Monday, 31 December 2012

Menanti Berita baik Demi Islam 2013 ini..

Tranformasi Demi Islam

Apakah ini akan terjadi?

Harap sahabatku Khairul Hazri akan ada berita 2013 ini bukan lagi tahun putus cinta...

2013 ini wajah-wajah ini akan mengikut Sunnah Rasullullah ( Nikah la tu)


Saturday, 29 December 2012

2012 Pergi Tak Kembali..

Begitu pantas masa berlalu. Dirasakan baru semalam kita menghirup udara 2012 tetiba saja rupanya ia akan meninggalkan kita. Malu juga rasanya bila difikirkan banyak perancangan tahun 2012 masih tinggal perancangan. Ada yang bertanya apakah hukum menyambut tahun masihi. Seperti yang kita tahu ia adalah sekadar uruf sahaja. Jika ia diterima sebagai uruf maka makna tidak salah menjadikannya kalendar asalkan ia bukan bermaksud sebagai kaitan dengan agama. Malah sambutan tahun baru digalakkan asalkan ia ia diisi dengan program zikir dan fikir. Ini adalah pendapat ulama. Kembali kepada kedatangan tahun baru kali ini maka terfikirlah kita betapa masa setahun telahpun meninggalkan kita. Ada yang berkata masa itu emas. Ada yang kata juga masa itu umpama pedang. Malah yang selalu kita kata masa selalu mencemburui kita. Tetapi Al-Quran berkata "Demi masa manusia itu dalam kerugian". Sungguh rugi rasanya dalam masa setahun ini tiada apa yang berubah dalam hidup kita. Lebih malang apabila yang berubah hanya keboroian dan obesti di kalangan kita. Apabila tahun berlalu bermakna juga umur kita akan bertambah. Maka yang mesti kita tanya apakah maksud hidup kita? Cukupkah hidup kita keluar pagi balik malam mencari rezeki? Apakah hidup kita hanya sekadar berkahwin dan beranak pinak? Atau cukupkah hidup kita sambung belajar kemudian mendapat jawatan dan kemudian berangan akan mendapat pangkat dan harta yang banyak untuk meningkatkan darjat? atau cukupkah kita meraikan penilaian prestasi dan menikmati bonus tahunan yang majikan kita berikan. Apakah hanya faktor kebendaan menjadi kayu ukur muhasabah tahun baru kita pada kali ini. Kalau itulah yang kita fikir untuk mengisi masa kita yang berlalu itu maka malanglah kita. Rugilah kita..malah hampehlah hidup kita jawabnya. Jika itulah maksud hidup kita maka tidak hairanlah malam tahun baru akan dicemari dengan seribu satu maksiat. Ramai yang gagal menjadi manusia tetapi ramai yang jadi syaitan yang bertopengkan manusia. 2012 yang berlalu mestilah diinsafi kerana walau apa cara yang kita lakukan ia tidak akan kembali lagi. Masa yang berlalu maka bermakna akan sampai nanti giliran kita untuk dijemput oleh malaikat maut. Jika masa hidup kita siakan  hanya dengan mengejar keindahan dunia yang banyak yang palsu percayalah kita akan menjadi orang-orang yang rugi. Siapa dia orang yang tidak rugi? Iaitu " yang berpesan pada kebenaran dan yang berpesan pada kesabaran". Inilah maksud hidup sebenar kita. Hidup mesti mencari kebenaran dan mencari kebenaran memang bersalut dengan kesabaran. 2012 banyak mengoncang perasaan umat Islam dalam menentukan halatujunya. Dari penghinaan kepada Rasulnya hinggalah kejahilan memahami aspirasinya. Gagal membawa cahaya Islam bermaksud kita gagal membawa kebenaran dalam hidup kita. Pesan aku kepada pejuang Islam. Kita yang berjuang ini sangat memerlukan kesabaran. Kebenaran itu tetap akan datang tetapi kebenaran itu adakalanya terhalang kerana sikap kita sendiri. Islam itu cahaya. Cahaya yang menerangai kehidupan di dunia. Dari 7 petala bumi hinggalah 7 petala langit begitulah hebat cahaya Islam itu. Tetapi jika cahaya itu terpantul pada cermin yang berhabuk, cahayanya pasti akan tidak terpantul. Umat Islam itu umpama cermin itu. Jika cermin itu bersih maka bersinarlah cahaya Islam. Jika berkabut maka kelamlah cahaya itu. 2013 wajar kita jadikan Islam cara hidup kita secara total. Mestilah kita berazam dan berdoa Islam yang kita cintai menjadi rujukan dalam membentuk masyarakat kita. Kita harap bukan Astro yang mencorakkan sikap kita. Bukan facebook yang membentuk ukhwah kita. Bukan juga "money drop" yang mengkhayalkan dunia kebendaan kita. Katakan tidak juga kepada pelbagai senjata zionis yang cukup menggoda kita untuk bertahujjud malam menyaksikan setan merah beraksi hanya kerana mengejar sebiji bola hingga subuh kita pun terabai. Marilah kita berazam moga-moga kita menjadi orang berjaya di dunia apatah lagi di akhirat  pada masa akan datang. Moga-moga Allah pelihara kita agar menjadi hamba yang bersyukur dan hamba yang tahu menghargai masa agar tiba masanya kita memaku Iman dengan Islam yang kita dikurniakan ini. Tiba masanya kita berdakwah membawa Islam dalam neraca hidup kita. Dakwah itu bukan sekadar berceramah. Dakwah itu besar ruangnya. Cara bercakap itu dakwah. Kahwin juga menjadi dakwah. Cara bekerja juga adalah dakwah. Makanya dakwah adalah maksud sebenar hidup kita semua. mendidik anak juga dakwah. Bertegur sapa dengan rakan yang bermasam muka dengan kita itu juga dakwah. 2012 telah pergi kini kita sedang menunggu 2013. Atur langkah dan semat jiwa raga ayuh kita warnai 2013 dengan kenangan bahawa kita adalah Pejuang Islam Sejati.. Allahuakbar!!!!!
                               (Ini adalah contoh Pejuang Paling Cool,  berjuang sampai mati
Dia Pergi Tidak Kembali)

