Monday, 27 August 2012

Hati manusia memang begitu...

Hati adalah raja dalam diri kita. Hendak kaya,hendak duit banyak, hendak bahagia, rasa derita, mahu bercinta, mahu disayangi semuanya dekat di hati. Berjaya mengawal hati bermakna berjaya mengawal diri. Cepat terasa hati bermakna kita ini ada hati. Bila irihati bermakna hati kita sedang sakit. Bila kena kancer hati jangan la berkecil hati kerana Allah sedang menguji hati ini...maksudnya ujian itu untuk menuju syurga yang menjadi idaman hati. Tapi ingat kalau kita membiarkan diri sentiasa rasa makan hati bermakna kita telah mati sebelum mati.......jagalah hati ......pautkannya pada Yang Maha Mengetahui..

Wednesday, 22 August 2012

Siapa Jejaka Paling Cool ini..


Siapa Jejaka ini..kenapa ramai yang mahu bergambar dengannya.
siapa yang ambil gambar ini..kenapa dia..hensem sangatkah dia..apakah dia YB..atau bakal YB..
siapa dapat beri jawapan sila hubungi blog ini segera ye..

 

Kisah di 4 Syawal yang memilukan dan memalukan..

Pada 4 syawal ini aku sudah masuk kerja walaupun mood kerja masih ditahap minimum. Ingatkan di bulan gembira ini kes berkaitan rumahtangga mungkin tiada memandang lebaran adalah hari bermaafan antara kita semua..semua itu agak meleset kerana nampaknya ceritanya sama sahaja macam hari-hari biasa yang telah berlalu..lafaz cerai, tumbuk suami, terajang isteri, minta cerai, tak jadi kahwin dan sebagainya menjadi "juadah" pada mereka yang terlibat..Ada satu cerita yang agak sukar untuk aku menerimanya kali ini..seorang ustaz (Ahli Perubatan Islam) telah bertemu dengan aku pada hari ini..diraut wajahnya aku lihat ada seribu satu kekusutan....dia adalah kenalan lama yang sudah lama tidak berjumpa.."Ana dah ceraikan isteri ana talak ketiga, Ini semua salah ana kerana ana terlalu sibuk sampai gagal mengisi kekosongan isteri ana..ana rasa sedih sangat dengan apa yang berlaku"..Aku lihat wajahnya yang sugul..dia menambah " mungkin anta tak percaya..bekas isteri ana bercinta dengan orang lain..hampir 2 tahun dia telah bercinta....cinta yang luarbiasa bagi ana..ini semua salah ana..ana terpaksa ceraikannya kerana permintaannya..malah dia setuju bercerai dengan cara tebus talak"..sambil dia menunjukkan ayat-ayat cinta (sms) pada aku...wah memang menggerunkan..Antara SMS itu berbunyi "sayang minta maaf lah malam ni saya terpaksa tidur peluk suami saya..saya rindukan awak..saya akan bayangkan yang saya peluk itu adalah awak....(maaf terpaksa dipotong setakat ini sms itu takut dan menakutkan)"..Aku termenung jauh memikirkan perkara ini..kebetulan isterinya aku kenal..seorang ustazah (bukan tujuan memburukkan nama ustazah)...bagi aku ini semua adalah pendaman seorang yang akhirnya menjadi dendam..dendam isteri kepada suami memang selalunya dahsyat begini..lebih dahsyat lagi apabila ku tahu ustazah ini bercinta dengan budak tingkatan 3 (kini budak tu dah tingkatan 5) yang memang sukar untuk aku terima keadaannya..aku akan terus mencari jawapan untuk kisah mereka ini..kerana semakin aku fikirkan..semakin aku rasa buntu memikirnya..


Tuesday, 21 August 2012

Baca..jangan jadi taklid buta...


Umat Islam terkujat setempat?

  • Rahmat Haron
  • 12:44PM Ogos 13 2012
Minggu lalu saya membaca ulasan Profesor Tariq Ramadhan, cucu kepada pengasas gerakan Ikhwan Muslimin (Persaudaraan Umat Islam) Hassan Al Bana di Mesir. Baru-baru ini, Tariq telah hadir melawat Malaysia.

NONEDalam tulisan berjudul, "Being Muslim in the age of Globalisation" terbit di Gulf News, pada 6 Ogos yang lalu, beliau menekankan kepentingan umat Islam untuk membebaskan diri daripada mentaliti mangsa serta berusaha melobi bagi merubah salah tanggapan terhadap Islam dengan menggunakan perkakas alatan moden bagi memperjelas, mendidik dan melibatkan diri dengan dialog.

Ia tentunya suatu saranan yang wajar waras dan memberi pencerahan baru, penyuluh yang menerangi kegelapan terhadap nasib yang menimpa umat Islam, khususnya dan lebih penting umat manusia keseluruhannya.

Cahaya yang terhasil daripada ledakan api ataupun letupan kemusnahan daripada dunia Islam yang tersudut atau disudutkan sebelum dan selepas peristiwa serangan 11 September di Amerika Syarikat.

Islam dalam wacana media antarabangsa Barat telah menjadi sama seperti komunisme di era perang dingin yang lalu. Islam yang kaya dengan ragam amalan budaya dan keilmuannya, dalam sejarahnya yang rumit juga, telah dikotakkan dalam bingkai ideologi sempit.

september 11 2001 wtc attack 911Kenyataannya hari ini, di mana-mana pun juga di dunia, umat Islam memang menjadi mangsa. Di Palestin, Rohingya di Burma, di Kashmir, di Pattani, di Iraq, di Afghanistan.

Ia sepertimana yang didongengkan oleh para penulis seperti Samuel P Huntington dalam The Clash of Civilization.

Di sini ideologi bukanlah tidak menyelidiki masalah yang nyata ada. Ideologi menumpukan terhadap masalah yang benar-benar wujud tetapi ideologi memitoskan kenyataan tersebut menjadi dogma tunggal keyakinan.

Sebagaimana Islam - yang ditanggapi sebagai ideologi - cepat mensejagat dalam apa yang disebut sebagai "lambakan globalisasi maklumat" yang di pacu kepantasan teknologi dan kecepatan pergerakan, atau lebih tepat lagi pergerakan modal kapitalisme.

Kemudiannya di banyak bahagian dunia Islam, di timur tengah sedang berlaku perubahan politik yang memberi pengaruh besar terhadap dunia hari ini. Ini kerana timbul aliran baru yang memecahkan dogma pertembungan tamadun Islam-Barat, apabila bangun gerakan pendemokrasian di dunia Islam.

Di sisi ini, kita dapat melihat nasib umat Islam yang dimangsakan oleh elit pemerintah Islam itu sendiri, seperti di Mesir, Tunisia, Bahrain dan bahkan di Malaysia juga dulu dan kini.

