Wednesday, 1 August 2012
Hidup dan Mati Neraca Allah itulah Pertimbangannya..
Ramai antara kita yang merasakan diri ini serba kekurangan..melihat kejayaan, kebahagian, kekayaan dan gemilang orang lain terdetik di sudut hati "kenapa agaknya aku tidak mengecapi semua itu". Lebih malang lagi apabila perbandingan itu dibuat terhadap orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman. Sebenarnya inilah kesilapan yang sering kita buat dalam memahami apakah erti kita hidup..kita sering menghukum sesebuah kehidupan dengan mata benda yang selalunya adalah perhiasan yang tidak kekal abadi..akibatnya persaingan mengejar matlamat palsu ini adakalanya berlaku perlanggaran sama ada pada prinsip kemanusiaan seperti fitnah memfitnah, tikam belakang, bijak memijak dan seterusnya kesalahan ini akhirnya dilihat sebagai kejayaan seseorang. Adalah tidak wajar kita memandang orang lain dengan melemahkan diri sendiri. Sepatutnya kita menjadikan kejayaan orang lain sebagai contoh tauladan dan derita orang lain sebagai sempadan. Satu peringatan yang mesti ditegaskan ialah Allah itu Maha Adil. Tiada satu pun takdirnya adalah untuk menyusahkan umatnya tetapi untuk menjadikan kehidupan itu sentiasa reftresh... jadikanlah neraca Allah dalam menilai semua yang berkaitan dengan kehidupan ini. Ingat!!!!Jika sangat berharap pada kekasih hidup, anda akan menjadi sebagaimana Irshad Manji..Berharap pada harta anda semata-mata, anda akan rugi seperti Qarun yang dimurkai dan jika anda berharap pada kuasa dan pengaruh hingga melanggar batasan agama, anda hanya akan berjiwa firaun..Berharaplah pada Allah kerana selangkah kita kepadaNya, Seribu langkah Dia kepada kita. Merasa diri kita ini serba kekurangan itu adalah perkara biasa kerana hakikatnya kita ini hanyalah hamba yang lemah. Berharaplah kepada Allah Yang Maha Perkasa..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment