Thursday, 9 August 2012

Antara Saki Hati dengan Hati Yang Sakit...


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati".

Sakit hati dan hati sakit sekali baca macam sama tetapi hakikatnya ianya berbeza...Sakit hati adalah ujian yang sangat sukar untuk diredakan..hanya orang yang merasakannya saja melalui dengan sabar walaupun kadangkala diiringi dengan kekesalan dan lelehan air mata. Kepada mereka yang disakiti hatinya jangan bimbang..kerana orang paling selalu disakiti hatinya bukanlah kita tetapi Rasulullah SAW.. Bagindalah insan yang paling banyak disakiti hatinya..hingga kini jikalau Rasullullah SAW masih hidup pasti dia bersedih dengan sikap manusia yang cuba menyakiti hatinya dengan menghina Sunnahnya...Rasullullah bersedih bukan kerana dirinya disakiti tetapi bersedih kerana orang yang menyakitinya bakal dihumban ke dalam api neraka..kepada mereka yang disakiti hatinya jangan bimbang anda sedang melalui sunnah Rasul yang menjanjikan kejayaan dunia akhirat..Jadi jangan bersedih sangat kerana dihadapan yakinlah ada janji Allah yang menanti kita.

Hati yang sakit adalah punca hidup ini menjadi haru biru..hati yang sakit boleh merosakan sama jalan di dunia apatah lagi ke akhirat..hati yang sakit akan melahirkan sifat mazmumah...hati yang sakit akan melahirkan kesakitan jiwa yang tidak dapat dibayangkan..hati yang sakit menyebabkan hidup kita tidak tenang..hati yang sakit akhirnya menyebabkan hidup tidak pernah rasa bahagia..hati yang sakit akhirnya menimbulkan syak wasangka pada Tuhan yang akhirnya tersungkur di tengah-tengah ujian.....



Renungan :   
Seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat, yang hubungan aku erat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya. Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku, aku bersabar mengahadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh. Kemudian baginda menjawab, Sekiranya benar sepertimana yang engkau katakan itu maka seolah-olah engkau menyuap mereka dengan abu yang panas, sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah Taala selama mana engkau berada di dalam kebenaran atas perkara yang demikian itu"

No comments:

Post a Comment