Terjerat dalam selirat Internet
Persoalannya, bagaimana untuk menyeimbangkan yang lokal dan global lantas menjadi glokal di sebalik latar permasalahan ini? Lucu kedengarannya. Apatah lagi di saat sebahagian besar umat manusia di Malaysia menginginkan perubahan pemerintahan dan reformasi politik.

Misalannya bagaimana sikap umat Islam terhadap demokrasi dan hak asasi manusia, khususnya hak-hak minoriti. Kerana umat Islam di Malaysia, sebagai majoriti dapat menikmati hak-hak asasinya, seperti hak untuk mengerjakan ibadat serta tuntutan-tuntutan keagamaan.

Bagaimana pula layanan, dasar dan perundangan kita terhadap umat manusia minoriti di Malaysia pula, yang mana umat Islam menjadi majoritinya pula?

earthUmat Islam di Malaysia atas pengaruh globalisasi maklumat terpaksa atau perlu ambil tahu akan permasalahan umat-umat Islam di belahan dunia lainnya.

Di Xinjiang, umat Islam minoriti Uighur tidak dapat menunaikan ibadah puasa, rukun Islam ketiga atas larangan pihak berkuasa Parti Komunis China.

Manakala, di Thailand dan Burma pula melibatkan umat Islam minoriti di negara majoriti penganut ajaran Buddha. Di Filipina, majoriti penganut Katolik dan minoriti Islam di Mindanoa, Selatan Filipina.

Sebenarnya di dalam setiap permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam hari ini, ia sering berbalik kepada sistem pemerintahan, agihan kekayaan, kekuasaan negara tempat mereka bermaustatin, berbudaya dan berkehidupan.

Benar, kita mahukan dunia setempat yang lebih mensejagat. Kita mahukan cahaya matahari dan udara bersih segar masuk ke dalam rumah kita yang gelap. Bermakna kita perlu membuka pintu dan tingkap.

Yang penting kita perlu bersedia, kerana di luar sana terbentang dunia terbuka yang cukup luas dengan segala buruk dan baiknya.

Pada era globalisasi ini, kita semakin jauh meninggalkan politics of disinformation (era maklumat disekat/terhad) dan sedang meniti politics of misinformation (era lambakan maklumat, langit terbuka, pengetahuan tanpa batasan).

Kita di dalam peralihan, barangkali jalan yang belum lagi terbina atau tujuan yang masih jauh. Tetapi di alam maya kita telah terhubung dan bersambung, ada juga yang terjerat dalam selirat laman-laman sesawang di Internet.

Mercu sejarah Mekah dimusnahkan

Kadangkala kita hanya ingin mencari satu jawapan, tetapi carian enjin Google menemukan kita dengan jutaan jawapan terhadap satu pertanyaan.

Beberapa tahun yang lalu kita di kejutkan dengan kontroversi pelakon Rosnah Mat Aris berhubung kenyataannya terhadap isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Khadijah.

Pelakon itu bagaimanapun dilaporkan memohon maaf.

Pendapat awam umat Islam Malaysia seperti yang tercermin pada laporan serta perbincangan di dalam media-media tempatan menunjukkan kemarahan yang meluap-luap.

Kini, apakah maklum balas umat Islam Malaysia apabila diuji fikrah pemikiran, keyakinan dan pegangannya, terhadap perkembangan-perkembangan yang berlaku di serata dunia.

al marwa tower part of the abraj al bait towers complex mekah mecca 250209 03Katakanlah apa yang terjadi di Mekah, Arab Saudi. Bulan September tahun 2011, akhbar The Independent, melaporkan mercu tanda bersejarah Islam di kota suci Mekah dimusnahkan bagi memberi laluan pembinaan hotel-hotel gah dan gedung beli-belah mewah. Ia masih tentang Siti Khadijah.

Dalam laporan tersebut, wartawan Jerome Taylor menulis, "The house of the Prophet's first wife Khadijah has been turned into a toilet block."

Manakala makam Khadijah dan datuk Nabi SAW, Shaybah Ibn Hashem Ibn ‘Abd Al-Manaaf di Tanah Perkuburan Al-Ma'ala, juga telah diroboh musnahkan. Pada tahun 1998 dulu, makam ibu Nabi SAW, Aminah binti Wahab juga telah dirobohkan.

Jikalau globalisasi modal menerobos masuk ke kota suci Baitul Maqdis dengan industri persenjataan dan ketenteraannya.

Di Mekah pula, globalisasi modal, kapitalisme dan konsumerisme subur berkembang hasil limpahan rezeki petroleum, lantas bermegah membangunkan kota moden dengan merobohkan warisan sejarah ketamadunan Islam yang amat penting di kota kelahirannya itu.

Bukan pemujaan yang ingin diungkapkan di sini. Tetapi ia sekadar persoalan menguji diri kita sendiri, bagaimana agaknya hendak menjadi umat Islam di Malaysia dan di dunia dalam era globalisasi.

Terutamanya hal bersangkutan pensejagatan modal yang rakus dan dalam masa yang sama cuba menyantuni konsep warisan sejarah silam ketamadunan manusia setempat.

Misalnya Kota A Formosa, di Melaka, meski ia simbol kekuasaan penjajahan Portugis zaman lampau, kita cukup berbangga, melestari dan mengangkatnya sebagai warisan sejarah tanah air dan merupakan salah satu tarikan utama pelancongan negara.

Romantis ideolois berhubung hak asasi

Dalam konteks ini, mampukah umat Islam Malaysia, mengulang sentimen yang bersifat ideologikal dalam nada kemarahan serta kutukan yang sama terhadap pelakon Rosnah Mat Aris, di dalam kes perobohan makam Siti Khadijah serta ratusan tapak-tapak warisan tamadun Islam di Makkah.

Keengganan pemerintah Arab Saudi untuk membolehkan Unesco mengisyhtiharkan tapak-tapak warisan tersebut sebagai tapak warisan dunia, cukup menyedihkan.

Apakah kita benar-benar berupaya untuk keluar daripada kepompong ideologikal dalam mengemukakan sesuatu permasalahan dan mengakui hakikat kewujudan kita - berdiri sama tinggi, duduk sama rendah - atau kerdil, atau jaguh gagah perkasa - di persada antarabangsa, di seluruh jagat raya ini.

Sepertimana yang pernah terungkap dalam gagasan Negara-negara Berkecuali, di Persidangan Afro Afrika, pada suatu lembaran sejarah silam.

NONEAtau benarkah umat Islam Malaysia, lebih kecil lagi orang-orang Melayu - atau orang Umno saja - hanya tertarik dengan isu setempat semata-mata seperti isu DAP kafir harbi atau haram undi DAP?

Pada tahap-tahap tertentu, barangkali saya juga telah jatuh ke tahap romantis ideologis berhubung hak asasi manusia dan demokrasi.

Kerana saya fikir mekanisme hak asasi manusia dan demokrasi, dalam kesemua cacat cela dan kekurangannya, masih tetap dapat kita tanggapi sebagai kunci laluan perhubungan kemasyarakatan- perkakas perundangan dan skema piawaian antarabangsa - alat pertimbangan budaya dan keilmuan masa kini.

