Menjalani ibadah puasa kali ini adalah sangat pantas dirasakan. Tiba-tiba saja sudah masuk 18 Ramadhan..Kadangkala terfikir dibenak hati apakah jiwa lara aku ini terlalu lalai sehingga terasa ramadhan kali ini terlalu pantas. Tengahari tadi berpeluang mengikuti misi "ziarah Ramadhan" di sekitar Sg.Choh dan Bukit Sentosa. Tersentuh dan pilu hati bila mengenangkan gelagat umat Islam kini. Walaupun usia dilihat agak sudah meniti hari masih lagi mahu menunjuk belang dan lagak pada Pencipta. Arahan puasa tidak langsung dipeduli dan dengan bangga menunjuk-nunjuk pula keingkaran itu hanya berbekalkan gelaran "tiga line". Malah dengan muka tiada nur selamba juga mereka menempah tiket neraka di kedai 4D di gerai berhampiran. Aku terfikir hairan apakah mereka ini tidak tahu bahawa malaikat maut melihat muka mereka 60 kali sehari. Aku termenung apakah nasib mereka apabila mereka sudah mencium tanah di liang lahad. Apakah mereka lupa janji Allah dalam Surah At-Takathur betapa peritnya masa depan akhirat yang bakal mereka lalui. Aku sangat pasti keluarga mereka pasti berada di persimpangan. Aku rasa anak-anak mereka mesti berakhlak kurang ajar..aku ramalkan isteri mereka pasti yang berputus asa.. Aku berdoa moga aku tidak akan jadi begitu.. Aku juga berdoa moga mereka yang aku jumpa tadi , yang sengaja mencabar Allah akan kembali ke pangkal jalan..perbuatan mereka itu sebenarnya sangat menggerunkan hati aku..aku takut kalau aku jadi begitu..takut sekali rasanya hati..lebih takut kalau tetiba aku mati..takut mati aku belum bersedia untuk mati..Ya Allah ampunkan dosa-dosa aku..mati itu pasti..azab kubur itu pasti..syurga itu pasti..neraka itu pasti..berimanlah segera..tak kan tunggu ikan naik basikal baru kita hendak percaya semua yang pasti itu..

No comments:
Post a Comment