Wednesday, 26 December 2012

Anak Derhaka..

Menonton telemovie di asto oasis bertajuk "Ayah" sangat menyentuh hati. Secara ringkas ceritanya itu nasib seorang ayah yang sayangkan anak-anaknya tetapi dia tidak disayangi. Anak yang ditatang seperti minyak yang penuh ketika kecil akhirnya menjadikan ayah mangsa ketika dewasanya. Secara peribadi memang pernah aku lihat perkara semacam itu maka dengan kesedaran itu aku tulis sebuah Khutbah " Kenapa Anak Jadi Derhaka". Alhamdulillah khutbah itu telah diterbitkan oleh JAIS dan dibaca pada Jumaat 16 Mac 2012. Hayati khutbah tersebut walaupun telah "diedit" tetapi aspirasinya tetap sama. Kisah Tanggang moden seringkali berlaku. Tetapi kederhakaan kepada ibubapa biasanya akan mentakdirkan seseorang itu bakal hidup merempat. Ini adalah fakta. Jika anda rajin melawat ke rumah orang tua anda akan mendapat jawapan semua ini. Kepada anak-anak jangan jadikan hidup anda celaka kerana Nabi pernah bersabda celakalah orang yang menjadikan sebab ibubapanya itu dia masuk neraka. Ramai di kalangan kita sebenarnya telah derhaka. Kerana derhaka bukanlah saja melawan ibubapa tetapi cukup mengguris perasan itupun telah derhaka. Kadangkala kita sering tidak menghargai ibubapa hinggalah semuanya lesap tiada barulah rasa beruntungnya ada ibubapa. Kerana kehilangannya tiada berganti lagi. Bagi yang ada ibu dan bapa hargailah mereka. Balik la kampung menjenguk mereka dan telefonlah mereka. Cari masa untuk bersama mereka. Kesibukan bukan alasan kerana alasan itu akan mejamah jiwa rindu kita bila mereka tiada. Sedang kita bergelak ketawa dan makan hidangan menyelera jangan lupa ingat apa agaknya yang di makan oleh ibu atau ayah kita. Pesan akhir tanyalah diri "Apakah aku ini anak derhaka?"...
cool untuk anda

Sunday, 23 December 2012

Keluh dan Kesah...Manusia Kenapa?