Ia agar umat Islam dapat hidup mensejagat, boleh berwujud dan merdeka untuk mengamalkan hak-hak keagamaannya, dalam masa yang sama, turut sama mempertahan, menghormati dan menikmati hak asasi manusia keseluruhannya.

Saya kira hak asasi manusia dan demokrasi dapat menjadi salah suatu jawapan terhadap seruan Tariq Ramadhan:

"Our commitment must be individual, local, national and worldwide. The dynamics that today have made Islam a problem have also transformed it into a question: it is the responsibility of Muslim women and Muslim men to step forward with confident answers."


Agar kita benar-benar menjadi warga setempat dan warga alam semesta (kosmopolitan) yang bermartabat. Maaf Zahir Batin. Selamat Hari Raya.


RAHMAT HARON adalah seorang penyair, penulis dan seniman antara disiplin sepenuh masa. Artikel ini pandangan peribadi penulis.

hahahaha..semuanya telah terbongkar..UMNO bagaimana?



MCA Selangor, Johor tolak hudud - Sinar Harian
Wartawan Sinar Harian
22 Ogos 2012
SHAH ALAM – Sementara MCA Kedah menyatakan sokongan kepada pelaksanaan hukum hudud di negara ini, MCA Selangor mempunyai pandangan bertentangan apabila menolak pelaksanaan undang-undang Islam itu.

Pengerusinya, Datuk Donald Lim menegaskan, MCA tidak pernah menerima pelaksanaan hudud.

“Apa yang disuarakan Pengerusi MCA Kedah (Datuk Chong Itt Chew) itu adalah pandangan peribadinya saja,” katanya ketika diminta mengulas pendirian MCA Selangor terhadap pelaksanaan hudud di negara ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Itt Chew bersetuju dengan undang-undang Islam berkenaan sekiranya pelaksanaannya membawa kebaikan kepada rakyat dan negara.

Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun pula berkata, MCA sebelum ini pernah berbincang berhubung isu hudud itu di peringkat negeri dan Pusat dan berpendirian tidak menerima undang-undang berkenaan kerana rakyat  negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.

“Kalau ikut Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek), memang kita tak setuju. Kalau 80 peratus penduduk sesebuah negara itu orang Islam, sesuailah jika hudud dilaksanakan.
“Susah hendak komen isu ini sebab kalau saya kata sokong (hudud) nanti orang Cina tak suka. Tapi kalau kata tidak sokong, orang Islam pula tak suka,” katanya.
Beliau mendakwa, sesebuah negara tidak boleh mengamalkan dua undang-undang pada satu masa dan jika hudud dilaksanakan, bagaimana hukuman itu dijatuhkan jika melibatkan pesalah orang Islam dan bukan Islam.

“Bagaimana jika ada dua atau tiga orang merompak terdiri daripada orang Islam dan bukan Islam. Apabila kes di bawa ke mahkamah, ia akan dibawa ke mana? Apakah ia mengikut syariah atau sivil?" katanya.

Sementara itu, MCA Johor turut berpendirian tidak menyokong pelaksanaan hudud.

Naib Presidennya, Datuk Ng See Tiong berkata, MCA tidak pernah menyatakan sokongan malah pendirian pucuk pimpinan di peringkat negeri ini juga sama seperti Pusat yang membantah cadangan pelaksanaan hukum Islam itu.

“Kami tidak pernah bersetuju dan menyokong pelaksanaan hudud oleh Pas. Bahkan pemikiran dan pendirian kami tetap sama dengan pendirian yang pernah dinyatakan oleh MCA Pusat.

“Lagipun, kami tidak pernah memberi sebarang kenyataan bahawa kami bersetuju tentang pelaksanaannya. Kami yakin dan tetap pada pendirian tersebut,” katanya.

Itu yang aku minat dengan Man.City..padan muka Man.United hahahaha...


Eid Mubarak


hahahahahaha padan muka hairul hazri

Saturday, 18 August 2012

Selamat Hari Raya

Hadiah Syawal Untuk Umat Islam Tahun ini?

MCA S'gor: Pilih kami, kami akan halang tubuh negara Islam- Malaysiakini
  • Nigel Aw
  • 6:20PM Ogos 18 2012
 
Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam.

"MCA akan terus mempertahankan kepentingan orang Cina dan tidak akan membiarkan Selangor menjadi sebuah negara Islam," kata Pengerusinya, Datuk Donald Lim.

"Ini juga tidak akan berlaku di mana-mana negeri dan negara yang ditadbir oleh BN. Ini adalah janji kami kepada rakyat Selangor," kata Lim (kanan dalam gambar) dalam ucapan pembukaannya di konvensyen MCA Selangor hari ini

Satu contoh Islamisasi di Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sekarang, katanya, ialah percubaan Majlis Bandaran Kuala Selangor untuk mengasing tempat di pawagam mengikut jantina.

Lim menggesa semua ADUN keturunan Cina di Selangor, khususnya dari Pakatan Rakyat, supaya menyatakan pendirian mereka terhadap cita-cita PAS untuk mewujudkan negara kebajikan Islam dan undang-undang hudud.
Pesanan aku pada kawan-kawan yang bernama ziela, c.omar.c.suhaimi, faiz, mazila, syahnor, kuril, ayob, c.saodah, shamsiah, zulhaslin, baiti, aimy, lengkung, fazasha, zanah, kak ida, kairi jaafar, lily dan lain-lain apakah kamu tidak terguris dengan kenyaataan..aku terguris sangat...tepuk dada tanya iman anda..mana hassan ali, zulnordin, harunsani, ibrahim ali, sidek baba dan majlis fatwa..tolong la ajar sikit mamat MCA ini..

Friday, 17 August 2012

Hari akhir Ramadhan Aku Sedih dan Marah



Pagi tadi jam 5.15pagi aku membeli milo di sebuah kedai serbaneka aku terserempak dengan seorang lelaki melayu memakai helmet sedang membeli 5 tin arak..aku tenung tepat mukanya langsung takde malu..lebih malu aku lihat yang jual arak tu pulak minah pakai tudung lagi..sedih dan marah aku pagi ini..minum arak itu adalah orang yang sombong bodoh..kerana yang minum arak itu adalah orang sombong dan bila dah minum dia akan jadi bodoh..apa punya bodoh la peminum arak ini..bulan yang mulia dan rahmat ini masih ada yang merasa besar kepala..pada hal kita manusia sebenarnya musafir yang papa kedana di dunia ini..
 

Allah berfirman dalam surah as-Syura, ayat 30 yang bermaksud: “Dan apa jua yang menimpa kamu dari kesusahan (bala bencana) maka disebabkan oleh apa yang telah kamu lakukan (perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian dari dosa kamu.”

