan Putrajaya tetapi telah lama aku perhatikan. Ini bukan fitnah tetapi fakta. Hanya orang yang tolol sejarah saja yang dapat menafikan apa yang aku katakan ini. Betapa dasar "pecah perintah" terus terpaku bersama detikan masa yang terus berlalu. Aku Sayangkan negeri bertuah ini. Tiada apa alasan pun yang mewajarkan negeri ini terus terjajah. Lebih malang penjajahan pemikiran itu terus melilit kukuh yang menyebabkan umat Melayu terus dirundung malang dalam nasibnya. Marilah kita membentuk pemikiran yang kritikal dan analitikal kerana semua itu akan menjadikan kita sentiasa mencari kebenaran dan keadilan dalam menuntut hak yang telah dinafikan sepanjang memori kita sebagai warga di Tanah Bertuah ini. Semoga kita yang pandai akan menjadi pandai. Yang bijak akan melaksanakan kebijakannya dan yang bodoh mesti sedar dirinya bodoh serta berusahalah membasmi kebodohan yang semakin melarat ini. Harapan aku dalam dunia yang semakin kuat mengejar kita semestinya kita sebagai umat Islam yang terbaik dalam semua tindakan kita. Gunakan sumber Al-Quran dan Sunnah untuk berhujah dan jangan jadi burung kakak tua yang bercakap. Bercakaplah benar walau ianya pahit..Wallahuwa'lam..

No comments:
Post a Comment