Hati manusia selalu saja rasa resah memikirkan masa depan hidup. Pelbagai perkara difikir hingga ada yang sakit kepala yang membawa pelbagai pula penyakit. Darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung semuanya ada kaitan dengan tekanan kerana asyik berfikir. Macam-macam difikirkan. Ada yang tidak boleh tidur malam kerana keresahan ini.Yang belum berkahwin terfikir bilakah agaknya akan berkahwin. Yang sudah berkahwin mahu kahwin lagi terfikir betulkah jalan yang dipilih kali ini. Yang menjanda atau balu terfikir sampai bila kesunyian ini dapat dipecahkan heningnya(nak kahwin la tu). Yang belum beranak terfikir bilakah akan mempunyai anak. Yang belum berumah terfikir mahu berumah. Yang sudah mempunyai anak seringkali hati berkata apa akan jadi jika Allah menjemput dalam keadaan anak-anak tengah membesar. Apa itu? itulah keluh kesah manusia yang lemah. Tidak patutkah kita berfikir seperti itu. Tidak, kerana itu tandanya manusia bersifat lemah. Manusia yang lemah ini mestilah berharap kepada Allah. Hanya Allah yang dapat meleraikan semua yang kita fikirkan itu. Tidak kira apa masalah kita mesti kembali mencari Maha Pencipta. Hanya Dia yang akan memahami kita. Manusia tidak akan faham kenapa dia diciptakan. Hanya Allah yang tahu kenapa. Sebab itu diberi Al-Quran untuk mencari jawapan. Keluh dan resah hanya akan hilang bila cukup Allah untuk kita. Mengadulah pada Allah jika kita bermasalah. Mengemislah kasih Allah kerana itulah makna seorang hamba. Hati akan tenang jiwa akan terang dengan cahaya hidayah. Pasti ketika itu tiada lagi keluh dan kesah tetapi yang muncul jiwa hamba yang redha dengan segalanya. Ianya sangat bahagia..

Berharaplah Hanya Allah Yang Membela Kita...

Pada khairul hazri, taufik jarmin, zulfadli dan kawan-kawan lain naikkan kemarahan anda. Kerana tempat anda bershoppping nampaknya akan bermasalah dan terus bungkus..hahahahahaha

Friday, 21 December 2012

Cacatan dari Bejing Kota Kapitalis Komunis...


 ( Jejaka Cool bersama Pakcik namanya Abdula )