Wednesday, 15 August 2012

Tazkirah hari ini..Renungkan


Merangkaklah Mencari Lailatul Qadar



Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
(al-Bukhari)

بسم الله الرحمن الرحيم
97:1

97:2
97:3
97:4

97:5

Monday, 13 August 2012

Baca Harian Metro 13/8/2012

Kalau aku jumpa mamat yang megaku menderita miskin tu memang aku akan bacakan hadis kat dia dan aku akan cakap dengan dia Limo yang Lembaga Zakat bagi kenapa dibuat berjalan2 bukan untuk mencari rezeki...badan sihat..aku kenal mamat ini memang suka ugut2..


عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَدِيِّ بْنِ الْخِيَارِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَخْبَرَنِي رَجُلَانِ أَنَّهُمَا أَتَيَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ يَسْأَلَانِهِ الصَّدَقَةَ قَالَ فَرَفَعَ فِيهِمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَصَرَ وَخَفَضَهُ فَرَآهُمَا رَجُلَيْنِ جَلْدَيْنِ فَقَالَ إِنْ شِئْتُمَا أَعْطَيْتُكُمَا مِنْهَا وَلَا حَظَّ فِيهَا لِغَنِيٍّ وَلَا لِقَوِيٍّ مُكْتَسِبٍ
(رواه الإمام أحمد)
 Dari Ubaidillah bin `Adi bin Khiyar r.a., bahawa dua orang lelaki memberitahu kepadanya, bahawa mereka telah pergi kepada Rasulullah s.a.w. - meminta bantuan dari bahagian zakat.  Lalu baginda memandang ke atas dan ke bawah memerhati keadaan mereka, lalu didapatinya mereka bertubuh kuat sasa. Baginda pun bersabda: "Kalau kamu berdua mahu, aku beri kepada kamu, tetapi (ingatlah): Orang kaya dan orang yang kuat tubuh badannya, yang bekerja mendapat sara hidup (yang mencukupi) - tidak ada bahagian untuknya pada zakat itu."
(Riwayat Al-Imam Ahmad)

Sunday, 12 August 2012

Hati Yang Terluka Bukan Bermakna Derita Selamanya

Ramai antara kita yang takut rasa derita..Ramai yang tidak mahu derita..derita selalu dikaitkan dengan duka dan nestapa..ramai yang cuba mengelak dari menjadi derita..walaupun kadang-kadang tanpa disedari dia sendiri sedang hidup dalam derita. Derita itu sebenarnya pengajaran..derita itu satu tarbiayah..duka yang datang kerana datangnya derita sebenarnya sedang mengajar kita bagaimana untuk matang dalam hidup..derita itu sebenarnya bahagia..kerana selepas derita pasti ada bahagia..terlepas dari derita maka rasanya bahagia pasti menjelma..ingat apabila datang malam mesti datang siang..begitulah jua cerita derita..derita yang datang pasti membawa bersamanya bahagia hingga tidak terkata..lihat saja orang bercinta bagaimana derita itulah pengikat kasih..walaupun derita mereka rasa bahagia, yang malang kadang-kadang salah faham terhadapnya telah membawa bala. Bukan apa kerana terasa bahagia tu kadang-kadang kita terlupa atau buat-buat lupa ada batas untuk mencari bahagia..Ramai yang telah merasa alangkah indah hidup ini jika ia bermula dengan derita kerana selepas derita pasti ada bahagia. kalaupun selepas itu datang derita lagi.. tidak mengapa kerana diri sudah bersedia untuk menggapai bahagia..kepada yang rasa luka hatinya jangan bimbang kerana luka memang menyakitkan tetapi masa ini untuk kita merawat hati..hati mudah rasa bahagia mudah juga rasa derita..bersyukurlah kerana apabila ada perasaan itu makan tandanya hati kita belum mati..jika tidak rasa apa2 pada hati kita jaga-jaga kita sebenarnya telah mati sebelum mati..
 Para pejuang memang nampak menderita kerana hati mana yang tidak pilu bila perjuangan itu menempuh onak berduri tetapi percayalah sebenarnya mereka akan berbahagia sampai ke syurga...

Edulfitri bukan Hari Hantu raya



Lepas ramadhan semua jadi mcm hantu raya....

Friday, 10 August 2012

Ini Cucu Hassan Al-Banna

     Tariq Ramadan terjemahan Mohamad Yahya, 10 Ogs 2012

Menjadi seorang Muslim seakan-akan sudah sinonim dengan menjadi seseorang yang diajukan pelbagai soalan pedas, sentiasa dalam situasi tegang, ketidakpercayaan, dan juga konflik.

Perkara ini telah menjadi satu fenomena global yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada hubungan antara komuniti, termasuklah retorik politik dan polisi di peringkat negara, rantau dan juga antarabangsa.

Hari-hari kita tidak akan berlalu tanpa ‘isu berkaitan muslim’ menjadi perhatian, sama ada melalui kontroversi di peringkat lokal, konflik serantau, atau debat nasional, juga melalui keganasan, ekstremisme atau literalisme, atau mungkin juga melalui kebangkitan parti-parti politik Islam di Tunisia, Maghribi dan Mesir (yang bertahun lamanya selepas kemenangan pilihanraya di Palestin).

Islam, tanpa mengira fahaman ekstremisme, literalisme atau pun politik, telah menjadi satu isu; maklumat yang tersebar luas di era globalisasi mencipta satu kelompok pemikiran sedunia yang penuh dengan kecurigaan, ketidakpercayaan dan mungkin juga stigma, sambil mencetuskan reaksi defensif dari Muslim yang berlegar dari perasaan menjadi mangsa hinggalah kepada keagresifan yang tidak terkawal.

Pendek kata, sekarang adalah masa yang amat sukar untuk menjadi seorang Muslim, yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, sama ada di peringkat lokal mahupun global.

Kekeliruan telah tersebar dengan meluas. Semuanya dilihat seperti berkait rapat, segala kucar-kacir telah dicampuradukkan di dalam arus liputan media yang amat mustahil untuk dianalisa dan ditafsirkan.

FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) akhirnya menerima pemakaian tudung, tetapi Perancis masih tetap menolak idea tersebut. Demonstrasi jalanan terhadap undang-undang Syari’ah berlaku di London, protes terhadap aplikasi undang-undang Syari’ah pula berlaku di US. Empat ahli majlis perbandaran Perancis dipecat, dan kemudian dilantik kembali, hanya kerana mereka berpuasa di bulan Ramadhan.



Di Belanda, Muslim berhadapan dengan fitnah yang nyata. Semuanya diperbesarkan melalui liputan media masa nyata dan juga internet, sama halnya dengan kebangkitan politik Islam dan kebangkitan Arab, perang saudara yang mengganas di Syria, persoalan Israel dan Palestin, ketegangan antara Syi’ah dan Ahlus Sunnah, insiden meruntuhkan makam di utara Mali oleh golongan Salafi literalis, dan juga kebangkitan suara-suara yang mendesak aplikasi undang-undang Syari’ah yang lebih ketat di Pakistan, Malaysia dan sesetengah negara monarki.

