Friday, 21 December 2012

Cacatan dari Bejing Kota Kapitalis Komunis...


 ( Jejaka Cool bersama Pakcik namanya Abdula )

Agak lama untuk mencari idea apakah yang patut ditulis tentang perjalanan ke Bejing pada awal tahun ini. Perjalanan yang sejauh 6jam ini dengan khidmat tambang murah Air Asia akhir berjaya juga aku menjejaki negara tembok besar ini. Cuaca ketika sampai di sana baru sahaja habis musim sejuk dan ketika itu masuk musim panas.Panas di sana panas tetapi tidaklah panas di Malaysia. Walaupun hanya beberapa hari berada di sini ia banyak memberi pengajaran kepada aku sebagai seorang Islam. Berkesempatan solat di beberapa buah masjid menjadikan aku terharu dan sedih dengan apa yang berlaku. Di sini untuk bersolat jemaah di masjid hanya dibenarkan pada hari Jumaat. Sebelum ini pernah juga aku mendengar cerita ini dari kenalan yang warga China yang tinggal di Xinjiang. Kesempatan bersolat Jumaat nampaknya diambil peluang semaksimum mungkin oleh warganya. Ramai yang tidak berkocoh-kocoh keluar dari masjid selesai solat tidak seperti yang berlaku di negara kita. Siksanya hendak beribadat di sini. Termenung aku nikmat beribadat di Malaysia yang penuh dengan pelbagai kemudahan disediakan tetapi masih diragui jumlah jemaahnya..Takut juga kalau nikmat ini ditarik oleh Allah.
Kemajuan materialistik di sini agak hebat juga. Bangunan pencakar langitnya banyak sekali jika dibandingkan Bejing dengan Kuala Lumpur ia sepuluh ganda hebatnya. Tiada remaja yang lepak dan hanya kita akan bertembung dengan warganya yang berpusu-pusu pergi kerja. Minyak di sini agak mahal tetapi harga keretanya agak murah. Malah jika mahu melihat kereta yang belum sampai ke Malaysia datanglah ke Beijing. Tiada kereta sekecil kancil atau viva. Semuanya jenama kereta yang mahsyur seluruh dunia. Maka tidak hairanlah jikalau China kini dilihat sebagai gergasi ekonomi dunia. Pada zahirnya memang nampak pembangunannya sangat hebat tetapi kerana baju kehidupannya adalah komunis maka banyak restoren di sini menunya adalah sama saja. Bangunan restorannya hebat tapi menunya "hanya untuk makan" saje. Walau di restorannya ada tulis makanan Islam tetapi hampir 4 hari di sana aku tidak lalu makan. Kenapa? hanya Allah saja yang tahu..Teringat nikmatnya makan di Malaysia walaupun mungkin menunya hanya biasa-biasa saja.
Menurut pemandu pelancong yang fasih berbahasa Indonesia kenapa banyak istana maharaja china dibuat sangat hebat adalah untuk menunjukkan betapa hebat Maharaja disisi rakyat. Melihat bilik gundik maharaja pun ia telah menunjukkan betapa hebatnya Maharaja China. Gundiknya saja ada 1000 orang yang hairannya menurut penerangan pemandu pelancong Maharaja sukar untuk mendapat anak. Di sini aku melihat hebatnya Islam. Nabi Muhammad SAW tidak perlu kepada istana yang besar malah keadilan dan kebajikan umat adalah sangat penting bagi Nabi. Walupun tanpa istana dan tembok besar Tamadun Islam yang menjadikan Muhammad SAW sebagai rujukan sehingga kini masih hidup tetapi persoalannya di mana keagungan Maharaja China?. China kini sedang berhadapan dengan gelombang kapitalis yang hebat cumanya ia cuba dikawal dengan fahaman komunis Mao Zi Thong. Ia tetap menimbulkan ketidakadilan sosial yang sangat hebat. Apalah guna bangunan pencakar langit yang hebat tetapi ada warga yang masih hidup melarat. Satu lagi masalah di Beijing ialah disini warga niganya banyak menipu para pelancong secara sistematik. Banyak barangan yang dijual sengaja diletakkan harga yang tinggi dan dinyanyikan dengan kata-kata yang memukau psikologi. Jika tidak berhati-hati bersedialah untuk "disembelih" dan di antara kami ramai yang telah "terkorban" dan "merintih" kerana telah dipedaya..Kesimpulannya lawatan kali ini ialah Beijing aku gelar Kota Kapitalis Komunis.

No comments:

Post a Comment