Agak lama untuk mencari idea apakah yang patut ditulis tentang perjalanan ke Bejing pada awal tahun ini. Perjalanan yang sejauh 6jam ini dengan khidmat tambang murah Air Asia akhir berjaya juga aku menjejaki negara tembok besar ini. Cuaca ketika sampai di sana baru sahaja habis musim sejuk dan ketika itu masuk musim panas.Panas di sana panas tetapi tidaklah panas di Malaysia. Walaupun hanya beberapa hari berada di sini ia banyak memberi pengajaran kepada aku sebagai seorang Islam. Berkesempatan solat di beberapa buah masjid menjadikan aku terharu dan sedih dengan apa yang berlaku. Di sini untuk bersolat jemaah di masjid hanya dibenarkan pada hari Jumaat. Sebelum ini pernah juga aku mendengar cerita ini dari kenalan yang warga China yang tinggal di Xinjiang. Kesempatan bersolat Jumaat nampaknya diambil peluang semaksimum mungkin oleh warganya. Ramai yang tidak berkocoh-kocoh keluar dari masjid selesai solat tidak seperti yang berlaku di negara kita. Siksanya hendak beribadat di sini. Termenung aku nikmat beribadat di Malaysia yang penuh dengan pelbagai kemudahan disediakan tetapi masih diragui jumlah jemaahnya..Takut juga kalau nikmat ini ditarik oleh Allah.
Kemajuan materialistik di sini agak hebat juga. Bangunan pencakar langitnya banyak sekali jika dibandingkan Bejing dengan Kuala Lumpur ia sepuluh ganda hebatnya. Tiada remaja yang lepak dan hanya kita akan bertembung dengan warganya yang berpusu-pusu pergi kerja. Minyak di sini agak mahal tetapi harga keretanya agak murah. Malah jika mahu melihat kereta yang belum sampai ke Malaysia datanglah ke Beijing. Tiada kereta sekecil kancil atau viva. Semuanya jenama kereta yang mahsyur seluruh dunia. Maka tidak hairanlah jikalau China kini dilihat sebagai gergasi ekonomi dunia. Pada zahirnya memang nampak pembangunannya sangat hebat tetapi kerana baju kehidupannya adalah komunis maka banyak restoren di sini menunya adalah sama saja. Bangunan restorannya hebat tapi menunya "hanya untuk makan" saje. Walau di restorannya ada tulis makanan Islam tetapi hampir 4 hari di sana aku tidak lalu makan. Kenapa? hanya Allah saja yang tahu..Teringat nikmatnya makan di Malaysia walaupun mungkin menunya hanya biasa-biasa saja.
Menurut pemandu pelancong yang fasih berbahasa Indonesia kenapa banyak istana maharaja china dibuat sangat hebat adalah untuk menunjukkan betapa hebat Maharaja disisi rakyat. Melihat bilik gundik maharaja pun ia telah menunjukkan betapa hebatnya Maharaja China. Gundiknya saja ada 1000 orang yang hairannya menurut penerangan pemandu pelancong Maharaja sukar untuk mendapat anak. Di sini aku melihat hebatnya Islam. Nabi Muhammad SAW tidak perlu kepada istana yang besar malah keadilan dan kebajikan umat adalah sangat penting bagi Nabi. Walupun tanpa istana dan tembok besar Tamadun Islam yang menjadikan Muhammad SAW sebagai rujukan sehingga kini masih hidup tetapi persoalannya di mana keagungan Maharaja China?. China kini sedang berhadapan dengan gelombang kapitalis yang hebat cumanya ia cuba dikawal dengan fahaman komunis Mao Zi Thong. Ia tetap menimbulkan ketidakadilan sosial yang sangat hebat. Apalah guna bangunan pencakar langit yang hebat tetapi ada warga yang masih hidup melarat. Satu lagi masalah di Beijing ialah disini warga niganya banyak menipu para pelancong secara sistematik. Banyak barangan yang dijual sengaja diletakkan harga yang tinggi dan dinyanyikan dengan kata-kata yang memukau psikologi. Jika tidak berhati-hati bersedialah untuk "disembelih" dan di antara kami ramai yang telah "terkorban" dan "merintih" kerana telah dipedaya..Kesimpulannya lawatan kali ini ialah Beijing aku gelar Kota Kapitalis Komunis.

Mamat ini waras atau tidak?

Sunday, 16 December 2012

Apakah Tragedi 1511 akan berulang.....

Shah Rukh Khan Kagum Dengan Falsafah Tun Mahathir- Star online
Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri memotong kek sempena dengan majlis sambutan 'belated birthday' beliau. Foto IZZRAFIQ ALIAS

PETALING JAYA: Aktor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan mengakui dia kagum dengan cara dan falsafah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan negara.Shah Rukh Khan berkata, dia sering mengikuti falsafah Mahathir yang memandang sesuatu perkara 'di luar kotak' dalam setiap keputusan atau perancangan yang dilakukan."Saya mula mengenalinya sejak 15 hingga 20 tahun yang lalu."Sejak mengenali Mahathir hidup saya lebih bermakna kerana beliau umpama mentor dan inspirasi buat diri sendiri.
Shah Rukh Khan kagum dengan cara Tun Mahathir berfalsafah.
"Falsafah yang dimiliki oleh beliau (Mahathir) amatlah luar biasa dan saya sering cuba mengikut cara dia berfikir dalam melakukan sesuatu perkara," katanya kepada mStar Online. Shah Rukh ditemui selepas meraikan ulang tahun Mahathir ke-87 yang dianjurkan jenama sut lelaki, Lord's Tailor di Hotel Le Meridien, dekat sini pada malam Jumaat. Aktor yang merupakan tetamu khas pada majlis tersebut turut menghadiahkan lagu ulang tahun 'belated birthday' dan Kuch Kuch Hota Hai kepada Mahathir yang ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Tun Mahathir dan isteri dihiburkan dengan nyanyian Shah Rukh Khan yang mendendangkan lagu 'Kuch Kuch Hota Hai'.
Pada majlis tersebut, Shah Rukh berkata, bapa pembangunan negara itu merupakan sahabat karibnya dan dia akan memastikan untuk berjumpa dengan beliau beberapa kali dalam setahun.
Sementara itu, Mahathir yang menyambut hari lahirnya pada 10 Julai lalu berkata, dia gembira apabila aktor tersebut sanggup menghadiri majlis tersebut.
"Terima kasih Shah Rukh kerana sanggup terbang dari London, England untuk bersama dengan saya.
"Kalau nak tahu rahsia untuk kekal awet muda, kita kena sambut hari lahir dua kali setahun macam saya. Baru dapat hadiah banyak," selorohnya ketika memberikan ucapan.
Seramai 200 tetamu daripada kalangan orang kenamaan dan selebriti diundang ke majlis sambutan tersebut. Antara selebriti yang hadir ialah Umie Aida dan suami Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, Esma Daniel dan isteri, Eja dan suami, Sofea Jane dan Fizz Fairuz.