Media juga tidak terlepas pandang isu penindasan terhadap Muslim di China, dan sekarang, di Myanmar, dan juga ketegangan antara agama di merata tempat di negara-negara Afrika dan Asia. 

Situasi yang melanda masyarakat sedunia ini membuatkan isu berkaitan Islam ini timbul di serata tempat: ia muncul dalam persoalan utama kewujudan agama-agama, juga dalam hubungan ketamadunan, dalam isu sekularisasi, dalam pemilihan ideologi dan model bagi struktur negara, dalam hubungan antara budaya dan globalisasi, dalam isu masyarkat bertamadun dan masa hadapannya, dan dalam isu status wanita dan rakyat.

Kita tidak dapat mengelak dari berhadapan dengan isu berkaitan Islam: setiap manusia yang bertanggungjawab kini berhadapan dengan persoalan-persoalan berkaitan Islam dan mereka tentunya akan menilai fakta-fakta yang ada, membuat kesimpulan dan seterusnya mengambil pendirian berkenaan persoalan-persoalan tersebut.

Pelobi-pelobi yang berkuasa dan pihak yang berkepentingan memperloleh kelebihan yang banyak dengan mengekalkan tekanan ideologi dan media yang sedia ada, dengan niat yang jelas untuk menukarkan Islam kepada ancaman dan Muslim kepada entiti yang tidak jelas dan berbahaya.

Cubalah imbas kembali kata-kata David Yerushalmi (pengasas kempen anti-Syari’ah di US) “Walaupun cubaan untuk meluluskan penggubalan undang-undang anti-Syari’ah gagal, perkara yang lebih penting adalah untuk menimbulkan desas-desus berkenaan perkara ini, seterusnya menuai hasil kontroversi dan meyakinkan rakyat kebanyakan bahawa Islam adalah ancaman kepada mereka.”

Kegagalan teruk kempen anti-Islam mungkin dilihat sebagai kejayaan besar disebabkan hebohan yang ia cipta. Logik yang sama digunapakai oleh populis di banyak negara; media yang beroperasi dengan sistem yang sama digunakan dalam membuat liputan di negara yang majoritinya Muslim.

Kebanyakan media Barat mengunci mulut mereka serapat-rapatnya berkenaan pemerintahan diktator Zine Al Abidine bin Ali ataupun Hosni Mubarak, dan ini dengan cepatnya memberi sokongan kepada penggunaan sistem demokrasi yang mula mengambil tempat melalui sensitiviti terhadap isu wanita, homoseksual dan minoriti agama dalam rejim penggantinya.

Isu tentang diktator inilah sebenarnya antara yang isu yang tidak pernah dibincangkan, dan ia hanya dibisikkan sesama sekutu sendiri di Teluk. Dan sebenarnya, liputan media yang mempunyai ideologi tersendiri dan pengubahan maklumat adalah antara isu yang makin disedari rakyat.

Apa yang saya cuba sampaikan bukanlah satu ‘konspirasi global’ terhadap Islam dan terhadap Muslim, seperti sesetengah dari kita bayangkan. Sudah pasti, golongan yang berkepentingan menyebarkan ideologi tersendiri sudah tentunya wujud; tetapi ia adalah sama pasti bahawa mesin media dan reaksi politik yang diprovokasinya telah membentuk satu kitaran yang ganas.

Kontroversi memarakkan sifat ingin tahu masyarakat awam, yang kemudiannya membekalkan strategi kepada pihak populis, yang akhirnya akan memacu strategi pilihanraya jangka pendek: media kemudiannya akan meneruskan rentak tarian mereka di hadapan kumpulan yang akan terus setia menontonnya.

Dalam era berteknologi tinggi ini, dengan sistem pemprosesan maklumat yang pantas dan persaingan global, Islam sebenarnya sangat bertuah. Tidak syak lagi: Islam membuat keuntungan, keuntungan yang sangat banyak. Terperangkap antara idea manipulasi dan logik para kapitalis, Islam – dan besertanya nasib Muslim – akan mendapati diri mereka sebenarnya dalam dinamik yang negatif, bukannya tertindas.

Bagaimana kita mahu membebaskan diri kita dari dinamik yang negatif ini? Bagaimana, yang lebih penting, untuk kita keluar dari pemikiran seorang mangsa, yang melanda kita setiap kali media dan tsunami politik menukar Islam kepada sebuah ancaman global, yang akan memusnahkan semua perkara yang berada dalam laluannya?

Paradoksnya, di waktu Islam dalam dinamik yang sangat negatif, keadaan sukar ini sebenarnya mengandungi banyak elemen yang diperlukan untuk mengatasi dan melangkah lebih jauh dari masalah tersebut.

Bila orang ramai bertanya tentang Islam dan Muslim – selalunya dalam keadaan tidak tahu, Muslim sebenarnya dihadiahkan peluang yang terbaik untuk menjelaskan, mendidik, dan berdialog dengan mereka.

Jika ketaranya mereka terhadap pandangan sedunia dilihat sebagai satu masalah kerana kod pakaian, nama dan warna kulit, maka penyelesaian untuk masalah ini tidak kurang ketaranya.

Era moden telah memanggil Muslim untuk berjuang dalam skop jihad yang global, yakni dalam ilmu pengetahuan, dalam pendidikan, dalam dialog, dalam komunikasi dan dalam ketahanan diri.

Ia adalah jihad yang tenang, yang mendamaikan, yang tidak ganas; bagi mereka yang telah mengucap dua kalimah syahadah. Titik permulaan kita adalah kefahaman tentang diri sendiri, dan kritikan terhadap diri sendiri yang dapat menjauhkan kita dari penipuan fahaman yang ekstrem dan pencambukan terhadap diri sendiri.

Hati nurani seorang Muslim mestliah bangkit, ia mestilah dapat membezakan apa yang Islam dan apa yang tidak (dengan mengambil kira isu kepelbagaian dan pluralism), dan untuk mengecam hipokrasi dalam kedua-dua aspek kendiri ataupun ideologi populis.

Hati nurani yang terbuka akan mampu menerima persoalan-persoalan yang munasabah dari majoriti yang mencari kefahaman, dan hati nurani yang berani akan mampu menghadapi isu perkauman minoriti yang menipu, mendustakan dan memanipulasikan.

Komitmen kita mestilah bersifat individu, tempatan, nasional dan sedunia. Dinamik hari ini yang membuatkan Islam menjadi satu masalah juga telah menukarkan Islam kepada pelbagai persoalan: dan kini ia adalah tanggungjawab keseluruhan umat Islam leaki dan perempuan untuk mara ke hadapan dengan jawapan-jawapan yang menyakinkan.

* Ihsan: Gulf News. Tariq Ramadan adalah ahli akademik Switzerland dan profesor dalam bidang Pengajian Islam Kontemporari di Universiti Oxford. Dia juga mengetuai Pusat Penyelidikan Penggubalan Undang-Undang Islam dan Etika yang berpusat di Qatar.



