Menonton telemovie di asto oasis bertajuk "Ayah" sangat menyentuh hati. Secara ringkas ceritanya itu nasib seorang ayah yang sayangkan anak-anaknya tetapi dia tidak disayangi. Anak yang ditatang seperti minyak yang penuh ketika kecil akhirnya menjadikan ayah mangsa ketika dewasanya. Secara peribadi memang pernah aku lihat perkara semacam itu maka dengan kesedaran itu aku tulis sebuah Khutbah " Kenapa Anak Jadi Derhaka". Alhamdulillah khutbah itu telah diterbitkan oleh JAIS dan dibaca pada Jumaat 16 Mac 2012. Hayati khutbah tersebut walaupun telah "diedit" tetapi aspirasinya tetap sama. Kisah Tanggang moden seringkali berlaku. Tetapi kederhakaan kepada ibubapa biasanya akan mentakdirkan seseorang itu bakal hidup merempat. Ini adalah fakta. Jika anda rajin melawat ke rumah orang tua anda akan mendapat jawapan semua ini. Kepada anak-anak jangan jadikan hidup anda celaka kerana Nabi pernah bersabda celakalah orang yang menjadikan sebab ibubapanya itu dia masuk neraka. Ramai di kalangan kita sebenarnya telah derhaka. Kerana derhaka bukanlah saja melawan ibubapa tetapi cukup mengguris perasan itupun telah derhaka. Kadangkala kita sering tidak menghargai ibubapa hinggalah semuanya lesap tiada barulah rasa beruntungnya ada ibubapa. Kerana kehilangannya tiada berganti lagi. Bagi yang ada ibu dan bapa hargailah mereka. Balik la kampung menjenguk mereka dan telefonlah mereka. Cari masa untuk bersama mereka. Kesibukan bukan alasan kerana alasan itu akan mejamah jiwa rindu kita bila mereka tiada. Sedang kita bergelak ketawa dan makan hidangan menyelera jangan lupa ingat apa agaknya yang di makan oleh ibu atau ayah kita. Pesan akhir tanyalah diri "Apakah aku ini anak derhaka?"...
cool untuk anda
No comments:
Post a Comment