Wednesday, 8 August 2012

Aku dan Bulan Ramadhan..


Kini kita semua berada pada garis akhir  fasa Ramadhan seterus iaitu tawaran pelepasan api neraka dari Allah swt. Mahu ke tak mahu terpulang kepada kita. Jika Rasulllah SAW dan para sahabat saat ini hati mereka sedih dan sayu kerana Ramadhan akan merangkak meninggalkan mereka. Kita bagaimana? Kita mungkin sayu juga tapi sebabnya mungkin berbeza.. dah terbayang hari raya ini tidak dapat balik kampung..sedih juga bila tidak dapat berhari raya dengan orang tersayang di kampung..atau sayu sebab baju raya tak siap-siap...atau sedih juga kerana bonus gaji sudah melebur sekelip mata. Secara peribadi setiap kali Ramadhan datang aku pasti terkenang..bila saja lapar berpuasa aku pasti rasa pilu..pilu mengenang kisah lalu..semua bermula apabila ayah ditimpa kemalangan jalan raya ketika aku darjah 3...Bermula episod derita kami sekeluarga..kami hilang mata pencarian..perkara yang tidak mungkin aku lupakan ialah pernah mak mencatu nasi goreng untuk berbuka puasa untuk tujuh adik beradik yang ada di rumah ketika itu..ketika akhir Ramadhan..perkara ini berulang setiap tahun..setiap kali datang Ramadhan, aku akan teringat detik kesusahan itu..detik yang tidak mungkin aku lupakan keperitan itu..bagaimana cacamarba hidup kami adik beradik kami setiap menjelangnya hari raya ketika itu..Setiap kali Aidilfitri menjelang aku akan terasing..malu tiada baju baju..kasut baru..bergenang air mata aku bila terkenangkan mak meminjam beras untuk tujuan berbuka puasa pada jiran..sebak rasanya dada ini bila mengenang adik menangis mengadu pada mak tidak dapat bawa balik kuih moreh di masjid kerana telah dirampas oleh kawannya..Air mata aku mesti tertumpah bila teringat sahur ketika itu mak goreng sebiji telur dibahagi 7 untuk kami bersahur..Akhirnya mak mengalah dengan takdir ini..mak yang tidak pernah keluar bekerja keluar bekerja kantin..saat itulah kami sering menanti mak pulang membawa pulang lebihan jualan kantin untuk berbuka..saat itulah kami merasa lauk yang agak "sedap". Abah walaupun uzur ketika itu cuba bekerja di stesen minyak tetapi berhenti 3 hari kemudian kerana tauke tidak benarkan abah solat magbrib..Perkara ini berlarutan sehingga aku tingkatan 5..Aku masih ingat duit biasiswa yang aku dapat aku belikan baju raya adik-adik,,walau tidak berapa cantik tapi ia masih pakaian baru..Aku juga masih ingat bila ada "peminat-peminat" aku yang mahu datang raya ke rumah aku katakan pada mereka "tak payah datang" ke rumah aku..Pernah sekali ketika aku pulang ke rumah terkedu lidah bila ada "kawan-kawan" dari jauh datang..dengan selamba aku buat tidak kenal mereka. Balik mereka aku dimarahi oleh mak..Mak kata "tak baik buat macam tu"..Setiap kali datang syawal aku rasa terasing sangat..terasing kerana tiada apa yang baru..cuma satu yang selalu memujuk hati aku..setiap kali hari raya aku masih dapat menatap wajah mak dan abah aku..pagi syawal itu lah yang paling penting dalam hidup aku..tanpa baju baru pun aku pun ketika itu aku masih merasakan syawal masih tetap bermakna dalam hidup aku. Mungkin hati sedih kerana tiada baju baru tetapi sejuk tangan mak dan abah aku setiap salaman kemaafan di pagi syawal itu cukup buat aku..Ramadhan memang selalu akan mengingatkan aku kisah ini..

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing".
H.R. Muslim

No comments:

Post a Comment