Thursday, 9 August 2012

Anda Perlu Ikhlas pilih yang mana logo yang ada wawasan










Antara Saki Hati dengan Hati Yang Sakit...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati".

Sakit hati dan hati sakit sekali baca macam sama tetapi hakikatnya ianya berbeza...Sakit hati adalah ujian yang sangat sukar untuk diredakan..hanya orang yang merasakannya saja melalui dengan sabar walaupun kadangkala diiringi dengan kekesalan dan lelehan air mata. Kepada mereka yang disakiti hatinya jangan bimbang..kerana orang paling selalu disakiti hatinya bukanlah kita tetapi Rasulullah SAW.. Bagindalah insan yang paling banyak disakiti hatinya..hingga kini jikalau Rasullullah SAW masih hidup pasti dia bersedih dengan sikap manusia yang cuba menyakiti hatinya dengan menghina Sunnahnya...Rasullullah bersedih bukan kerana dirinya disakiti tetapi bersedih kerana orang yang menyakitinya bakal dihumban ke dalam api neraka..kepada mereka yang disakiti hatinya jangan bimbang anda sedang melalui sunnah Rasul yang menjanjikan kejayaan dunia akhirat..Jadi jangan bersedih sangat kerana dihadapan yakinlah ada janji Allah yang menanti kita.

Hati yang sakit adalah punca hidup ini menjadi haru biru..hati yang sakit boleh merosakan sama jalan di dunia apatah lagi ke akhirat..hati yang sakit akan melahirkan sifat mazmumah...hati yang sakit akan melahirkan kesakitan jiwa yang tidak dapat dibayangkan..hati yang sakit menyebabkan hidup kita tidak tenang..hati yang sakit akhirnya menyebabkan hidup tidak pernah rasa bahagia..hati yang sakit akhirnya menimbulkan syak wasangka pada Tuhan yang akhirnya tersungkur di tengah-tengah ujian.....



Renungan :   
Seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu"

Wednesday, 8 August 2012

Aku dan Bulan Ramadhan..


Kini kita semua berada pada garis akhir  fasa Ramadhan seterus iaitu tawaran pelepasan api neraka dari Allah swt. Mahu ke tak mahu terpulang kepada kita. Jika Rasulllah SAW dan para sahabat saat ini hati mereka sedih dan sayu kerana Ramadhan akan merangkak meninggalkan mereka. Kita bagaimana? Kita mungkin sayu juga tapi sebabnya mungkin berbeza.. dah terbayang hari raya ini tidak dapat balik kampung..sedih juga bila tidak dapat berhari raya dengan orang tersayang di kampung..atau sayu sebab baju raya tak siap-siap...atau sedih juga kerana bonus gaji sudah melebur sekelip mata. Secara peribadi setiap kali Ramadhan datang aku pasti terkenang..bila saja lapar berpuasa aku pasti rasa pilu..pilu mengenang kisah lalu..semua bermula apabila ayah ditimpa kemalangan jalan raya ketika aku darjah 3...Bermula episod derita kami sekeluarga..kami hilang mata pencarian..perkara yang tidak mungkin aku lupakan ialah pernah mak mencatu nasi goreng untuk berbuka puasa untuk tujuh adik beradik yang ada di rumah ketika itu..ketika akhir Ramadhan..perkara ini berulang setiap tahun..setiap kali datang Ramadhan, aku akan teringat detik kesusahan itu..detik yang tidak mungkin aku lupakan keperitan itu..bagaimana cacamarba hidup kami adik beradik kami setiap menjelangnya hari raya ketika itu..Setiap kali Aidilfitri menjelang aku akan terasing..malu tiada baju baju..kasut baru..bergenang air mata aku bila terkenangkan mak meminjam beras untuk tujuan berbuka puasa pada jiran..sebak rasanya dada ini bila mengenang adik menangis mengadu pada mak tidak dapat bawa balik kuih moreh di masjid kerana telah dirampas oleh kawannya..Air mata aku mesti tertumpah bila teringat sahur ketika itu mak goreng sebiji telur dibahagi 7 untuk kami bersahur..Akhirnya mak mengalah dengan takdir ini..mak yang tidak pernah keluar bekerja keluar bekerja kantin..saat itulah kami sering menanti mak pulang membawa pulang lebihan jualan kantin untuk berbuka..saat itulah kami merasa lauk yang agak "sedap". Abah walaupun uzur ketika itu cuba bekerja di stesen minyak tetapi berhenti 3 hari kemudian kerana tauke tidak benarkan abah solat magbrib..Perkara ini berlarutan sehingga aku tingkatan 5..Aku masih ingat duit biasiswa yang aku dapat aku belikan baju raya adik-adik,,walau tidak berapa cantik tapi ia masih pakaian baru..Aku juga masih ingat bila ada "peminat-peminat" aku yang mahu datang raya ke rumah aku katakan pada mereka "tak payah datang" ke rumah aku..Pernah sekali ketika aku pulang ke rumah terkedu lidah bila ada "kawan-kawan" dari jauh datang..dengan selamba aku buat tidak kenal mereka. Balik mereka aku dimarahi oleh mak..Mak kata "tak baik buat macam tu"..Setiap kali datang syawal aku rasa terasing sangat..terasing kerana tiada apa yang baru..cuma satu yang selalu memujuk hati aku..setiap kali hari raya aku masih dapat menatap wajah mak dan abah aku..pagi syawal itu lah yang paling penting dalam hidup aku..tanpa baju baru pun aku pun ketika itu aku masih merasakan syawal masih tetap bermakna dalam hidup aku. Mungkin hati sedih kerana tiada baju baru tetapi sejuk tangan mak dan abah aku setiap salaman kemaafan di pagi syawal itu cukup buat aku..Ramadhan memang selalu akan mengingatkan aku kisah ini..