Nota : Apakah benar sebenarnya Tun Mahathir adalah seorang berketurunan india bukan Melayu..jika setiap pemimpin ditulis biografinya... kenapa Tun Mahathir tidak kita ketahui asal usulnya..sebenarnya tidak kisahlah dia keturunan apa..cuma diharap kita jujur siapa diri kita..

( Wajah ini sedang menggegar dunia politik Malaysia)

Friday, 14 December 2012

Siapa sebenarnya jejaka cool ini..

Siapa jejaka cool ini..kenapa dia ditemuramah oleh wartawan...apakah dia calon pilinharaya..atau apakah dia bakal Menteri Kementerian Lelaki yang pertama yang akan membela nasib lelaki yang teraniaya...tunggu kedatangan Pilihanraya ke-13...dan nantikan kejutannya..hahahahahaha...

Thursday, 13 December 2012

Yang Maha Sempurna...

Kita selalu merasakan diri kita ini tidak bernasib baik. Seringkali dan acapkali juga kita terfikir kenapa dan mengapa kita tidak seperti dengan apa yang kita inginkan. Kita sering menyoal kenapa orang lain pandai..mengapa kita tidak sepandai mereka..Kenapa kita tidak kaya, sekaya mereka. Kenapa orang lain ada rumah besar tetapi tidak kita. Mengapa dan kenapa kita sering merasa orang lain lebih bahagia dari kita. Kenapa orang lain ada semuanya, tidak kita yang serba kekurangan. Kenapa dan mengapa agaknya hidup aku begini. Itulah keluhan harian kita setiap hari. Sering saja kita menilai nasib diri berdasarkan nasib orang lain. Apakah benar atau wajar semua persoalan tersebut kita fikirkan. Seringkali kita sama ada sedar atau tidak akan terfikir juga perkara ini. Seperkara yang mesti kita insafi ialah tiada siapa yang sempurna di dunia yang fana ini. Hakikatnya kesempurnaan hanya pada Allah Tuhan Maha Sempurna. Sebab itu kita tidak akan sempurna tetapi kita masih boleh menjejaki dan menuju jalan yang telah diberikan oleh Maha Sempurna. Mentaati perintah dan suruhan Maha Sempurna saja akan menjadikan kita bahagia dan tenang jiwa. Jika jiwa tenang dan rasa bahagia pangkat, darjat, harta benda dan hawa tiadalah penting lagi. Cukup Allah baginya..Cukup Islam agamanya..Cukup Nabi Muhammad SAW kekasihnya..Cukup lah jalan berjuang kerana Islam itu adalah perjuangan menuju kepada Yang Maha Sempurna. Apalah guna sempurna dipandang mata manusia tetapi celaka disisi Allah yang Maha Sempurna..Apalah guna mata benda yang nampak gaya seperti ikon kesempurnaan yang mana akhirnya ia menjadi beban dunia akhirat. Nabi Muhammad SAW adalah insan kamil..bukan berbangga kerana harta dan pangkatnya tetapi kerana Baginda adalah makhluk yang paling berkorban menuju ke jalan keimanan Yang Maha Sempurna. Apa yang penting jadilah kita manusia yang mesti bersyukur kerana syukur itu jalan yang sangat disukai oleh Allah Yang Maha Sempurna. Mungkin kita makhluk yang tidak sempurna tetapi kita berhak untuk percaya dan beriman mencari betapa kasihnya Yang Maha Sempurna kepada kita..fikir dan zikir lah.....

