Hati manusia selalu saja rasa resah memikirkan masa depan hidup. Pelbagai perkara difikir hingga ada yang sakit kepala yang membawa pelbagai pula penyakit. Darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung semuanya ada kaitan dengan tekanan kerana asyik berfikir. Macam-macam difikirkan. Ada yang tidak boleh tidur malam kerana keresahan ini.Yang belum berkahwin terfikir bilakah agaknya akan berkahwin. Yang sudah berkahwin mahu kahwin lagi terfikir betulkah jalan yang dipilih kali ini. Yang menjanda atau balu terfikir sampai bila kesunyian ini dapat dipecahkan heningnya(nak kahwin la tu). Yang belum beranak terfikir bilakah akan mempunyai anak. Yang belum berumah terfikir mahu berumah. Yang sudah mempunyai anak seringkali hati berkata apa akan jadi jika Allah menjemput dalam keadaan anak-anak tengah membesar. Apa itu? itulah keluh kesah manusia yang lemah. Tidak patutkah kita berfikir seperti itu. Tidak, kerana itu tandanya manusia bersifat lemah. Manusia yang lemah ini mestilah berharap kepada Allah. Hanya Allah yang dapat meleraikan semua yang kita fikirkan itu. Tidak kira apa masalah kita mesti kembali mencari Maha Pencipta. Hanya Dia yang akan memahami kita. Manusia tidak akan faham kenapa dia diciptakan. Hanya Allah yang tahu kenapa. Sebab itu diberi Al-Quran untuk mencari jawapan. Keluh dan resah hanya akan hilang bila cukup Allah untuk kita. Mengadulah pada Allah jika kita bermasalah. Mengemislah kasih Allah kerana itulah makna seorang hamba. Hati akan tenang jiwa akan terang dengan cahaya hidayah. Pasti ketika itu tiada lagi keluh dan kesah tetapi yang muncul jiwa hamba yang redha dengan segalanya. Ianya sangat bahagia..
No comments:
Post a Comment