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim

Tuesday, 7 August 2012

Takut la.....bila ikan naik basikal



Menjalani ibadah puasa kali ini adalah sangat pantas dirasakan. Tiba-tiba saja sudah masuk 18 Ramadhan..Kadangkala terfikir dibenak hati apakah jiwa lara aku ini terlalu lalai sehingga terasa ramadhan kali ini terlalu pantas. Tengahari tadi berpeluang mengikuti misi "ziarah Ramadhan" di sekitar Sg.Choh dan Bukit Sentosa. Tersentuh dan pilu hati bila mengenangkan gelagat umat Islam kini. Walaupun usia dilihat agak sudah meniti hari masih lagi mahu menunjuk belang dan lagak pada Pencipta. Arahan puasa tidak langsung dipeduli dan dengan bangga menunjuk-nunjuk pula keingkaran itu hanya berbekalkan gelaran "tiga line". Malah dengan muka tiada nur selamba juga mereka menempah tiket neraka di kedai 4D di gerai berhampiran.  Aku terfikir hairan apakah mereka ini tidak tahu bahawa malaikat maut melihat muka mereka 60 kali sehari. Aku termenung apakah nasib mereka apabila mereka sudah mencium tanah di liang lahad. Apakah mereka lupa janji Allah dalam Surah At-Takathur betapa peritnya masa depan akhirat yang bakal mereka lalui. Aku sangat pasti keluarga mereka pasti berada di persimpangan. Aku rasa anak-anak mereka mesti berakhlak kurang ajar..aku ramalkan isteri mereka pasti yang berputus asa.. Aku berdoa moga aku tidak akan jadi begitu.. Aku juga berdoa moga mereka yang aku jumpa tadi , yang sengaja mencabar Allah akan kembali ke pangkal jalan..perbuatan mereka itu sebenarnya sangat menggerunkan hati aku..aku takut kalau aku jadi begitu..takut sekali rasanya hati..lebih takut kalau tetiba aku mati..takut mati aku belum bersedia untuk mati..Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku..mati itu pasti..azab kubur itu pasti..syurga itu pasti..neraka itu pasti..berimanlah segera..tak kan tunggu ikan naik basikal baru kita hendak percaya semua yang pasti itu..

Saturday, 4 August 2012

Setuju sangat2 tapi Jangan Kata Orang je tau..

'Masjid bukan pentas politik'


BEBERAPA wakil NGO menyerahkan memorandum kepada Mohd. Shahzihan Ahmad (tengah) di pekarangan pejabat JAIS, Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/Siti Rohaizah Zainal

SHAH ALAM 1 Ogos - Seramai 50 orang berhimpun secara aman di pekarangan bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bagi mendesak pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba membawa pengaruh politik ke dalam masjid-masjid di negeri ini.
Mereka terdiri daripada wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Jalur Tiga (Jati), Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor, Waris Malaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Gerakan Masyarakat Prihatin Selangor (GMPS).
Mereka yang mula berkumpul kira-kira pukul 10.30 pagi dan bersurai kira-kira sejam kemudian hadir dengan membawa pelbagai sepanduk yang antaranya tertulis perkataan 'Exco agama gagal', 'Bersihkan masjid daripada pengaruh politik' serta 'Tuanku Sultan payung rakyat'.
Memorandum yang ditandatangani oleh setiap wakil NGO berkenaan turut diserahkan dan ia diterima oleh Pemangku Timbalan Pengarah JAIS, Mohd. Shahzihan Ahmad.
Presiden GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, masjid tidak seharusnya dijadikan pentas politik kerana ia sebenarnya berperanan untuk menyatukan umat Islam di negara ini.
"Dengan pengaruh politik seperti ini, ia dibimbangi akan memecah-belahkan komuniti di dalam kariah surau berkenaan. Untuk itu, sebagai agensi yang diberi kuasa untuk melaksanakan syiar Islam, JAIS perlu lebih serius membuat pemantauan bagi melaksanakan syiar Islam supaya masjid-masjid di negeri ini bebas daripada unsur politik," katanya kepada pemberita di sini.
Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahaya; Setiausaha Agung Jati, Norman Toha; Pesuruhjaya Tibai Selangor dan Wilayah Persekutuan, Wan Indera Putra Ahmad dan bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri.
Hamidzun berkata, desakan mereka itu sejajar dengan ingatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang beberapa kali bertitah agar masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan sebagai tempat berpolitik.
Beliau berkata, semasa bertitah pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Masjid Negeri pada 23 Julai lalu, baginda sekali lagi mengingatkan rakyat mengenai kepentingan perkara tersebut.
"Justeru, kami menggesa supaya JAIS mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba membawa pengaruh politik ke dalam masjid.
"Kami sendiri ada menerima beberapa aduan daripada sesetengah pihak tentang wujudnya usaha membawa pengaruh politik ke masjid termasuk menjemput ahli politik yang tidak bertauliah untuk menyampaikan tazkirah di masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan ini," katanya.


Nota  atan kecik : Masjid itu pentas politik sebab ikut sunnah Nabi begitu la...cuma masjid bukan pentas parti politik......

Aku harap Mamat ini Istiqamah Dengan Perjuangannya....

Tun Salleh Abas bantu Rafizi hadapi kes Bafia
Wartawan Sinar Harian
5 Ogos 2012
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli selepas didakwa di bawah Bafia di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
SHAH ALAM - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bersedia menghulurkan khidmat nasihat perundangan kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek kontroversi National Feedlot Corporation (NFCorp).

Rafizi mengesahkan ada menerima panggilan daripada Salleh kelmarin, memaklumkan kesediaan untuk memberi pandangan untuk berhadapan dengan tuduhan di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989.

"Ya, betul Tun Salleh Abas ada hubungi saya. Tun berkata beliau bersedia untuk membantu saya memberi khidmat nasihat menghadapi kes ini.

"Setakat ini bukan sebagai peguam tetapi lebih kepada khidmat nasihat... saya akan berbincang dengan peguam saya N. Surendran mengenai perkara ini," kata beliau ketika dihubungi.

Dalam satu mesej Twitter, Rafizi berkata, "pagi tadi (3 Ogos) dapat 1 panggilan. Sangat teruja sebab yang telefon itu hero saya masa kecil-kecil: Tun Salleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, mahu bantu kes."

Rabu lalu, Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap pertuduhan mendedahkan penyata akaun projek NFCorp yang menimbulkan kontroversi kepada dua pengamal media.

Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square Jalan Tropicana Selatan Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103(1)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Selain itu, kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi pada tarikh dan di alamat yang sama, juga mengaku tidak bersalah.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, beliau menghargai sokongan sedemikian, lebih-lebih daripada seorang bekas Ketua Hakim Negara.

"Saya akan bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat... tarikh belum ditetapkan, beliau pun ada kes, beroperasi di Terengganu. Nanti saya maklumkan kalau ada apa-apa perkembangan," katanya lagi.

Kes itu akan disebut semula bulan depan.

Memahami Politik Negara Bangsa..Jangan Malas Membaca Kelak Anda Akan Jadi Rakyat Yang Bodoh


MALAPETAKA 31 OGOS - Hishamuddin Rais (Karkun Politik)


Setiap 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru, pada tarikh ini warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 warga Palestin berhadapan dengan segala macam kesengsaraan. Tanah mereka dirampas, rumah mereka diroboh. Mereka hilang harta benda, hak demokrasi dan kampung halaman. Rakyat Palestin diserang, dibunuh dan dihalau dari kampung halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestin. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestin.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini, biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini, yang dieja dengan huruf M besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti - Semenanjung Tanah Melayu di bawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula lima wilayah Melayu - Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874, melalui Perjanjian Pangkor, kuasa kolonial Britsh telah memasukkan jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British bawah jagaan England dan bukan lagi East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijih. British juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi begitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Setiakawan melawan penjajah

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari Cina dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh Cina dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan, di mana ada penindasan, di sana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampuh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh Cina di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan Cina. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empayar British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun atau Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi pentadbiran ketenteraan British masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampuh dan laungan kemerdekaan kedengaran di sana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS). Semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British secara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelur, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation pada tahun 1946 agak lewat. Ia muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama PUTERA.