Demam Pilihanraya hahahahaha...


Thursday, 6 December 2012

Nilai Kenyataan ini Dalam-Dalam..dan fikirkan..apa pendapat anda?

Adakah Pulau Pinang menuju ke arah Islamisasi?- Malaysiakini
 
Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mempersoalkan sama ada kerajaan negeri kini menuju ke arah Islamisasi dengan membangkitkan bahawa peruntukan bagi hal ehwal agama Islam meningkat 300 peratus tetapi tidak banyak diberikan kepada Dewan Perbandaran Cina Pulau Pinang.
"Ketua Menteri Lim Guan Eng selalu mengusik pemimpin sebelumnya Koh Tsu Koon takut kepada Umno tetapi semasa pentadbiran (Koh), tidak ada begitu banyak peruntukan untuk majlis agama Islam,| katanya seperti dipetik dalam akhbar berbahasa Cina.

"Lim lebih takut kepada PAS. Mereka hanya menang satu kerusi di Pulau Pinang, kenapa mereka perlu takut (kepada PAS) seperti ini?," katanya dalam satu majlis makan malam anjuran MCA di Bagan – kawasan parlimen yang diwakili Lim – pada Isnin lalu.

Kenyataan berkenaa, seperti disiarkan di akhbar semalam, tidak dipersetujui Lim yang berkata "Ini adalah satu sentimen rasis yang sangat jahat kerana ia memberi gambaran bahawa hak orang bukan Melayu atau bukan Islam dipinggirkan".

Lim berkata kenyataan daripada pemimpin BN itu tidak akan disiarkan dalam akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia yang dimiliki Umno.

Sebaliknya, akhbar tersebut, akan menggambar beliau sebagai "anti-Melayu dan anti-Islam", kata Lim.

"Bagaimanapun, dalam akhbar berbahasa Cina, kita dituduh anti-bukan Melayu dan anti-bukan Islam," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP dalam satu sidang media semalam.

"Jika Umno dan Gerakan atau MCA di pentas sama, mereka tidak tahu apa untuk dikata, mereka akan berdiam diri.

"Apabila Umno meruntuhkan satu tokong Hindu di Prai, Gerakan dan MCA juga berdiam diri. Dalam hal ini, nampaknya Umno akan berdiam diri".

Mengulas kenyataan Teng berhubung isu peruntukan untuk majlis agama Islam yang lebih kecil di bawah Koh, Lim berkata setiausaha agung Gerakan itu mengakui hakikan bahawa masyarakat berkenaan kurang diberi perhatian.

"Kita peruntuk dana mengikut keperluan, terutama untuk golongan yang dipinggirkan oleh pentadbiran sebelum ini, memandangkan wang tersebut tidak masuk ke poket rakyat tetapi poket mereka sendiri," katanya.

Nota: Anda semua mesti menjadi hakim untuk kenyataan ini..Jika anda seorang Islam apakah anda tidak terguris dengan kenyataan ini..tepuk dada tanya iman...

Monday, 3 December 2012

Ini calon Srikandi Paling Cool....

Jikalau bekas guru ini belum berpunya..ayuh Khairul Hazri inilah calon terbaik untuk kamu......

Sunday, 2 December 2012

Ulama Muda UMNO......

(Mamat ini bukan saja buta ilmu politik malah buta sejarah..dia ada ilmu tapi telah
tenggelam dengan ilmunya)


Wednesday, 28 November 2012

Peperangan Telah Semakin Hebat..Beristigfarlah Kita

 

'SD kedua Bala gagalkan rancangan pengakuan pembunuhan Altantuya' - Malaysiakini

 
Akuan Bersumpah (SD) kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian (PI) P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu, dakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder case 040708SD pertama, dakwanya, adalah permulaan sebelum salah seorang
daripada individu yang terlibat dalam pembunuhan itu, membuat pengakuan dan mendedahkan siapa yang telah mengarahkan pembunuhan itu, tetapi personaliti yang dinamakan dalam SD pertama, telah bertindak menghalangnya daripada berlaku.