Semua bangsa dipanggil Melayu

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan "Hidup Melayu". Para pembaca yang budiman, perhatikan betul-betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oksigen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerjasama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu-Melayu, China-China dan India-India. Maka lahirlah PERIKATAN. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan PERIKATAN masih lagi Melayu, Cina dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA, badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.
Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminin, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan bangun menentang British tetapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jjika tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti, media milik United Malay National Organisation akan membuka kisah-kisah bodoh di mana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi suruhan British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila parti komunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng bangun mengangkat senjata, apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?

Tidak berkesudahan

Sejarah jelas membuktikan gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka.

Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestin membolehkan tanah-tanah Palestin dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampung Baru dan Kampung Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan akta ISA pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat enam warga penyokong BERSIH ditahan tanpa bicara bawah Ordinan Darurat.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun lalu, pada 10 Ogos 1511 Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan di sini bahawa Nakba di Palestin pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.(TT)

Nota: Sebagai pelajar sejarah aku telah mendapat jawapan sebelum ini yang aku samar-samar mengenainya....

Friday, 3 August 2012

Tazkirah Kemerdekaan

Dengarkanlah kata-kata mamat ni..bukalah hati bukan berfikir secara emosi....

Apakah segalanya ciplak?

Kementerian siasat dakwaan lagu 
ciplak lagu merdeka- Malaysiakini

 
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan penubuhan panel siasatan bagi menyiasat lagu kemerdekaan yang didakwa menciplak lagu gereja Indonesia.

katanya lagu negaraku pun ciplak.....


Bendera pun katanya ciplak bendera ini ....

Bendera kita katanya yang ini.....

Kalau betul ternyata kita sedang tiada identiti diri..orang yang tiada identiti tiada jatidiri. bermakna apa yang datang kita telan semuanya tanpa soal..mungkin kerana inilah rakyat kita tidak bangga menjadi rakyat Malaysia..ciplak maknanya meniru..kalau peperiksaan meniru jawapanya hancur la..

Thursday, 2 August 2012

Sayang ke dengan Tun ni?

Mukhriz: Kalau sayang Dr M, 

jangan malukannya lagi- Malaysiakini

 
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu.

"Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah.

"Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam.

Tambahnya lagi, tinjauannya juga mendapati pimpinan PAS Kedah sedang bergelut berebut kuasa sesama sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dalam PAS Kedah wujud perebutan kerusi kerana mereka tahu mereka bukan lagi pembangkang," katanya yang juga anggota parlimen Jerlun.

Anak ketiga Dr Mahathir itu juga berkata, kerajaan negeri semakin tidak sensitif kepada bukan Muslim apabila mendiskriminasikan golongan itu berkaitan peraturan kunjungan pusat hiburan.

"Mereka (bukan Muslim) semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.

"Kenyataan mereka seolah-olah menggambarkan orang bukan Islam sentiasa mengunjungi pusat hiburan dan tidak bermoral," katanya.

Kedah sebelum ini mengeluarkan arahan melarang orang Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama Islam dibenarkan.

Mengulas ura-ura akan dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN kembali memerintah, Mukhriz hanya menjawab "sedia membantu Kedah sejak dahulu lagi".

"Dari dahulu lagi saya sedia bantu Kedah sedaya-upaya untuk menangkan Kedah semula.

"Perpaduan adalah penting untuk memenangi Kedah semula.

'Kalau tidak bersatu, jangan mimpi kita boleh menang semula dan mungkin nanti akan menyesal tak sudah," katanya tampa menyentuh secara langsung kesediaannya.

Carilah Taktik Lain

                            Apalah diaorang ni..carilah kerja lain untuk memenangi hati rakyat..


NGO desak JAIS bertindak pada politik di masjid- Malaysiakini

 
Sekumpulan aktivis NGO hari ini berhimpun di Shah Alam bagi menuntut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghalang ucapan politik dibuat di masjid dan surau di negeri itu.

Dalam memorandumnya mereka mendakwa, tindakan itu dilakukan oleh wakil rakyat PAS, iaitu anggota parlimen Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja) serta exco pendidikan negeri Dr Halimah Ali.

NONE"Gelaran Yang Berhormat bukan tiket untuk mereka bebas melakukan apa yang mereka mahu di surau dan masji," memorandum itu dipetik.

Kumpulan 40 orang itu menegaskan, hanya pihak yang mendapat tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor boleh memberikan ucapan di tempat ibadat itu.

Aktivis terlibat daripada Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) serta NGO pro-Melayu PERKASA dan Jalur Tiga (Jati) Selangor.


Nota : Nak tanya la orang hantar memorundum tu solat subuh tak? terawih tak? Puasa ke?

Wednesday, 1 August 2012

Hidup dan Mati Neraca Allah itulah Pertimbangannya..

Ramai antara kita yang merasakan diri ini serba kekurangan..melihat kejayaan, kebahagian, kekayaan dan gemilang  orang lain terdetik di sudut hati "kenapa agaknya aku tidak mengecapi semua itu". Lebih malang lagi apabila perbandingan itu dibuat terhadap orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman. Sebenarnya inilah kesilapan yang sering kita buat dalam memahami apakah erti kita hidup..kita sering menghukum sesebuah kehidupan dengan mata benda yang selalunya adalah perhiasan yang tidak kekal abadi..akibatnya persaingan mengejar matlamat palsu ini adakalanya berlaku perlanggaran sama ada pada prinsip kemanusiaan seperti fitnah memfitnah, tikam belakang, bijak memijak dan seterusnya kesalahan ini akhirnya dilihat sebagai kejayaan seseorang. Adalah tidak wajar kita memandang orang lain dengan melemahkan diri sendiri. Sepatutnya kita menjadikan kejayaan orang lain sebagai contoh tauladan  dan derita orang lain sebagai sempadan. Satu peringatan yang mesti ditegaskan ialah Allah itu Maha Adil. Tiada satu pun takdirnya adalah untuk menyusahkan umatnya tetapi untuk menjadikan kehidupan itu sentiasa reftresh... jadikanlah neraca Allah dalam menilai semua yang berkaitan dengan kehidupan ini. Ingat!!!!Jika sangat berharap pada kekasih hidup, anda akan menjadi sebagaimana Irshad Manji..Berharap pada harta anda semata-mata, anda akan rugi seperti Qarun yang dimurkai dan jika anda berharap pada kuasa dan pengaruh hingga melanggar batasan agama, anda hanya akan berjiwa firaun..Berharaplah pada Allah kerana selangkah kita kepadaNya, Seribu langkah Dia kepada kita. Merasa diri kita ini serba kekurangan itu adalah perkara biasa kerana hakikatnya kita ini hanyalah hamba yang lemah. Berharaplah kepada Allah Yang Maha Perkasa..